Thursday, March 31, 2016

Sambal tumis petai

Nie kalau pekena dengan nasi panas-panas, dapat pula udang yang fresh; memang bertambah-tambah nasi dibuatnya.  

Bahan bahan:
Udang (sederhana besar)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa
Petai secukupnya


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Cheese


Cheese.... Cis! ejaaan dan maksud yang berbeza walau bunyi sebutannya sama.  Orang kata kalau Melayu, cheesenya diperbuat dari udang geragau dan lebih familier gitu dengan panggilan manja belacan.  Cheese mat saleh pula diperbuat daripada fermentation susu bersama beberapa campuran.  Secara dasarnya cheese ini diperbuat daripada susu lembu.  Tetapi dewasa ini berbagai inovasi telah dilakukan untuk memperbagaikan hasil cheese, makanya ada cheese yang diperbuat daripada susu kambing dan susu unta.  Bahasa lain untuk cheese adalah keju, jangan buat tak tahu pula.

Foto dibawah saya ambil dari sumber lain.  Moga berguna untuk perkongsian ilmu masakan bersama.

Keju boleh dibuat dengan menggunakan bahan dan peralatan yang tersedia di dapur. "Keju yoghurt" adalah jenis keju asas. Walaupun bukanl jenis keju tradisional tanpa bahan tambahan, rasanya sangat mirip dengan krim keju atau neufchatel. Susu dan cuka akan membuat keju mirip seperti keju ricotta. Keju rennet mmemerlukan bahan tambahan lainnya untuk penghasilannya.

Thursday, February 25, 2016

Pekasam


Posted by Picasa
Bahan-Bahan:
  • Ikan air tawar.
  • Garam – Sekilo ikan seratus gram garam.
  • Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat.
  • Asam keping 
Cara Membuat:
1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman,
2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.

Gulai sotong

Bahan-bahan
  • 10 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan kari ikan
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi
  • garam, air dan minyak secukupnya


Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris
  • 1 sudu teh halba campur


Cara-caranya

1. Tumbuk/kisar  bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan, halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan guna api perlahan sambil di kacau selalu.
6. Apabila santan mendidih masukkan pula sotong.
8. Jangan masak sotong terlalu lama...bila mendidih masukkan pula jus asam jawa dan rasa dulu garam barulah di padamkan api.

Ikan masak taucu


Bahan bahan
2 keping isi ikan
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
4 biji cili merah - hiris 
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi 
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.

Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.

Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.

Capati

BAHAN-BAHAN:
  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.
2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 – 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).
3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung sebelum diletakan dalam papan lenyek.  sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.
4. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.



Thursday, December 10, 2015

Nasi Bubur Daging

Nasi Bubur Daging
 Bahan –
            80        gm                   Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)
            800      ml                    Air
            1          tin                    Susu Sejat F&N
            2          camb.               Lada hitam
            250      gm                   Daging (dihiris kecil dan direbus)
            3          cm                   Halia                            )
            3          ulas                  Bawang merah            )  Dihiris halus
            3          ulas                  Bawang putih              )
            3          cm                   Kulit kayu manis
            2          kuntum            Bunga lawang
            3          camb.               Marjerin
            Garam sebagai perasa

 Hiasan –
            Bawang goreng
            Hirisan daun sup

Cara membuatnya –

  1. Panaskan marjerin dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang dan biar wangi.
  2. Masukkan bahan hiris dan daging.  Biar wangi.
  3. Tuang air rebusan daging, Susu Sejat F&N dan air serta lada hitam.  Didihkan hingga lada hitam telah pecah.
  4. Jika perlu tambah lebih air dan rasa garamnya.