Monday, June 17, 2013

Mee bandung


Mee bandung -Main course
Bahan:
500gm mee kuning (1 paket)
1 biji    bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering (rebuskan dengan 1 cawan air)
1 camb. serbuk cili
3 camb. gula
1 cawan air rebusan daging
5-6 ekor udang hidup
100 gm daging (direbus dan dipotong nipis)
telur (secukupnya)
1 camb. sos tiram
sayur kobis atau sawi
Bahan tambahan seperti hati, sotong atau kacang tanah.
Cara memasak:
1.  Kisarkan bahan seperti bawang besar, bawang putih, udang kering, serbuk cili dan gula.  Campurkan juga air rebusan udang kering.
2.  Tumis bahan kisar, sehingga naik bau.
3.  Masukkan sos tiram, air rebusan daging, daging dan udang.
4.  Masukkan sayur-sayuran, bahan perasa dan pecahkan telur ke dalam bahan lain.
5.  Siap untuk dihidangkan bersama mee (yang telah dicelur)


Puding Jagung


Puding Jagung
Bahan:
1 cawan     tepung kastard
2 tin           jagung cream
3/4 cawan gula
3 cawan    air
11/2 cawan susu cair
2 paket     agar-agar
1 liter       santan
Cara memasak:
1.  Campurkan tepung kastard, gula, jagung, susu, santan, agar-agar dan air ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masukkan bahan cecair perlahan-lahan agar adunan tidak berketul-ketul.
2.  Kacau adunan atas api sederhana panas sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
3.  Angkat dan masukkan adunan ke dalam Loyang atau acuan, sejukkan dan biar adunan mengeras sebelum dipotong utk .dihidangkan.

Pengat Labu


Pengat Labu-

Bahan:
1     biji     labu (dipotong dadu, sederhana besar dan direbus separuh empuk)
500 ml      santan
air             secukupnya
1/2 cawan sagu
Gula,garam, gula kabung secukupnya
3 helai      daun pandan (dibasuh bersih dan disimpulkan)

Cara membuatnya:
1.Masukkan semua bahan kecuali labu ke dalam periuk dan masak sagu sehingga kembang dan bertukar menjadi warna jernih.
2. Masukkan labu dan daun pandan, biar sehingga labu empuk dan tutup api.
3.  Sedia untuk dihidangkan.