Tuesday, December 13, 2011

Serunding daging

Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama.

Bahan:
1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya)
1 1/2 biji kelapa
10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak)

Bahan Kisar:
500 gm  bawang merah
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 batang serai
1 cm  halia
gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus.
2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan.
3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit  
     kering.
4.  Masukkan daging yang dicarik dan juga jintan manis (yang telah dimesin halus).  Kacau rata.
5.  Perasakan dengan garam dan gula dan masak sehingga kering.



Posted by Picasa

Coffee delight cake

Ini kek yang tercipta last minute sebelum saya perlu menghidangkan semua dessert sebelum majlis makan-makan bermula.  Sangat mudah (kalau tak takdelah terhasil last minute, janji semua bahan ada).  Untuk anda yang suka buat kerja last minute mungkin ini terbaik untuk anda cuba.

Bahan :
250 gm  Soft flour
250 gm  Castor sugar
250 gm  Butter
5 nos      Egg
1/2 tsp    Baking powder
1/4 tsp    Vanila esen
                                                                                   5 gm      Coffee Powder
                                                                                   sedikit esen coffee
                                                                                   Butter cream

Cara membuatnya:
1.  Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2.  Putar mentega atau butter bersama gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur satu persatu, putar sebati.
4.  Masukkan esen dan serbuk coffee, sebatikan.
5.  Masukkan tepung gandum dan putar sebati.
6.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah diglis.
7.  Bakar selama 45 minit pada suhu 1800celcius.
8.  Biarkan kek sejuk seketika, sebelum dipotong menjadi 2 atau 3 lapisan.
9.  Pada setiap lapisan kek salutkan dengan butter krim.
10.  Hias sekeliling kek dengan butter krim, letakkan hiasan dan sedia untuk dihidangkan pada tetamu.


Posted by Picasa

Monday, October 31, 2011

Mee Udang

Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi.  Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa.  Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam.

Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini.  Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie.  Jom-jom syer semua.....

Mee udang

Bahan:
1 paket mee (dicelur seketika)
Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan dicelur)
Semangkuk taugeh (dicelur)
Cili boh (secukup rasa)
2 kg Udang segar (sederhana besar)
Cili merah secukupnya (dihiris)
Segenggam bawang merah (dikisar halus)
5 biji bawang merah (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
serbuk perasa, garam dan gula secukupnya.
                                                                                 
Cara membuatnya:
1.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang sehingga terbit baunya.
2.  Masukkan cili boh dan bawang yang telah dikisar tadi, kacau sehingga pecah minyak.
3.  Udang dicelur seketika, lebihan kepala udang dan ekor tadi dikisar halus bersama air rebusan
     udang.  Masukkan air kisaran udang ke dalam periuk yang telah berisi bahan tumisan tadi.
4.  Tambah air jika perlu, masukkan bahan perasa dan rasakan secukupnya.
5.  Setelah cukup rasanya, masak seketika dan kemudiannya kuah ini bolehlah dimasukkan ke dalam mee
    yang telah dicelur, taugeh, udang dan sawi.

Selamat mencuba.......


Gambar-gambar yang tersiar saya perolehi dari kelas masakan yang saya anjurkan, kelas hakiki saya di IPTA, dan penjelajahan saya mencari mee udang di beberapa buah kedai makanan yang terdapat di semenanjung Malaysia.

Satu tip dan pesanan dari saya, ketika membersihkan udang, lebihan2 kulit udang yang tidak diperlukan jangan dibuang begitu sahaja.  Ianya boleh dijadikan bahan perasa tambahan makanan yang selamat dan menyelerakan dengan cara, kisar bahan ini tapis dapatkan pati airnya sahaja dan kemudian simpan ditempat sejuk beku.  Apabila ingin memasak, cairkan ia pada suhu bilik dan masukkan sedikit dalam masakkan anda.  Amat sedap jika dicampurkan dalam bahan berasaskan mee, bihun dan kway teow.

Tuesday, July 19, 2011

Apam mentega

Apam Mentega

Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr....  Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu.  Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie.  Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan.  So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis.  Memang teman yang akan ngabiskan.  Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam".  Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya.  Terima kasih sekali lagi kak Nor.

Apam Mentega


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air
3 cawan tepung gandum
250 gm mentega
3 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kelapa parut
Sedikit esen vanila


Cara Menyediakan:
1. Hanguskan gula dengan 1 cawan gula. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan mentega (yang telah dipukul berasingan), susu cair, gula hangus, esen vanila dan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebati.
4. Sapu minyak pada mangkuk acuan dan masukkan adunan. Kukus hingga masak.
5. Hidangkan bersama kelapa parut.

Popia basah


Sedapnya.... selain dari sedap ia juga merupakan makanan yang berkhasiat.  Sesuai sekali bagi yang jenis vegetarian atau sedang berdiet.  kandungan serat yang tinggi pasti membuatkan tubuh anda langsing (tapi kalau duk hentam makanan lainpun tak guna juga).  Popia paling sedap bagi saya ada terdapat di Pulau Pinang (yang mamak duk buat tepi jalan tu....).  Segala-galanya istimewa, rasanya yang seimbang memang memukau selera (buat pulak time tu mamak tu kenyit mata; makan tak ingat dunia...).  Untuk anda, istimewa untuk semua meh kita belajar cara membuat popia basah (supaya mata mamak tu tak sakit duk kenyit kat kita).


Popia Basah  Bahan Kulit Popia:
600 gm tepung gandum
600 gm air
1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil minyak jagung
1 1/2 sudu kecil garam


Bahan Inti Popia:
300 gm sengkuang - diparut kasar memanjang
1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang
5- gm udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus
100 gm udang segar - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - dicincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
100 gm kacang pancang - dipotong kecil nipis
200 gm tauge
2 biji telur - digoreng hancur
Sedikit bijan - disangai
Sedikit kacang tanah - disangai dan ditumbuk
Sedikit bawang goreng


Bahan Sos:
50 gm cili kering - dikisar halus
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
Sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa
100 gm isi betik dikisar halus untuk memekatkan kuah


Cara Menyediakan Kulit:
1. Untuk kulit popia; satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian perapkan aduanan sekurang-kurangnya empat jam. Pastikan adunan ini tidak bergentel atau 'bertali'.

2. Dengan api sederhana, panaskan sedikit minyak jagung di atas pan panas, setelah betul-betul panas, lengserkan adunan di atasnya hingga terhasil kulit popia yang nipis.

3.Biarkan sehingga kulit popia benar-benar masak sebelum diangkat. Letakkan diatas pinggan dan tutup kulit popia dengan tuala lembap.


Cara Menyediakan Inti:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan udang segar.

2. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuan dan tauge, gaul rata seketika. Masukkan udang kering dan garam secukup rasa.

3. Masukkan telur yang telah digoreng hancur, kacau seketika, angkat dan biarkan inti sejuk.


Cara Menyediakan Sos:
1. Satukan semua bahan dan masak seketika.


Cara Menyediakan Popia:
1. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos di atasnya, isikan inti di tengahnya, taburkan bawang goreng, kacang tanah serta bijan dan gulung seperti menggulung kuih ketayap.

(Anda juga boleh menyapu sos dan menabur kacang, bijan dan bawang goreng di atas popia yang siap digulung)

Tuesday, June 14, 2011

Telur dadar sayuran

Orang kata kalau dah lapar, goreng telur pun sodap.....  Pak lang (AF9) tu pandai goreng telur tak????.  Ish! tetiba.... jerkan.  Lepas nie, sibuk nak ke dapur pun tak sempat, makan on the go ajelah.  Dah! dah! sebenarnya idea dah tepu sebab saya ada class kul 5.00 petang karang (hwem! ada lagi 28 minit to go....).  Kay... pada yang tak tahu nak masak apa cubalah resepi nie....

Telur Dadar Sayuran

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam
Kubis (hiris)
Lobak merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
Daun sup (hiris)
Garam
Lada sulah


CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur. Biarkan telur separuh masak.
4. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan dan potongkan mengikut kreativiti.

Masak Lemak Rebung dan perut

Ada sesapa yang suka makan perut?  Ganas tul soalan nie.  Minggu depan salah satu menu masakan yang para pelajar saya kena masak adalah menu yang berasaskan perut.  Bukan perut sesapa tapi perut yang adoooo.....  Ish! takyah duk membayang perut-perut yang seksi-meksi atau yang gedut terlebih sudah tu.  Nie perut lembu, tak kena cara prosesnya; habis hanyirlah satu kawah masakan.  Sayapun sebenarnya tak suka memasak makanan berasaskan perut nie, sebab tak tahan dengan bau dan terasa agak geli nak memotongnya.  Tapi bab makan, laju jerrrrr.......  Ok! apapun cubalah masakan nie, yang resepinya saya perolehi dari laman web sesapa ntah.

MASAK LEMAK REBUNG BERSAMA PERUT

Bahan-bahannya:

1      perdu  rebung segar (dicincang halus dan direbus)
1/2   kilo     perut lembu (dihiris nipis dan 3 inci panjang-direbus hingga masak)
santan dari 1 biji kelapa
asam keping
garam secukupnya
sedikit gula

Bahan untuk diblend :
5        ulas  bawang merah
3        ulas  bawang putih
9        biji   cili kering
1 1/2  inci   kunyit( kunyit serbuk pun boleh )
1 inci  lengkuas
2 batang serai
sejemput biji ketumbar
sejemput udang kering (direndam hingga lembut)
1 biji          tomato
2 biji          cili merah
7 biji          cili api ( kurangkan jika tak nak pedas )


Cara Penyediaannya :
  1. Dalam periuk, satukan santan, bahan yang diblend dan asam keping, masak hingga kuah mendidih.
    2.   Masukkan garam, rebung dan perut yang telah direbus. Masak hingga sedikit pekat & keluar minyak.

Monday, March 28, 2011

Masak Lemak Cili Padi dan Telur

 Ini namanya masakan campak-campak.  Selalunya masak lemak nie akan dimasak bersama udang, daging salai atau sayur pucuk paku (hem... sedapnya...).  Tapi saya terpaksa tukar bahan itu semua dengan telur, sebab anak saya yang banyak tul pantang larang semasa makan.

Bahan-bahan untuk telur:
5 biji   telur
10 ml  cuka
500ml air

Cara memasaknya:

 1.  Di dalam periuk campurkan air dan cuka. 
      renihkan di atas api.
2.  Pecahkan telur dengan berhati-hati di dalam
     cawan.
3.  Masukkan telur di dalam air campuran cuka tadi
    dan renihkan selama 2 minit @ telur bertukar
    menjadi pejal.
4.  Angkat dan toskan airnya.  Masukkan ke dalam
    kuah masak lemak setelah kuah masak lemak
    masak.

Bahan kuah masak lemak cili padi:
250 ml  Santan kelapa
20   gm Bawang merah  ) dutumbuk halus
10   gm Kunyit hidup     )
5    biji  Cili padi           )
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam secukup rasa

Cara memasaknya;
1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak selama 15 minit atau sehingga kuahnya pekat.
2.  Masukkan perasa secukupnya.
3.  Campurkan sayur bayam (atau sayur lainnya) ke dalam kuah masak lemak renihkan sebentar.
4.  Campurkan dengan telur yang telah disediakan sebelumnya ke dalam kuah masak lemak sebelum
    dihidangkan.

Friday, March 4, 2011

Black Forest Cake

 

Ini adalah kek pertama yang dibuat oleh mama semasa saya kecil dulu.  Habil saya kerjakan.  Rasanya lazat, kerana ada kesinambungan rasa antara sponge cake dan dark pitted cherries; yang kemudiannya disaluti pula dgn cream yang sememangnya marvellous.
Sponge cake-
Bahan:
1     kg      Sponge  mix flour (boleh diperolehi di kedai2 pastry)
1     kg      Eggs
250 gm     Water
250 gm     Corn oil

Cara membuatnya:
  1. Campurkan kesumua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas pemutar dan putar adunan dengan kelajuan tinggi menggunakan whisk.
  2. Bila adunan mengembang 3 kali ganda, barulah dimasukkan dengan corn oil.
  3. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan pembakar, anggaran 1/2 bekas penuh.
  4. Bakar pada suhu 1800c selama 45 minit.
  5. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus keluarkan kek dari acuannya.
  6. Biar sejuk seketika sebelum menghias.

Bahan untuk menghias:
1    biji      Sponge cake
Dark pitted cherries
Maraschino cherries
Parutan coklat masakan
Whipping cream
Syrup (boleh juga gunakan air dari dark pitted cherries)

Cara membuatnya:
  1. Sponge cake coklat dipotong kepada 2 atau 3 bahagian yang sama besar.
  2. Letakkan syrup pada setiap lapisan kek.
  3. Sapukan whipping kek di atas setiap lapisan kek.
  4. Letak dark pitted cherries pada keseluruhan permukaan 2 lapisan kek.
  5. Akhir sekali hiaskan dengan whipping cream, parutan coklat atau coklat rice dan marchinno cherries.


Tuesday, March 1, 2011

Sambal Tumis Udang




Bahan:
1    Kg        Udang (sederhana besar)
5    Biji        Cili merah
2    Cm        Halia
Cuka dan gula secukup rasa
1    Camt.     Tepung jagung
1    Tangkai   Daun sup
1    Tangkai   Daun bawang
2    Ulas        Bawang putih
2    Cawan    Sos tomato
1/2 Cawan   Air
1/4 Cawan    Minyak Masak
Garam dan lada hitam
5    Cm        Belacan
Sedikit air asam jawa
Cara menyediakannya:
  • Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga kuning.
  • Masukkan cili merah yang telah dikisar serta udang.
  • Campurkan bahan perasa selebihnya.
  • Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  • setelah hampir masak, masukkan daun bawang dan daun sup.
  • Angkat dan hidangkan.

Sambal Udang