Wednesday, May 7, 2014

Bihun goreng


Bihun Goreng

Bahan:
1 pkt bihun (direndam)
1 batang lobak merah (dihiris halus)
1 ikat sawi (dibersihkan)
200gm daging cincang
2 kg udang (dibersihkan)
3 biji telur
Bawang goreng secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cili kisar secukupnya

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 cwn. udang kering (dicuci bersih)
1 camt. serbuk lada putih
20gm daun sup
20gm daun bawang
cili merah
100gm taugeh, kucai, daun sup dan daun bawang

Cara memasaknya:
1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan perasa secukupnya.
3.  Masukkan bihun yang telah disejat terlebih dahulu.
4.  Gaul sebati bihun bersama bahan tumisan, kumudian masukkan sayuran dan bahan selebihnya.
5.  Masak sehingga bihun lembut dan airnya sedikit sejat.
6.  Angkat dan hidang bersama daun bawang, bawang goreng, daun sup dan cili merah.

No comments: