Tuesday, July 19, 2011

Apam mentega

Apam Mentega

Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr....  Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu.  Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie.  Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan.  So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis.  Memang teman yang akan ngabiskan.  Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam".  Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya.  Terima kasih sekali lagi kak Nor.

Apam Mentega


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air
3 cawan tepung gandum
250 gm mentega
3 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kelapa parut
Sedikit esen vanila


Cara Menyediakan:
1. Hanguskan gula dengan 1 cawan gula. Ketepikan.
2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan mentega (yang telah dipukul berasingan), susu cair, gula hangus, esen vanila dan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebati.
4. Sapu minyak pada mangkuk acuan dan masukkan adunan. Kukus hingga masak.
5. Hidangkan bersama kelapa parut.

Popia basah


Sedapnya.... selain dari sedap ia juga merupakan makanan yang berkhasiat.  Sesuai sekali bagi yang jenis vegetarian atau sedang berdiet.  kandungan serat yang tinggi pasti membuatkan tubuh anda langsing (tapi kalau duk hentam makanan lainpun tak guna juga).  Popia paling sedap bagi saya ada terdapat di Pulau Pinang (yang mamak duk buat tepi jalan tu....).  Segala-galanya istimewa, rasanya yang seimbang memang memukau selera (buat pulak time tu mamak tu kenyit mata; makan tak ingat dunia...).  Untuk anda, istimewa untuk semua meh kita belajar cara membuat popia basah (supaya mata mamak tu tak sakit duk kenyit kat kita).


Popia Basah  Bahan Kulit Popia:
600 gm tepung gandum
600 gm air
1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil minyak jagung
1 1/2 sudu kecil garam


Bahan Inti Popia:
300 gm sengkuang - diparut kasar memanjang
1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang
5- gm udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus
100 gm udang segar - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - dicincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
100 gm kacang pancang - dipotong kecil nipis
200 gm tauge
2 biji telur - digoreng hancur
Sedikit bijan - disangai
Sedikit kacang tanah - disangai dan ditumbuk
Sedikit bawang goreng


Bahan Sos:
50 gm cili kering - dikisar halus
5 ulas bawang putih - ditumbuk halus
Sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa
100 gm isi betik dikisar halus untuk memekatkan kuah


Cara Menyediakan Kulit:
1. Untuk kulit popia; satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian perapkan aduanan sekurang-kurangnya empat jam. Pastikan adunan ini tidak bergentel atau 'bertali'.

2. Dengan api sederhana, panaskan sedikit minyak jagung di atas pan panas, setelah betul-betul panas, lengserkan adunan di atasnya hingga terhasil kulit popia yang nipis.

3.Biarkan sehingga kulit popia benar-benar masak sebelum diangkat. Letakkan diatas pinggan dan tutup kulit popia dengan tuala lembap.


Cara Menyediakan Inti:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik aroma, kemudian masukkan udang segar.

2. Masukkan lobak merah, kacang panjang, sengkuan dan tauge, gaul rata seketika. Masukkan udang kering dan garam secukup rasa.

3. Masukkan telur yang telah digoreng hancur, kacau seketika, angkat dan biarkan inti sejuk.


Cara Menyediakan Sos:
1. Satukan semua bahan dan masak seketika.


Cara Menyediakan Popia:
1. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sedikit sos di atasnya, isikan inti di tengahnya, taburkan bawang goreng, kacang tanah serta bijan dan gulung seperti menggulung kuih ketayap.

(Anda juga boleh menyapu sos dan menabur kacang, bijan dan bawang goreng di atas popia yang siap digulung)

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...