Thursday, December 9, 2010

Sago Mangga Bersantan

Saya suka dessert melayu yang telah dimodenkan nie.  Sebabnya ia tak nampak seperti "makanan dulu-dulu".  Kelihatannya seperti sejenis dessert yang baru dicipta.  Padahal idea membuatnya berasaskan kuih sago sebenarnya.  Amacam? cam boleh layan tak?

Seperti yang dapat dilihat, dilapisan bawah adalah sago yang telah dimasak dan diadunkan bersama sedikit pewarna hijau (atau kalau dah malas sesangat beli atau masak aje guna sago hijau) dan sedikit santan ( nie pun boleh ditukarkan dengan fresh milk) untuk menampakkan kelainan dan attraction untuk kita ngap dessert nie.

sementara di atasnya pula adalah buah mangga (kalau dapat guna mangga harumanis lagi sodap) yang di kisar halus dan mangga yang dipotong dadu.  Supaya time kita makan tu, akan terasa kenikmatannya.
Okay, tanpa mahu membuang masa (saya tengah bergelut menyiapkan study saya sebenarnya).  saya kongsikan bersama anda semua cara membuatnya.

Bahan-bahannya -

3/4 cawan  sago (atau sago hijau)
1    cawan  air
100 gm      gula
sedikit        esen vanilla
60 ml         santan (atau boleh digantikan dengan susu segar)
1 tsp          serbuk gelatin (kalau takde agar-agar serbuk pun bolehlah...)
sedikit        garam
1 biji          mangga (dipotong dadu)
1 biji          mangga (dikisar)
sedikit        isi kelapa (yang di panaskan atas api sehingga kekuninggan)

Cara membuatnya -
1.  Mulakan dengan memanaskan air dan gula sehingga gula hancur.
2.  Bila gula hancur, tutupkan api dan tunag gula tadi ke dalam santan dan adun sebati.
3.  dalam bekas yang berasingan cairkan gelatin bersama sedikit air, bila telah cair campurkan adunan gelatin
     ini ke dalam adunan santan tadi.
4.  Untuk sago, panaskan air sehingga mendidih kemudian baru masukkan sago.  Kacau selalu sehingga sago
     bertukar menjadi jernih.
5.  Tapis sago dengan dengan air biasa sehingga kanjinya tiada dan kemudian masukkan ke dalam campuran
    santan tadi.
6.  Masukkan adunan sago ini ke dalam bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
7.  Masukkan mangga yang telah dipotong dadu ke atas adunan sago yang telah mula mengeras.
8.  Tuangkan mangga kisar di atasnya dan kelapa kering ditabur sedikit di atasnya.
9.  Sejukkan dahulu sebelum dimakan.


Saturday, November 13, 2010

Ubi rebus bersama gula merah dan kelapa parut



Dalam mood time limited.  Everything to be done in a short time given.  Ya! Allah, sampai hanguslah ikan yang saya goreng hari nie dikerjakan.  Kejar masa sangat.... nielah akibatnya.  Saya memang kesuntukkan masa, banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk ini.  Salah satu pendorong utamanya, suami yang kesakitan (kesan dari aktiviti lasaknya). 

Whatever, tetiba terlintas menu paling mudah nie.  Kebetullan ubi kayu nie saya perolehi dari sahabat suami yang datang berkunjung ke rumah.  Sebab dia tahu saya sangat sukakan ubi kayu, terus dibawanya satu guni gitu...... special dari Johor.  Cam perli lak.  Apa lagi saya yang amat mengidamkan ubi kayu terus mengerjakannya dalam masa yang suntuk ini.

Apa yang saya buat, bersihkan ubi kayu dengan cara membuang kulitnya dan membasuh bersih.  Kemudian. potong menjadi kiub kecil, sebahagiannya saya goreng dan selebihnya saya rebus.  Yang telah siap bergoreng boleh terus ngap.  Manakala yang berebus perlu disediakan bahan "gu"nya.  Dapatkan kelapa parut, bahagian putihnya sahaja, dicampur dengan sedikit garam dan gula, dapat gula merah lagi sedap.  Apa tunggu lagi jom kita hentam bagi habis.   Tunggu, dengan muka tak segannya, saya letakkan dalam beberapa pinggan yang ada, dan minta anak hantar kepada jiran.  Entah apa-apa kan, menu simple cam nie pun nak berbahagi pada jiran..  Jangan tamak, walaupun simple, yang paling penting niat dihati mesti ikhlas.  Yang penting nanti tak adalah rumah saya jer yang berjerebu akibat kentut yang terhasil dari makan ubi kayu nie nanti.   Sorry all the neighbours....

Wednesday, November 10, 2010

Pudding Pandan Layer Cake


Saya memang suka menggoda.  Suka bagi orang tak dapat tidur malam, paling penting tidur malam termimpi-mimpi.  Tapi bukan mimpi atau tergodakan saya.  Angau separuh jiwa pada masakan saya.....  Ha..ha.. ha... bagi statement haru-biru sikit.

Kek yang saya nak tunjukkan hari nie, renyah sikit cara pembuatanya.  Sebabnya kena siapkan sponge cakenya dulu, kena buatkan kastard dia dulu, pastu kena lapis-lapiskan.  Bukan itu saja sebelum jadi end product, kena dulu kita sejukkankan dia.  Tak nak buang masa, mari kita belajar cara pembuatannya.

Bahan-bahan untuk Pandan Chiffon Cake -
4     biji  Telur
125 gm  Gula kastor
25   gm  Ovallete
150 gm  Soft flour             )
15   gm  Tepung jagung     )  ayak kesemuanya
1/2  tsp. Baking powder    )
75   gm  Juice pandan/ perasa
50   gm  margarine (yang telahpun dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik)

Cara untuk mmebuat Pandan Chiffon Cake -
1.  Masukkan kesemua bahan kecuali margarine.  Putar dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi sebati, ringan dan gebu.
2.  Kemudian masukkan margarine dan putar sebati.
3.  Masukkan ke dalam acuan kek yang telah digriskan dengan margarine dan berlapiskan dengan kertas minyak adunan tadi.
4.  Bakar dalam ketuhar yang telahpun dipanaskan terlebih dahulu selama 45-50 minit dengan suhu membakar 180 darjah celcius.
5.  Kek yang telah dimasak, perlu dikeluarkan segera dari acuannya bagi menggelakkan kek mendap.
6.  Sejukkan kek pada suhu bilik.





Monday, November 8, 2010

Yummie...yummie... yummm

You're the one who are crazy mezzy about cheese.  Now it come to you.  Don't wait until it finish or you may don't have a chance to get it anymore.  Pizza Hut ada mempromosikan produk baru, yang boleh membuatkan anda tak senang duduk.  Apa tunggu lagi mari kita beramai-ramai serbu Pizza Hut sekarang juga......  Untuk keterangan atau maklumat lanjut berkaitannya, silalah click pada iklan Pizza yang ada di blog ini.

Jom masuk contest ALL Shiny WHITE

Apa tunggu lagi.  Exam dah abis, yang kerja, inilah masanya untuk bercuti panjang.  Tapi RM takde.  So apa lagi mehlah join contest yg ada kat Blog nie, siapa tahu ini giliran anda untuk memenanginya.

Friday, November 5, 2010

Bread butter pudding

Hidangan puding roti yang menyelerakan



















Apakah ini???.  Ini fabrat saya.  Puding yang lazat dan berkhasiat, tiada tolak bandingnya....  Yummie, sedap sangat.  Nak cuba mehlah...  Apa namanya yea?  NIelah Bread Butter Puding, bau aromanya memnag tak boleh nak tahan.  Makan pula dengan vanila sauce, sedap sangatttt... Jom kita belajar cara membuatnya.

Bahan-bahannya -
1 buku  roti
1 liter    susu segar (kalau tak ada susu tepung pun boleh, tapi perlu dicampurkan dengan air @ santan pun   
                              bisa)
4 biji     telur
Gula secukup rasa
1 tsp.    Esen Vanilla
1 paket Buah pala sagat (yang bergula)
Sedikit serbuk buah pala
Sedikit serbuk kayu manis
Kismis secukupnya
Choclate chip secukupnya
Mentega secukupnya

Bahan untuk Vanilla esen -
500 gm  Susu segar
2 camb. Gula
1 camb. Tepung jagung
1 camb. Tepung Kastard
Sedikit vanilla esen

Cara membuatnya -
1.  Setiap kepingan roti perlu disapu dengan mentega.  Potong tepi roti tersebut.
2.  Susun lapisan roti dengan memenuhkannya ke dalam bekas yang telahpun disapu dengan mentega dan
     dialaskan dengan kertas minyak.
3.  Taburkan atas kepingan roti yang telah siap disusun itu dengan kismis, choc. chip, sedikit serbuk buah
     pala, sedikit serbuk kulit kayu manis dan buah pala sagat.  Kemudian susun pula lapisan roti yang kedua
     di atasnya.
4.  Lakukan proses yang sama pada setiap lapisan roti.
5.  Lakukan dan ulang proses yang sama sehingga bekas membakar telah dipenuhi 3/4 adunan ini.
6.  Susu segar dicampurkan dengan gula dan telur.  Kacau sebati.
7.  Tuangkan adunan susu ini ke atas adunan roti, sehingga meliputi keseluruhan permukaan roti tersebut.
8.  Biarkan 20 minit, dan tuang sedikit lagi adunan susu.
9.  Kemudian bakar pada suhu 1800 celcius selama 30 minit atau sehingga masak dengan cara "water bath".
10.Untuk saucenya pula, masukan kesemua bahan dan masak dengan menggunakan api yang perlahan
     sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
11.Bila puding roti telah masak, biarkan ia pada suhu bilik sehingga sejuk.
12.Keluarkan potong pada size yang diingini, masukkan ke dalam pinggan hidangan curahkan sauce vanilla
     dan hiaskan sebelum dimakan. 
Selamat mencuba....

Puding roti yang telah siap

Sunday, October 3, 2010

Fruit Cake

Assalamualaikum suma... apa kabare?  Harap suma sihat walafiatlah yea.....  Lama tul tak turunkan ilmu memasak kat blog teman nie.  Bebudak student dah bising.... (ala.. camle dia orang tu nak buat sesangat kek nie...)  Tahu! gempak je lebih....

Apa pun arinie saya nak ngajar buat kek buah.  So apa lagi meh le cari bebarang tuk membuatnya.



Kek Buah

Bahan -
250 gm    Tepung gandum
250gm     Butter
250gm     Castor sugar/ brown sugar
1/2 tsp.    Baking powder
5 biji       Telur
1/4 tsp    Vanilla essen
375 gm   Mix fruit
Nutmeg powder (serbuk buah pala)

Cara membuatnya -
  1. Masukkan gula dan butter.  Putar hingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan pula telur, putar semula sehingga sebati dan kemudian masukkan baking powder; sebatikan ia.
  3. Selepas itu masukkan tepung, putar sebati bersama bahan lain dan kemudian masukkan pula esen vanila, sebatikan.
  4. Akhir sekali masukkan mix fruit bersama nutmeg powder.  Mix fruit tadi dicampurkan dengan sedikit tepung sehingga semua permukaannya sebati bersalut dengan tepung.  Ini penting untuk mengelakkan buah-buahan ini jatuh ke bawah ketika kita membakarnya.
  5. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45-50 minit. 

Sunday, August 29, 2010

Ketuk-ketuk kuali ramadhan di Kodiang, Kedah

Ish..... cam model iklan baju lak.... tapi baiknya sebab dibuat depan masjid gitu. Nie sebenarnya adalah para peserta event ketuk2 kuali ramadhan di Kodiang, Kedah.




Nie..... gambar reramai nie sebebarnya muka-muka kepenatan, selepas bertungkus-lumus bergotong-royong mengerjakan masjid tu. Bersihkan kawasan perkuburan, bersihkan masjid dan masak bubur lambuk serta makanan tuk berbuka.... Terima kasih sesangat sebab dia orang nie memang sangat hebat, sporting giler dan memang bestlah....


Lepas berposing nie, kita orang nak ke Pekan Rabu, Alor Star Kedah... yang memang sangat best kalau nak bershopping barangan untuk beraya nie...
Tu yang berseri-seri muka dia orang (nak gi shopping punya pasal penatpun boleh letak ke tepi). I Luv youlah.....


Ha..... dah dapat baju raya kat Pekan Rabu tadi, bukan main gumbira lagi hati yea.... I miss you dear.... Miss a lot my dear students.... nak nangis (geng yang duk bergambar nie most of them dah nak abis belajar dah).

perasmian Jualan Amal Biskut




jangan jealous... nie suma yang liza buat time nak adakan event perasmian jualan amal ramadhan, dua yang lepas dengan geng Saiful (SIFE) dan geng Nabil (DFSM). Budget tak banyak so kenalah pepandai menadjust menunya. Nie baru part dessert....



Nie ha... main coursenya. Kita orang cater Nasi impit Kuah kacang, rendang, lontong dan soto. Main menu berasaskan nasi impit. Cuma di variatikan cara pemakanannya, bab-bab plan menu kalau namanya dah mengajar menu planning tapi tak reti nak buat, baik duk kampung tanam jagung jerlah...



Ha... tengok cik Lijah berpusu-pusu orang nak serang kat counter makanan nie. Nasib baik buat buffet, kalu tak mau tak menang tangan nak melayannya.

Sonot (seronok) giler tengok dia orang menjamu selera. Tapi ya ampun... menunya tak semeriah di hotel. Tahun nie sepatutnya ada buat projek camtu gak (kiranya keseinambungan dari yg terdahulu) tapi tak dapat buat sebab event diluluskan setelah 2 minggu kita suma duk puasa. Takpe2 nanti lain tahun leh buat lagi.
Bestnya event nie sebab kita membantu ibu tunggal, para pelajar dari berbagai sudut. Ibu tunggal menghasilkan product (biskut) dan pelajar (tolong jualkannya(bukan setakat jual jer yea... tapi sebenarnya disamping tu diaorang dapat practicekan apa saja yang dipelajari)

Biskut raya....

Hari nie duk pening kepala mencari biskut apa nak buat untuk raya (hu..hu.. tinggal lagi 2 minggu nak raya nie...). Actually nielah first time liza tak excited tuk buat preparation raya. Cam terasa diri kat nun jauh di kota London lak kan.
Atoiyaii.... mood koje (especially ngajar) memang sifar abis... Tadi adalah class kul 8.00 pagi tapi yg datangnya separuh jer. Petang kang ada 1 class lagi (entah apa cite lak pun tak taulah...). Nie duk kat opis duk cari resepi biskut raya (dah settle.. siap print lagi.....) sambil dengar lagu dan mengecek (English + malay) test student.

Macam-macam biskut duk ada... tapi liza still terkenang-kenang biskut orang dulu-dulu.... especially yang tok selalu duk buat (biskut makmur) dan satu lagi yang gedabak besar (color merah dan hijau cam kuih samperit) sedap giler.....
Almond london yang duk buat tetahun nie memanglah superb dan antara yang dapat banyak tempahan. Liza pun tak fahamlah kalau orang kata biskut nie tak sedap. Petuanya satu jer, buat dengan kasih sayang dan jangan kedekut bahan.




Monday, July 26, 2010

Nasi lemak


Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....).

Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yang dijual tiada terasa santannya. Yang selalu letak santan adalah nasi lemak orang Kedah....

bahan untuk nasi lemak -
3 sukatan cawan beras
sedikit Halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
sedikit halba, lada hitam, gula dan garam
250ml santan
2 batang serai
2 helai daun pandan

Cara membuatnya -
1. Basuhkan beras dan toskan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang dan halia.
3. Masukkan beras, dan bahan selebihnya.
4. Biar sehingga masak.

Bahan sambal ikan bilis -
200 gm ikan bilis (digoreng berasingan)
50 gm cili boh
4 biji bawang besar (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya -
1. Panaskan api dan tumis cili boh.
2. Masukkan bawang besar berserta gula dan garam.
3. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng.

Nota - 
   Ikan bilis digoreng terlebih dahulu bertujuan untuk memberi rasa ranggup pada
sambalnya. saya tidak memasukkan asam jawa, untuk memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa.

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu tak kira sama ada di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi dan Utara serta pantai timur Sumatera), selatan Thailand dan Brunei.  Hebatnya hidangan ini di Malaysia, ia disuakai oleh berbilang kaum dan bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Sajian nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa atau sekarang ini ada yang menggunakan santan kelapa sawit bagi memberi rasa bersantan pada nasi lemak yang disediakan.  Bahan utama lain bagi pembuatan nasi lemak adalah Daun pandan, serai dan halia.

Nasi lemak merupakan sejenis makanan lengkap yang amat mudah untuk disediakan.  Asasnya nasi lemak merupakan sejenis hidangan yang dimasak bagi dijadikan bekal kepada para pesawah, pekebun getah, sayuran dan sebagainya.  Hidangan nasi lemak mempunyai komposisi lemak yang tinggi, jumlah kalori atau tenaga yang tinggi bagi membekalkan tenaga maka ia sesuai dijadikan hidangan bagi mereka yang perlu bekerja membanting tulang setiap hari.  Menariknya hidangan ini sehinggakan pernah seorang karyawan barat Richard Olof Winstedt (1909) menulis mengenai hidangan ini dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life" (Keadaan Kehidupan Melayu).

Sisi lain hidangan nasi lemak-
1. Nasi lemak telah dikategorikan sebagai satu jenis makanan segera (berkalori tinggi) semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007.

2. Pada 2011, nasi lemak telah dicadangkan untuk dihadkan penjualannya sebanyak dua kali seminggu oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan bagi menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat terutama dikalangan kanak-kanak.

3. Pada 2016, nasi lemak telah terpilih dan diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan antarabangsa paling sihat di dunia oleh majalah antarabangsa TIME.

Selamat menjamu selera.... nasi lemak nie sedap dimakan panas-panas bersama tempe goreng, kacang goreng, timun dan sayur kangkung goreng belacan.

Rujukan-
1. Richard Olof Winstedt (1909). The Circumstances of Malay Life. Social Sciences.
2. ms.m.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
3. Siraplimau.com/cara-buat-nasi-lemak-mudah/

Friday, July 23, 2010

Roti Jala dgn Kari ayam



Hujung minggu camnie, kalau layan roti jala best jugak ek!. Tapi cam leceh jer, nak mengurai (any term??? i just hear from my grandma.... this term "mengurai"). Tahu tak term tu mendanya, itu merupakan term untuk koje adunan roti jala yang kita bentukkan di dalam non-stick pan. Kalau x de non-stick pan apa nak buat?? gi kedai kat hujung jalan dan jerit kuat-kuat "makcik! roti jala 1". Okay, jangan jadikan alasan, pan biasapun bisa, letak aje sedikit minyak masak (sedap kalau guna corn oil @ butter... aromanya nanti mix dengan roti jala...). Ada yang dah tak kuasa nak dengar saya berceloteh? Sebagai upah melayari blog saya, ari nie saya perturunkan resepi Roti Jala bersama Kari Ayam :


Bahan Roti Jala -
200 gm Tepung gandum (ayak dulu yea)
air mengikut kepekatan adunan
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara membuatnya -
1. Masukkan tepung gandumdan serbuk kunyit bersama sedikit garam ke dalam bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan tepung dengan menggunakan whisk
(alat yang selalu digunakan untuk mengadun telur - ketika membuat bahulu).
3. Setelah adunan sebati, dan tidak berketul2; masukkan telur dan sebatikan. Biarkan seketika.
4. Mula mengirai adunan roti jala menggunakan acuan roti jala ketika pan telah mula panas.
Gunakan api sederhana sahaja. Angkat apabila adunan kelihatan kering sedikit. Lipat tiga
segi atau gulungkan saja...
5. Siap untuk dimamam.... yummi...


Bahan untuk kari ayam -
500 gm isi ayam (mudah kerja.....)
1 paket kerisik
200gm santan pekat
garam, gula secukup rasa
2 inci halia
4 biji bawang merah
2 camb. serbuk rempah kari ayam
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang,
2 biji bawang putih
sedikit daun kari

Cara membuatnya -
1. Tumis bawang dengan kulit kayu manis daun kari dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukan rempah, biar sehingga pecah minyak.
3. masukkan ayam, air, santan dan perasakannya.
4. Bila ayam telah masak, bolehlah dihidangkan bersama roti jala tadi.

Monday, July 12, 2010

Mee Tomyam seafood


So easy. Semudah memasak maggi. Aritu gi one of the shopping mall yang ada berdekatan Seberang Jaya, Penang. Dari jauh dah terbau tomyam, berasap-asap sebab dimasak secara terbuka. Daripada x nak makan, perut kenyang pun terasa cam dah 10 ari tak makan. so saya order 1, anak tak nak, tapi bila dah sampai dia orang yang terlebih rembat. Kempunan punya pasal balik buat sendiri kat umah, puas hati den.... Untuk yang tak pernah mencuba ini resepinya.
Bahan -
1 paket mee kuning
250 gm udang (sederhana besar)
100 gm sotong basah (sederhana besar)
100 gm ketam (nak mudah ambil isinya sahaja)
2 -3 batang serai
1 botol pes tomyam
4-5 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
20 gm cili padi
sedikit minyak masak( untuk menumis)
1/2 liter santan (x guna pun takpe....)
2 batang Lobak merah
1/2 biji kubis
100 gm Bunga kobis
4 biji Tomato
Cara membuatnya -
- Panaskan minyak, masukkan pes tomyam, serai yang telah diketuk dan air mengikut
sukatan yang diingini.
- Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong mengikut saiz yang disukai.
- Dalam 10 minit kemudian, masukkan pula udang, ketam dan sotong.
- Bila agak masak masukkan cili padi yang telah dipatah-patahkan.
- Tutup api dan masukkan daun limau purut.
- Mee perlu dicelur sebelum dicampurkan dengan kuah tomyam.
- Bolehlah menjamu selera......
Ops..... cite tak habis lagi. Faktor penting yang membuatkan den masak sendiri mee tomyam nie kat rumah adalah kerana den terjumpa seekor lalat di dalam mee tersebut. Tak hygiene langsung. Pengajarannya.... masaklah sendiri kat umah (hatipun tak sakit).

Thursday, July 8, 2010

Chocolate Mousse


Rasa cam ice cream. Tapi bukan ice cream. Rasanya sedap, sederhana manis, tekstur yang lembut dan boleh diperbagaikan cara pembuatannya.... cuba teka apa dia?. Hari nie saya nak ajar buat chocolate mousse pulak.
Chocolate mousse nie sedap dimakan, terutama ketika jiwa tengah kacau (laju jer ngapnya....).
Bahan -
3 biji kuning telur
3 biji putih telur
90 gm Caster sugar
120 gm cooking chocolate
330 gm whipped cream (VIVO @ Top Ace)
Pastry cream
Bahan hiasan seperti strawberry, coklat rice, maple syrup etc.

Cara membuatnya -
1. Cairkan cooking chocolate dengan cara double boil, menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan kuning telur setelah coklat tadi sejuk.
3. Putih telur dicampur dengan gula, kemudian dipukul sehingga menjadi gebu (meringue).
4. Pastry cream dipukul berasingan sehingga menjadi gebu (soft peak) dan elok naiknya.
5. Pastry cream kemudianya dicampur ke dalam adunan coklat, secara sedikit demi
sedikit. Pastikan adunan diadun secara perlahan-lahan dengan menggunakan senduk
kayu .
6. Kemudiannya baru masukkan adunan putih telur, adunkan secara sedikit demi sedikit
sehingga kesemua adunan sebati.
7. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk, kemudian paipkan ke dalam gelas dan hiaskan
sebelum dihidang.




















Monday, July 5, 2010

Blueberry cake....


Yam... yummy.... ada yang tak suka ker?? Jeng! jeng! jeng! pelik bin ajaib rasanya kalau x suka makan kek.
Oklah, menceceh berjela pulak... hari nie saya nak ajar buat blueberry cake. Cara-caranya....
Bahan -
150gm Soft flour
150gm Castor sugar
5 biji Telur
50gm Melted margarine @ corn oil
Blueberry paste
coklat @ strawberry@ any nuts untuk hiasan
Pastry cream
Cara membuatnya -
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan margerine @ corn oil, pukul sebati.
3. Masukkan tepung, sebatikannya sebentar sahaja.
4. Bakar dengan suhu 180 celcius selama 45 minit.
5. Sejukkan, bila telah masak pada suhu bilik.
6. Potong kek kebeberapa lapisan. Setiap lapisan sapu dengan sebarang jem atau air gula,
Penuhi permukaan kek dengan blueberry paste. Pastikan ianya 1 lapisan yang nipis sahaja.
7. Buat step yang sama sehingga kesemua lapisan selesai dilapisi dengan blueberry.
8. Pada lapisan yang terakhir lapisi dengan pastry cream begitu juga disekeliling kek. Kemudian
sapukan blueberry paste diatas kek dan hiaskan.

Wednesday, March 3, 2010

Banana with puff pastry




Sweet delicious banana with puff pastry


Bahan-
*Pisang (rembat jer apa yang ada)
*Puff pastry (kalau susah nak dapat kulit popia tupun boleh...)
*Butter
*Nutmeg powder
*Brown sugar
*Cinnamon powder

Cara membuatnya:
1. Pisang dibuang kulit(kecuali kalau ada yang suka makan kulitnya, bohlah sekali kulit tu...).
2. Puff pastry jadikan 3-5 lapisan.
3. Sapu butter (yang telah dicairkan) ke atas permukaan puff pastry. Kemudian taburkan
brown sugar, nutmeg dan cinnamon powder.
4. Letak pisang di atas permukaan puff pastry, gulung @ lipatkan mengikut kesukaan bentuk
yang diingini.
5. Sapu butter atas puff pastry yang telah siap digulung.
6. Bakar suhu 180 celcius selama 10-15 minit (sehingga kekuningan), bila sejuk bolehlah di
ngap....

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...