Thursday, December 19, 2013

Karipap sardin

Bahan Kulit karipap:
2 cawan  tepung gandum
3 camb.  marjerin (dicairkan)
5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap)
Sedikit air dan garam

Bahan inti:
1 tin sardin (tin sedang)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 camb. cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Sebiji limau nipis

Cara membuatnya:
1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati.
2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati.
3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan.
4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas.
5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  Ketepikan dan sejukkan dahulu.
6.  Canaikan adunan tepung, letak inti ditengah adunan dan kelimkan tepi karipap tadi.
7.  Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

No comments: