Tuesday, June 14, 2011

Telur dadar sayuran

Orang kata kalau dah lapar, goreng telur pun sodap.....  Pak lang (AF9) tu pandai goreng telur tak????.  Ish! tetiba.... jerkan.  Lepas nie, sibuk nak ke dapur pun tak sempat, makan on the go ajelah.  Dah! dah! sebenarnya idea dah tepu sebab saya ada class kul 5.00 petang karang (hwem! ada lagi 28 minit to go....).  Kay... pada yang tak tahu nak masak apa cubalah resepi nie....

Telur Dadar Sayuran

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam
Kubis (hiris)
Lobak merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
Daun sup (hiris)
Garam
Lada sulah


CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur. Biarkan telur separuh masak.
4. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan dan potongkan mengikut kreativiti.

Masak Lemak Rebung dan perut

Ada sesapa yang suka makan perut?  Ganas tul soalan nie.  Minggu depan salah satu menu masakan yang para pelajar saya kena masak adalah menu yang berasaskan perut.  Bukan perut sesapa tapi perut yang adoooo.....  Ish! takyah duk membayang perut-perut yang seksi-meksi atau yang gedut terlebih sudah tu.  Nie perut lembu, tak kena cara prosesnya; habis hanyirlah satu kawah masakan.  Sayapun sebenarnya tak suka memasak makanan berasaskan perut nie, sebab tak tahan dengan bau dan terasa agak geli nak memotongnya.  Tapi bab makan, laju jerrrrr.......  Ok! apapun cubalah masakan nie, yang resepinya saya perolehi dari laman web sesapa ntah.

MASAK LEMAK REBUNG BERSAMA PERUT

Bahan-bahannya:

1      perdu  rebung segar (dicincang halus dan direbus)
1/2   kilo     perut lembu (dihiris nipis dan 3 inci panjang-direbus hingga masak)
santan dari 1 biji kelapa
asam keping
garam secukupnya
sedikit gula

Bahan untuk diblend :
5        ulas  bawang merah
3        ulas  bawang putih
9        biji   cili kering
1 1/2  inci   kunyit( kunyit serbuk pun boleh )
1 inci  lengkuas
2 batang serai
sejemput biji ketumbar
sejemput udang kering (direndam hingga lembut)
1 biji          tomato
2 biji          cili merah
7 biji          cili api ( kurangkan jika tak nak pedas )


Cara Penyediaannya :
  1. Dalam periuk, satukan santan, bahan yang diblend dan asam keping, masak hingga kuah mendidih.
    2.   Masukkan garam, rebung dan perut yang telah direbus. Masak hingga sedikit pekat & keluar minyak.