Monday, March 28, 2011

Masak Lemak Cili Padi dan Telur

 Ini namanya masakan campak-campak.  Selalunya masak lemak nie akan dimasak bersama udang, daging salai atau sayur pucuk paku (hem... sedapnya...).  Tapi saya terpaksa tukar bahan itu semua dengan telur, sebab anak saya yang banyak tul pantang larang semasa makan.

Bahan-bahan untuk telur:
5 biji   telur
10 ml  cuka
500ml air

Cara memasaknya:

 1.  Di dalam periuk campurkan air dan cuka. 
      renihkan di atas api.
2.  Pecahkan telur dengan berhati-hati di dalam
     cawan.
3.  Masukkan telur di dalam air campuran cuka tadi
    dan renihkan selama 2 minit @ telur bertukar
    menjadi pejal.
4.  Angkat dan toskan airnya.  Masukkan ke dalam
    kuah masak lemak setelah kuah masak lemak
    masak.

Bahan kuah masak lemak cili padi:
250 ml  Santan kelapa
20   gm Bawang merah  ) dutumbuk halus
10   gm Kunyit hidup     )
5    biji  Cili padi           )
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam secukup rasa

Cara memasaknya;
1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak selama 15 minit atau sehingga kuahnya pekat.
2.  Masukkan perasa secukupnya.
3.  Campurkan sayur bayam (atau sayur lainnya) ke dalam kuah masak lemak renihkan sebentar.
4.  Campurkan dengan telur yang telah disediakan sebelumnya ke dalam kuah masak lemak sebelum
    dihidangkan.

No comments: