Thursday, February 9, 2012

Mee tomyam seafood (2)

Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai. 


Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam-

5 ulas          bawang merah
2 biji           cili merah
5 biji           cili kering
1 inci          lengkuas
2 batang     serai
1 camb.      udaang kering
3 helai        daun limau purut
1 inci          belacan (dibakar)
Air asam jawa, gula dan garam


Bahan untuk sup tomyam -

1/4 ekor       ayam
200 gm        udang
3 camb.       susu cair
2 ekor          sotong
1 biji            bawang besar (potong 6)
5 biji            bawang putih (diketuk)
1 inci           lengkuas (diketuk)
2 batang       serai (diketuk)
1/2 batang   lobak merah
bunga kobis secukupnya
5 helai         daun limau purut
1 biji            tomato (belah 4)
1 camb.       perencah tomyam
1 camb.       sos ikan
2 biji           limau nipis
5 biji           cili padi
garam dan daun ketumbar secukupnya


Cara membuatnya -
1.  Sediakan perencah tomyam.
2.  Kisar kesemua bahan bersama sedikit air kecuali air asam jawa, garam dan gula.
3.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
5.  Masak sehingga menjadi pes, pes ini boleh disimpan dan dipakai bila anda memerlukannya.
6.  Rebus ayam beberapa minit, masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili
     padi dan lengkuas.
7.  Masukkan sotong, udang dan sayur-sayuran.
8.  Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
9.  Padamkan api.  Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
10.  Apa lagi, jomlah makan.  Makan dengan nasi pun sedap, dengan mee pun layannnn.  Makan
      sajapun boleh juga.

No comments: