Lempeng pisang


Lempeng Pisang

Bahan:
4 biji pisang abu
1/4 cwn. gula pasir
secubit garam
1/2 cwn. kelapa parut ( putih sahaja)
2 cawan tepung gandum
1 cwn. air
Sedikit minyak

Cara memasak:
1.  Lenyek pisang bersama gula dan sedikit garam.
2.  Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3.  Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak di permukaan kuali.
4.  Masukkan sedikit adunan, ratakan dipermukaan kuali.
5.  Bila adunan telah masak dan sedikit garing, terbalikkan lempeng tadi dan masakkan pula permukaan atas tadi.
6.  Hidangkan bersama sambal ikan bilis.


Nak lempeng ke nak lempang?  daripada lempang baik pilih lempeng.  Perut kenyang hati tak sakit.  Saya telah beberapa membuat lempeng pisang di rumah, tapi seperti kata anak "ibu! opah buat lagi sedaplah".  Sabar ajelah, memang lempeng opah buat tiada tandingan.  Buat ibu-ibu yang tengah nak naik angin kerana kenakalan anak, silalah masuk ke dapur dan sediakan lempeng daripada ngadap anak dan kemudiannya terasa seperti ada yang nak kena lempang.  Jangan! anak tu kan anugerah yang tak ternilai.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh