Tuesday, April 8, 2014

Rojak Buah

Rojak buah

Bahan:
12 biji manga muda
8 biji jambu batu
6 biji sengkuang
8 biji timun
4 biji nenas

Bahan sos:
60 biji cili kering (rendam dan kisar halus)
2 cawan air asam jawa
8 camb. gula merah
12 camb. gula
12 camb. sos tiram
2 cawan kacang Tanah ( disangai tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
12 camb. bijan

Cara membuat sos:
1.  Cili, air asam jawa, gula dan sos tiram dicampurkan sebati dan dimasak atas api perlahan.
2.  Biarkan adunan sehingga gula cair dan terlarut dan sos menjadi sedikit pekat.
3.  Tutup api dan masukkan kacang serta bijan, gaul sebati.


No comments: