Blueberry cake....


Yam... yummy.... ada yang tak suka ker?? Jeng! jeng! jeng! pelik bin ajaib rasanya kalau x suka makan kek.
Oklah, menceceh berjela pulak... hari nie saya nak ajar buat blueberry cake. Cara-caranya....
Bahan -
150gm Soft flour
150gm Castor sugar
5 biji Telur
50gm Melted margarine @ corn oil
Blueberry paste
coklat @ strawberry@ any nuts untuk hiasan
Pastry cream
Cara membuatnya -
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan margerine @ corn oil, pukul sebati.
3. Masukkan tepung, sebatikannya sebentar sahaja.
4. Bakar dengan suhu 180 celcius selama 45 minit.
5. Sejukkan, bila telah masak pada suhu bilik.
6. Potong kek kebeberapa lapisan. Setiap lapisan sapu dengan sebarang jem atau air gula,
Penuhi permukaan kek dengan blueberry paste. Pastikan ianya 1 lapisan yang nipis sahaja.
7. Buat step yang sama sehingga kesemua lapisan selesai dilapisi dengan blueberry.
8. Pada lapisan yang terakhir lapisi dengan pastry cream begitu juga disekeliling kek. Kemudian
sapukan blueberry paste diatas kek dan hiaskan.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh