Monday, December 2, 2013

Ayam masak merah


Bahan:
1/2 ekor ayam
Sedikit garam dan kunyit
4 - 5 biji cili kering (direndam dan dikisar halus)
1 cm halia                 ) dikisar
2 ulas bawang putih )
1 labu bawang besar)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 cawan sos tomato
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
kacang peas secukupnya
1 bungkus cili boh

Cara memasak:
1.  Bersihkan ayam.  Potong kecil dan gaulkan bersama garam dan kunyit.
2.  Goreng ayam 2/3 masak.
3.  Tumis bahan kisar sehingga naik bau, dan pecah minyak.
4.  Masukkan sos tomato dan buah tomato.
5.  Masukkan ayam, biar sehingga kuah pekat.
6.  Masukkan bahan selebihnya, kacau sebati.  hidangkan.

No comments: