Tuesday, December 13, 2011

Serunding daging

Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama.

Bahan:
1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya)
1 1/2 biji kelapa
10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak)

Bahan Kisar:
500 gm  bawang merah
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
5 batang serai
1 cm  halia
gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus.
2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan.
3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit  
     kering.
4.  Masukkan daging yang dicarik dan juga jintan manis (yang telah dimesin halus).  Kacau rata.
5.  Perasakan dengan garam dan gula dan masak sehingga kering.



Posted by Picasa

Coffee delight cake

Ini kek yang tercipta last minute sebelum saya perlu menghidangkan semua dessert sebelum majlis makan-makan bermula.  Sangat mudah (kalau tak takdelah terhasil last minute, janji semua bahan ada).  Untuk anda yang suka buat kerja last minute mungkin ini terbaik untuk anda cuba.

Bahan :
250 gm  Soft flour
250 gm  Castor sugar
250 gm  Butter
5 nos      Egg
1/2 tsp    Baking powder
1/4 tsp    Vanila esen
                                                                                   5 gm      Coffee Powder
                                                                                   sedikit esen coffee
                                                                                   Butter cream

Cara membuatnya:
1.  Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2.  Putar mentega atau butter bersama gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur satu persatu, putar sebati.
4.  Masukkan esen dan serbuk coffee, sebatikan.
5.  Masukkan tepung gandum dan putar sebati.
6.  Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah diglis.
7.  Bakar selama 45 minit pada suhu 1800celcius.
8.  Biarkan kek sejuk seketika, sebelum dipotong menjadi 2 atau 3 lapisan.
9.  Pada setiap lapisan kek salutkan dengan butter krim.
10.  Hias sekeliling kek dengan butter krim, letakkan hiasan dan sedia untuk dihidangkan pada tetamu.


Posted by Picasa