Wednesday, January 8, 2014

Bubur Nasi (congee)



Bahan:
1 cawan beras
3 cawan air
4 ulas bawang merah
sedikit halia
200 gm isi ayam
garam dan gula secukupnya
lada hitam
daun sup, daun bawang (untuk hiasan)
sedikit serai

Cara memasaknya:
1.  Rebus nasi sehingga lembut.
2.  Masukkan bahan-bahan lain dan masak lagi sehingga sebati.  Tambah air jika perlu.
3.  Bila bubur telah masak, masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goring.
4.  Hidang bersama telur rebu masin dan halia masin atau jeruk.

Nota-
Bubur nasi ialah sejenis bubur yang popular di kebanyakkan negara Asia.  Selalunya ia dihidangan dengan berbagai jenis hidangan sampingan untuk memberi variasi rasa enak kepada hidangan tersebut.  Ia selalunya dihidangkan kepada pesakit dan merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan air yang banyak sehingga beras nasi menjadi hancur, pekat dan lembut.  Untuk ini proses memasak lebih lama dari memasak nasi. Bubur nasi boleh dijadikan hidangan untuk sarapan, makanan lewat malam, atau sebagai pengganti nasi pada waktu makan tengahari.

bubur nasi mula disajikan sekitar abad ke 11, dijadikan makanan untuk bayi dan pesakit.  Secara asasnya bubur nasi tidak diperasakan.  Terdapat satu adat di Jepun iaitu memakan bubur nasi dengan 7 daun herba pada 7hb Januari setiap tahun bagi tujuan mendapatkan kesihatan yang baik sepanjang tahun.  Bubur nasi ini merujuk kepada beras yang ditanak bersama dengan 7 jenis sayuran iaitu "seri", "nazuna", "gogyo", "Hakobera", "Hotokenoza", "suzuna" dan "suzushiro".  

Rujukan-
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bubur_nasi
2. https://livejapan.com/ms/article-a0000359/











2 comments:

Shatheblogger said...

RESEPI BUBUR NASI DARI SAYA IALAH:(2019224166)

BAHAN-BAHAN:

-1 1/2 cawan beras dimasak dengan air rebusan ayam yang banyak
-1 inchi halia( diketuk)
-1 kiub pati ayam (dihancurkan)
-300 gram daging ayam
-Garam secukup rasa
-1 liter air



GARNISH:
-lada merah
-daun sup
-bawang goreng
-daun bawang
-minyak bijan


CARA-CARANYA:
1)Rebus ayam sehingga empuk .Keluarkan ayam dan toskan airnya .Air rebusan ayam diketepikan.

2)Basuh beras dan masukkan beras dalam periuk lebihan air rebusan ayam.Masak beras sehungga kembang.Tuangkan air lagi jika nasi belum kembang.

3)Bila bubur hampir masak masukkan halia,pati ayam dan sedikit garam

4)Boleh dihidangkan dengan ayam rebus tadi(di potong halus),bawang goreng,lada merah dan daun sup.

5)Titiskan sedikit dengan minyak bijan.

6)Apabila bubur nasi sudah siap dimasak,masukkan ikan bilis,kacang goreng,cili jeruk,telur masin dan sambal atau bahan-bahan yang disukai



NUR ADRIANA SHAHIRAH BINTI ANUAR(2019224166)

2019413662 said...

bahan-bahan:
-3-4 cawan beras
-halia(dihiris nipis)
-stok kiub ayam
-garam
-serbuk perasa
-serbuk lada putih
-minyak bijan
-daun bawang
-air/stok ayam
-1 cawan kecik beras pulut
-bawang goreng




cara memasak:
1.ambil air rebusan stok ayam dan didihkan
2.masukkan garam,serbuk perasa dan lada putih
3.goreng halia yang telah dihiris
4.masukkan air rebusan stok ayam
5.ambil beras dan campurkan dengan beras pulut dan cuci
6.masukkan beras tersebut ke dalam air yang mendidih kemudian gaulkan
7.masukkan minyak bijan
8.kemudian,pindahkan bahan tersebut ke dalam periuk nasi elektrik dan tunggu sehingga ia menjadi bubur
9.setelah menjadi bubur,hiaskan bubur tersebut dengan bawang goreng dan daun bawang

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...