Thursday, February 9, 2012

Laksa




Laksa, bila disebut laksa yang tinggal di sebelah utara mesti terbayangkan laksa Teluk Kechai ataupun laksa Perlis.  Yang duk kat Johor terkenangkan laksa Johornya, yang duk kat tengah-tengah nie, asam laksa oklah kut.  Nie hari nie nak citer sikit tentang Asam Laksa.

Asam laksa is a famous local delicacy in Penang.  So sometimes it also may known as Penang Laksa, as it is considered as an indigenous food of Penang.  It commonly found at Penang hawker centers or coffee shops but usually not available at restaurants.  Kedai kecik-kecik je yang selalu jual asam laksa nie kat Penang.  Based on Peranakan origin, Penang laksa is a combo dish from both Malay and Chinese flavors.

Asam is a Malay word for tamarind which is used as stock to prepare the soup for this popular dish.  In fact, a bowl of laksa is served with rice noodles in a thick sour soup of shredded fish, garnished with slices of shallots, cucumbers, pineapples, lettuces, mint leaves, chilies, ginger torch flower bud (bunga kantan) and topped off with sweet shrimp paste (nie yang bagi laksa lagi gilerr sedap). 

The delicious delicious soup is usually prepared with local spices includes galangal (lengkuas), lemon grass (serai), minced onions, chilies, polygonum leaves and shrimp paste granules (belacan).  All of this items are cooked under low fire for at least an hour before adding in the debone mackerels and continue to be simmered for another hour.  Finally, the soup is perfected with salt, sugar and sweet shrimp paste.

Tetiba terngada-ngada nak ber"omputeh" lak.  Kay apapun nie resepi untuk Asam Laksa kita.  Apapun perkataan laksa diambil dari perkataan asal sanskrit "Laksha" yang bermaksud "banyak", merujuk kepada banyaknya bahan yang diperlukan untuk melengkapkan masakan laksa ini.

Bahan-
1 bungkus        Laksa basah
Timun
Nenas
Cili merah hiris
Daun pudina
Bawang besar
Telur rebus
4 ekor            ikan kembung (rebus dengan 5 hingga 7 keping asam keping), ambil isi sahaja.
Cili boh

Bahan Tumbuk:
10-15 biji         cili api
5-6  biji            bawang kecil
3 biji                bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit halia
belacan secukup rasa

Bahan tambahan:
1 batang    serai
1 bunga kantan (dibelah 4)
Daun kesum
Segenggam asam jawa diambil patinya
5 keping asam keping
4 camb.  otak udang
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.  Masukkan bahan tumbuk dan cili boh ke dlaam stok ikan (air merebus ikan).  Masukkan semua
     bahan tambahan.
2.  Bila mendidih masukkan isi ikan, masak sekejap sahaja. 
3.  Sedia untuk dihidang.

Mee tomyam seafood (2)

Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai. 


Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam-

5 ulas          bawang merah
2 biji           cili merah
5 biji           cili kering
1 inci          lengkuas
2 batang     serai
1 camb.      udaang kering
3 helai        daun limau purut
1 inci          belacan (dibakar)
Air asam jawa, gula dan garam


Bahan untuk sup tomyam -

1/4 ekor       ayam
200 gm        udang
3 camb.       susu cair
2 ekor          sotong
1 biji            bawang besar (potong 6)
5 biji            bawang putih (diketuk)
1 inci           lengkuas (diketuk)
2 batang       serai (diketuk)
1/2 batang   lobak merah
bunga kobis secukupnya
5 helai         daun limau purut
1 biji            tomato (belah 4)
1 camb.       perencah tomyam
1 camb.       sos ikan
2 biji           limau nipis
5 biji           cili padi
garam dan daun ketumbar secukupnya


Cara membuatnya -
1.  Sediakan perencah tomyam.
2.  Kisar kesemua bahan bersama sedikit air kecuali air asam jawa, garam dan gula.
3.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
5.  Masak sehingga menjadi pes, pes ini boleh disimpan dan dipakai bila anda memerlukannya.
6.  Rebus ayam beberapa minit, masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili
     padi dan lengkuas.
7.  Masukkan sotong, udang dan sayur-sayuran.
8.  Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
9.  Padamkan api.  Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
10.  Apa lagi, jomlah makan.  Makan dengan nasi pun sedap, dengan mee pun layannnn.  Makan
      sajapun boleh juga.