Puding Laici


Hati tengah gundah gulana.... Status diri yang saya sendiri tak tahu posisinya bagaimana.... fening! memang amat fening..... Sayayang rasanya nak meninggalkannya.  Bukan kehendak diri tapi kehendak mereka yang tidak memahami..  Apakah??? Biarlah menjadi rahsia pada diri saya.....

Kay, kalau tadi menjadi rahsia, yang nie saya tak nak simpan sorang.  Tak baik... nanti kalau ada yang teringin, pintu rumah saya pulak yang menjadi mangsa.  Lets we share it.

Puding Laici:

1 paket agar-agar
1 lt        Susu segar
2 tin      Laici
Gula ikut sesuka ati
Hiasan (apa je boleh bantai, jangan letak bantal buat hiasan udahlah)


Cara membuatnya:
1.  Agar-agar dilarutkan ke dalam air dan dimasak sehingga agar-agar menjadi larut bersama air.
2.  Masukkan gula dan bairkan gula larut dan sebati di dalam air.
3.  Laici diblend halus dan dimasukkan ke dalam adunan agar-agar, bersama air laici.
4.  Tutup api dan masukkan susu segar.
5.  Tuangkan ke dalam bekas dan biar beku di dalam peti sejuk.
6.  Keluarkan dan hias dan apa lagi.......marilah menjamu selera... sila.. sila...(yum..yumm)

Comments

Kimura said…
Wow, look very delicious ..
liza said…
Laling...cubalah senang je nak buat nie
NOR AZLIN FARHANA BINTI AZNAN (2019409082)
Puding Laici yang saya pelajari daripada ibu saya ialah bahan-bahannya ialah satu ketul gula batu, 600 ml air, satu tin buah laici (jenama yusuf tayyub), 250ml susu cair. Cara membuatnya ialah masukkan serbuk agar-agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut. Masukkan susu cair, kacau sehingga mendidih. Tutup api, masukkan laici. Kacau sebentar kemudian tuang adunan laici ke dalam acuan. Sejukkan puding laici sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tips ialah gula batu dapat mengelakkan puding berair setelah ketal.

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh