Thursday, February 14, 2013

Pastri telur, sosej dan keju

Pastri telur, sosej dan keju
Bahan pastri:
500 gm tepung gandum
1 biji telur
275ml susu segar
1 camt. garam
1/2 camb. ragi segera
50 gm mentega
175gm marjerin pastri (disejukkan)
Bahan Inti:
250 gm daging kisar
100 gm roti (dibuang kulitnya, dan direndamkan ke dlm susu)
1/2 camt serbuk lada sulah
1 camt. serbuk pala
1 camb. gula
1 camt. garam
1 camt. serbuk perasa
1 camb. marjerin
Bahan Hiasan:
3 biji telur rebus
3 batang sosej
Sayur campur
1 biji kuning telur
parutan keju
Cara membuatnya:
1.  Satukan semua bahan pastri kecuali marjerin.
2.  Gaul dan uli lembut.  Biarkan setengah jam.
3.  Canai pastri dan bahagi 3 serta taburkan marjerin.
4.  Lipat bahagian kiri ke kanan, taburkan lagi marjerin di atas lipatan pertama.
5.  Lipat dari kanan ke kiri menutup lipatan pertama, canai pastri dan ulang langkah 3 dan 5 ini.
6.  Sediakan 2 keping pastri, yang kecil berukuran memanjang 21 cm dan lebar 15 cm manakala satu lagi berukuran memanjang 25 cm dan lebar 19 cm.
Cara membuat bahan inti:
1.  Satukan semua bahan inti.  Kacau di atas api
     sederhana hingga rata.
2.  Canai pastri berukuran memanjang 21 cm dan
     lebar 15 cm.  Ratakan inti di atas pastri.
3.  Susunkan telur dan sosej di atas inti mengikut
     kesukaan anda.  Taburkan sayur campuran.
4.  Kemudian ambil sekeping lagi pastri dan tutupkan permukaan inti tadi.
5.  Tekan hujung garfu pada sekeliling pastri, dan sapukan kuning telur di atasnya.
6.  Taburkan parutan keju dan bakar sehingga  kekuningan.



No comments: