Nasi lemak


Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....).

Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yang dijual tiada terasa santannya. Yang selalu letak santan adalah nasi lemak orang Kedah....

bahan untuk nasi lemak -
3 sukatan cawan beras
sedikit Halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
sedikit halba, lada hitam, gula dan garam
250ml santan
2 batang serai
2 helai daun pandan

Cara membuatnya -
1. Basuhkan beras dan toskan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang dan halia.
3. Masukkan beras, dan bahan selebihnya.
4. Biar sehingga masak.

Bahan sambal ikan bilis -
200 gm ikan bilis (digoreng berasingan)
50 gm cili boh
4 biji bawang besar (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya -
1. Panaskan api dan tumis cili boh.
2. Masukkan bawang besar berserta gula dan garam.
3. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng.

Nota - 
   Ikan bilis digoreng terlebih dahulu bertujuan untuk memberi rasa ranggup pada
sambalnya. saya tidak memasukkan asam jawa, untuk memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa.

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu tak kira sama ada di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi dan Utara serta pantai timur Sumatera), selatan Thailand dan Brunei.  Hebatnya hidangan ini di Malaysia, ia disuakai oleh berbilang kaum dan bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Sajian nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa atau sekarang ini ada yang menggunakan santan kelapa sawit bagi memberi rasa bersantan pada nasi lemak yang disediakan.  Bahan utama lain bagi pembuatan nasi lemak adalah Daun pandan, serai dan halia.

Nasi lemak merupakan sejenis makanan lengkap yang amat mudah untuk disediakan.  Asasnya nasi lemak merupakan sejenis hidangan yang dimasak bagi dijadikan bekal kepada para pesawah, pekebun getah, sayuran dan sebagainya.  Hidangan nasi lemak mempunyai komposisi lemak yang tinggi, jumlah kalori atau tenaga yang tinggi bagi membekalkan tenaga maka ia sesuai dijadikan hidangan bagi mereka yang perlu bekerja membanting tulang setiap hari.  Menariknya hidangan ini sehinggakan pernah seorang karyawan barat Richard Olof Winstedt (1909) menulis mengenai hidangan ini dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life" (Keadaan Kehidupan Melayu).

Sisi lain hidangan nasi lemak-
1. Nasi lemak telah dikategorikan sebagai satu jenis makanan segera (berkalori tinggi) semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007.

2. Pada 2011, nasi lemak telah dicadangkan untuk dihadkan penjualannya sebanyak dua kali seminggu oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan bagi menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat terutama dikalangan kanak-kanak.

3. Pada 2016, nasi lemak telah terpilih dan diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan antarabangsa paling sihat di dunia oleh majalah antarabangsa TIME.

Selamat menjamu selera.... nasi lemak nie sedap dimakan panas-panas bersama tempe goreng, kacang goreng, timun dan sayur kangkung goreng belacan.

Rujukan-
1. Richard Olof Winstedt (1909). The Circumstances of Malay Life. Social Sciences.
2. ms.m.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
3. Siraplimau.com/cara-buat-nasi-lemak-mudah/

Comments

Unknown said…
Cara penyediaan nasi lemak
NASI
-basuh beras kemudian toskan air
-kemudian masukkan santan beserta swdikit air
-titikkan halia,garam dan gula sedikit
*halia seinci shja ye
*klau nak lagi sedap letak daun pandan ubtu untuk bgi bau
SAMBAL IKAN BILIS
-blendkan bwg merah dan cili(1genggam je)
-tumis dlu barang yg dikisar smpai pecah minyak
-masukkan ikan bilis,gula,garam dan ajinamoto sedikit
-leoas tu masukkan bwg bsr yg telah dihiris

*klau mls ikan bilis tu bleh goreng dlu ye
*gula untuk menghilangkan rasa pedas

Tips:jgn letak halia dlm sambal sbb masakkan melayu turun temurun x letak sbb bleh menjejaskan rasa smbal kite

Unknown said…
Cara penyediaan nasi lemak
NASI
-basuh beras kemudian toskan air
-kemudian masukkan santan beserta swdikit air
-titikkan halia,garam dan gula sedikit
*halia seinci shja ye
*klau nak lagi sedap letak daun pandan ubtu untuk bgi bau
SAMBAL IKAN BILIS
-blendkan bwg merah dan cili(1genggam je)
-tumis dlu barang yg dikisar smpai pecah minyak
-masukkan ikan bilis,gula,garam dan ajinamoto sedikit
-leoas tu masukkan bwg bsr yg telah dihiris

*klau mls ikan bilis tu bleh goreng dlu ye
*gula untuk menghilangkan rasa pedas

Tips:jgn letak halia dlm sambal sbb masakkan melayu turun temurun x letak sbb bleh menjejaskan rasa smbal kite

Unknown said…
Cara penyediaan nasi lemak
NASI
-basuh beras kemudian toskan air
-kemudian masukkan santan beserta swdikit air
-titikkan halia,garam dan gula sedikit
*halia seinci shja ye
*klau nak lagi sedap letak daun pandan ubtu untuk bgi bau
SAMBAL IKAN BILIS
-blendkan bwg merah dan cili(1genggam je)
-tumis dlu barang yg dikisar smpai pecah minyak
-masukkan ikan bilis,gula,garam dan ajinamoto sedikit
-leoas tu masukkan bwg bsr yg telah dihiris

*klau mls ikan bilis tu bleh goreng dlu ye
*gula untuk menghilangkan rasa pedas

Tips:jgn letak halia dlm sambal sbb masakkan melayu turun temurun x letak sbb bleh menjejaskan rasa smbal kite

Ainimalisa bt Hafize said…
Cara penyediaan nasi lemak
NASI
-basuhkan beras dan toskan airnya
-kemudian masukkan santan beserta sedikit air
-titikkan sedikit halia(seinci),gula dan garam sedikit
-masukkan daun pndan(untuk naikkan bau)
SAMBAL IKAN BILIS
-kisar bwg merah dan juga cili kering(segenggam)
Kemudian tumis bhn yg dikisar sehingga pecah minyak
-nasukkan ikan bilis
-masukkan gula,garam dan sedikit ajinamoto dan asam keping sedikit
-masukkan bwg besar yg telah dihiris
*goreng ikan bilis dlu pon bleh klau mls and nak cepat

*tips:
Ikan goreng pastikan btul" kering supaya rangup
-jgn masukkan halia dlm sambal krn bleh menghilangkan keenakkan smbl tersebut
Ainimalisa bt Hafize said…
Cara penyediaan nasi lemak
NASI
-basuhkan beras dan toskan airnya
-kemudian masukkan santan beserta sedikit air
-titikkan sedikit halia(seinci),gula dan garam sedikit
-masukkan daun pndan(untuk naikkan bau)
SAMBAL IKAN BILIS
-kisar bwg merah dan juga cili kering(segenggam)
Kemudian tumis bhn yg dikisar sehingga pecah minyak
-nasukkan ikan bilis
-masukkan gula,garam dan sedikit ajinamoto dan asam keping sedikit
-masukkan bwg besar yg telah dihiris
*goreng ikan bilis dlu pon bleh klau mls and nak cepat

*tips:
Ikan goreng pastikan btul" kering supaya rangup
-jgn masukkan halia dlm sambal krn bleh menghilangkan keenakkan smbl tersebut
Unknown said…
Antara tips untuk kalau nasi lemak x masak letakan air dalam mangkuk kemudian letak di tengah2 nasi dlm periuk. InsyAllah menjadi
Nur Atifah said…
NUR ATIFAH BINTI ABDUL SAMAD
2019249144
PHM1122D1

Cara penyediaan nasi:
1.Basuh berasdan toskan air
2.Masukkan beras ke dalam periuk nasi bersama santan yang dicampur sedikit air(pastikan santan tidak terlalu cair atau pekat),secubit garam,halia,bawang merah,daun pandan dan beberapa biji lada hitam.
3.Biarkan nasi sehingga masak.

Cara penyediaan sambal
1.Goreng ikan bilis sehingga garing.Ketepikan
2.Kisar cabai masak,bawang merah dan sedikit belacan.Seepas itu,tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa.
4.Kemudian perasakan sambal dengan gula dan garam.
5.Tambahkan sedikit air.
6.Tutup api dan biarkn sambal sedikit sejuk
7.Setelah sambal sedikit sejuk,baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing.(biarkan sambal sedikit sejuk supaya ikan bilis tetap ranggup setelh digaul dengan sambal)
Unknown said…
NUR FATIN AQILAH BT MOHD FADZIL
2019286414
PHM1122D1

Cara penyediaan nasi lemak:

- Basuh beras dan toskan airnya
- Masukkan beras dan sukat air mengikut paras yang sesuai
- Masukkan santan, halia yang telah diketuk, daun pandan, sedikit perasa
(garam) dan sedikit minyak masak
- Biarkan nasi sehingga masak

Cara penyediaan sambal :

- Goreng ikan bilis sehingga garing
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan belacan
- Tumis bahan yang telah dikisar dengan menggunakan minyak menggoreng ikan
bilis dan masukkan cili yang telah direbus dan dikisar dan masukkan ikan
bilis yang telah digoreng. Kacau bahan sehingga pecah minyak
- Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula
- Tambahkan sedikit air mengikut kesesuainan
- Biarkan sehingga mendidih dan tutup api
Ainimalisa bt Hafize said…
AINIMALISA BT HAFIZE 2019430126

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK

NASI
-basuh beras dan toskan
-masukkan santan beserta sedikit air
-titikkan halia,garam dan gula sedikit
-masukkan daun pandan(bgi bau yg wangi)

SAMBAL
-kisar bwg merah dan cili kering(segenggam)
-tumis bhn yg dikisar sehingga pecah minyak
-masukkan ikan bilis,garam, gula dan ajinamoto sedikit
-masukkan asam keping
-masukkan bwg besar yg tlh dihiris

Tips:jgn letak halia dlm sambal sbb ble mnjejaskan kesedapan sambal tersebut.
Unknown said…
habibah husna binti yahaya (2019293856)

Nasi lemak pandan:
Bahan-bahan:
3 cawan Beras
2 biji bawang besar
1 kotak santan adabi
6 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 ibu jari halia

Cara cara penyediaan:
1. Cuci beras
2. Blend 5helai pandan + 2½ cawan air & tapis
3. Campur air pandan dalam beras dan tambah santan
5. Tambah garam,gula,halia dan bawang dalam campuran beras dan masak guna rice cooker.

Bahan-bahan untuk sambal nasi lemak:
1. 3 biji bawang merah besar
2. 3 ulas bawang putih
3. 18-20 tangkai cili kering
4. 2/3 gula melaka
5. 1/2 sudu asam jawa
6. Minyak masak
7. Sedikit air jika perlu

Cara-cara penyediaan:
1. Kisar bawang merah dan bawang putih dahulu, kemudian kisar cili kering.
2. Tuangkan minyak dan panaskan api. Kemudian masukkan bahan kisar bawang dan tumiskan sehingga betul betul masak.
3. Masukkan asam jawa dan gula melaka, kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan garam dan gulu secukup rasa.
Unknown said…
SITI NORZAWANAH BINTI ZABIDI
2019287626
PHM1122D1

BAHAN NASI LEMAK :
- 3 sukat beras
- air sedikit
- sedikit gula ( 1 sudu kecil )
- garam bagi lemak
- halia
- daun pandan
- santan
- sedikit minyak masak

BAHAN SAMBAL :
- cili kering segenggam
- bawang putih 2 ulas
- bwg besaq 1
- belacan sedikit
- gula
- garam
- asam keping

CARA MEMASAK NASI LEMAK:
- Basuh beras dan toskan.
- masukkan beras tersebut bersama 3air:2santan.
- tambahkan sedikit minyak, halia, sedikit garam dan daun pandan.
- biarkan nasi masak.

CARA MEMASAK SAMBAL:

- blenderkan cili rebus segenggam bersama 2 ulas bawang putih, satu bawang besar dan sedikit belacan. blender sehingga lumat.
- panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bahan tersebut.
- pastikan cili pecah minyak untuk mengelakkan sakit perut dan cepat basi.
- gula dan garam diletakkan secukup untuk menyedapkan lagi masakan.

P/S : ikan bilis boleh dimasukkan terus didalam sambal semasa memasak atau digoreng terlebih dahulu mengikut citarasa masing-masing.
Unknown said…
Muhammad Syaamil Bin Abu Bakar
2019286118
PHM1122D1

Cara penyediaan nasi
1. Basuh beras sehingga bersih dengan sukatan air yang betul
2. Masukkkan Santan kotak
3.Masukkan halia tumbuk
4. Masukkan daun pandan dan sedikit garam
5. Start masak air santan dan daun pandan
6. Masukkan beras dan kacau sehingga masak.

Cara penyediaan sambal Ikan bilis
1. Goreng ikan bilis terlebih dahulu
2. Tumis bahan kisar(bawang merah, bawang putih , halia, belacan)
3. Selepas garing Masukkan cili kering yang telah siap direbus dan dikisar
4. Kacau sehingga penah minyak dengan api yang kecil.
5. Masukkan gula dan garam secukupnya kemudian sedikit air
6. Masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng sebentar tadi.
Ammar Daniel said…
Ammar Daniel bin Abd Nasir
2019608236
PHM1122D1

Cara penyediaan nasi lemak

1.basuh beras sehingga bersih
2.masukkan santan mengikut sukatan
3.masukkan halia dan bawang yang dikisar
4.masukkan air,garam dan sedikit minyak masak.

Cara penyediaan sambal tumis

1.goreng ikan bilis terlebih dahulu
2.Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang yang telah dikisar dan setelah bawang agak bertukar warna terus masukkan cili kisar
3.masukkan gula garam secukup rasa dan masukkan sedikit asam keping dan biar sehingga sambal itu pecah minyak.
4.setelah sambal itu pecah minyak masukkan ikan bilis yang telah digoreng kembali ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.

Tips:Dalam masakkan nasi lemak santan segar lebih sedap berbanding santan kotak.

nur zulaikha husna binti zazali said…
2019883958

bahan nasi lemak

6 cup beras
2 kotak santan
2 inci halia
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

sambal udang

bahan A (kisar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering

bahan B
udang
asam keping
minyak masak
belacan bakar
1 biji bawang besar (dadu)
garam dan gula secukup rasa


Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh