Ubi rebus bersama gula merah dan kelapa parut



Dalam mood time limited.  Everything to be done in a short time given.  Ya! Allah, sampai hanguslah ikan yang saya goreng hari nie dikerjakan.  Kejar masa sangat.... nielah akibatnya.  Saya memang kesuntukkan masa, banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk ini.  Salah satu pendorong utamanya, suami yang kesakitan (kesan dari aktiviti lasaknya). 

Whatever, tetiba terlintas menu paling mudah nie.  Kebetullan ubi kayu nie saya perolehi dari sahabat suami yang datang berkunjung ke rumah.  Sebab dia tahu saya sangat sukakan ubi kayu, terus dibawanya satu guni gitu...... special dari Johor.  Cam perli lak.  Apa lagi saya yang amat mengidamkan ubi kayu terus mengerjakannya dalam masa yang suntuk ini.

Apa yang saya buat, bersihkan ubi kayu dengan cara membuang kulitnya dan membasuh bersih.  Kemudian. potong menjadi kiub kecil, sebahagiannya saya goreng dan selebihnya saya rebus.  Yang telah siap bergoreng boleh terus ngap.  Manakala yang berebus perlu disediakan bahan "gu"nya.  Dapatkan kelapa parut, bahagian putihnya sahaja, dicampur dengan sedikit garam dan gula, dapat gula merah lagi sedap.  Apa tunggu lagi jom kita hentam bagi habis.   Tunggu, dengan muka tak segannya, saya letakkan dalam beberapa pinggan yang ada, dan minta anak hantar kepada jiran.  Entah apa-apa kan, menu simple cam nie pun nak berbahagi pada jiran..  Jangan tamak, walaupun simple, yang paling penting niat dihati mesti ikhlas.  Yang penting nanti tak adalah rumah saya jer yang berjerebu akibat kentut yang terhasil dari makan ubi kayu nie nanti.   Sorry all the neighbours....

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh