Thursday, February 14, 2013

Spageti Carbonara

Spagetti Carbonara

Bahan:
180 gm Spagetti
100 ml  Krim masakan
50   ml  Susu cair
10  gm  Bawang putih (dicincang)
30  gm  Daging lembu (dihiris nipis)
30  gm  Cendawan Shitake (dihiris nipis)
1    biji  Kuning telur
30  gm  Keju parmesan

Cara membuatnya:
1.  Campurkan susu bersama krim masakan dalam 1 bekas.
2.  Masukkan kuning telur dan kacau rata.
3.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.  Ketepikan.
4.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
5.  Masukkan daging bersama cendawan dan biar hingga masak.
6.  Masukkan spagetti dan adunan kuah tadi, kacau rata.  Tutup api dan taburkan keju parmesan.

No comments: