Saturday, November 13, 2010

Ubi rebus bersama gula merah dan kelapa parut



Dalam mood time limited.  Everything to be done in a short time given.  Ya! Allah, sampai hanguslah ikan yang saya goreng hari nie dikerjakan.  Kejar masa sangat.... nielah akibatnya.  Saya memang kesuntukkan masa, banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk ini.  Salah satu pendorong utamanya, suami yang kesakitan (kesan dari aktiviti lasaknya). 

Whatever, tetiba terlintas menu paling mudah nie.  Kebetullan ubi kayu nie saya perolehi dari sahabat suami yang datang berkunjung ke rumah.  Sebab dia tahu saya sangat sukakan ubi kayu, terus dibawanya satu guni gitu...... special dari Johor.  Cam perli lak.  Apa lagi saya yang amat mengidamkan ubi kayu terus mengerjakannya dalam masa yang suntuk ini.

Apa yang saya buat, bersihkan ubi kayu dengan cara membuang kulitnya dan membasuh bersih.  Kemudian. potong menjadi kiub kecil, sebahagiannya saya goreng dan selebihnya saya rebus.  Yang telah siap bergoreng boleh terus ngap.  Manakala yang berebus perlu disediakan bahan "gu"nya.  Dapatkan kelapa parut, bahagian putihnya sahaja, dicampur dengan sedikit garam dan gula, dapat gula merah lagi sedap.  Apa tunggu lagi jom kita hentam bagi habis.   Tunggu, dengan muka tak segannya, saya letakkan dalam beberapa pinggan yang ada, dan minta anak hantar kepada jiran.  Entah apa-apa kan, menu simple cam nie pun nak berbahagi pada jiran..  Jangan tamak, walaupun simple, yang paling penting niat dihati mesti ikhlas.  Yang penting nanti tak adalah rumah saya jer yang berjerebu akibat kentut yang terhasil dari makan ubi kayu nie nanti.   Sorry all the neighbours....

Wednesday, November 10, 2010

Pudding Pandan Layer Cake


Saya memang suka menggoda.  Suka bagi orang tak dapat tidur malam, paling penting tidur malam termimpi-mimpi.  Tapi bukan mimpi atau tergodakan saya.  Angau separuh jiwa pada masakan saya.....  Ha..ha.. ha... bagi statement haru-biru sikit.

Kek yang saya nak tunjukkan hari nie, renyah sikit cara pembuatanya.  Sebabnya kena siapkan sponge cakenya dulu, kena buatkan kastard dia dulu, pastu kena lapis-lapiskan.  Bukan itu saja sebelum jadi end product, kena dulu kita sejukkankan dia.  Tak nak buang masa, mari kita belajar cara pembuatannya.

Bahan-bahan untuk Pandan Chiffon Cake -
4     biji  Telur
125 gm  Gula kastor
25   gm  Ovallete
150 gm  Soft flour             )
15   gm  Tepung jagung     )  ayak kesemuanya
1/2  tsp. Baking powder    )
75   gm  Juice pandan/ perasa
50   gm  margarine (yang telahpun dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik)

Cara untuk mmebuat Pandan Chiffon Cake -
1.  Masukkan kesemua bahan kecuali margarine.  Putar dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi sebati, ringan dan gebu.
2.  Kemudian masukkan margarine dan putar sebati.
3.  Masukkan ke dalam acuan kek yang telah digriskan dengan margarine dan berlapiskan dengan kertas minyak adunan tadi.
4.  Bakar dalam ketuhar yang telahpun dipanaskan terlebih dahulu selama 45-50 minit dengan suhu membakar 180 darjah celcius.
5.  Kek yang telah dimasak, perlu dikeluarkan segera dari acuannya bagi menggelakkan kek mendap.
6.  Sejukkan kek pada suhu bilik.





Monday, November 8, 2010

Yummie...yummie... yummm

You're the one who are crazy mezzy about cheese.  Now it come to you.  Don't wait until it finish or you may don't have a chance to get it anymore.  Pizza Hut ada mempromosikan produk baru, yang boleh membuatkan anda tak senang duduk.  Apa tunggu lagi mari kita beramai-ramai serbu Pizza Hut sekarang juga......  Untuk keterangan atau maklumat lanjut berkaitannya, silalah click pada iklan Pizza yang ada di blog ini.

Jom masuk contest ALL Shiny WHITE

Apa tunggu lagi.  Exam dah abis, yang kerja, inilah masanya untuk bercuti panjang.  Tapi RM takde.  So apa lagi mehlah join contest yg ada kat Blog nie, siapa tahu ini giliran anda untuk memenanginya.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...