Thursday, May 8, 2014

Pecal sayur-sayuran



Pecal sayur-sayuran
Bahan:
3 ikat kangkung (dicelur)
5 biji telur (direbus)
10 tangkai pucuk ubi
10 tangkai pucuk meranti
5 ketul nangka muda
1 cawan taugeh
1 keping tauhu
2 keping tempe
10gm kacang panjang

Bahn kuah:
1 cawan kacang tanah
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang meah
4 ulas bawang putih
2 cm belacan
1cm ubi cekur
1 camb. air asam jawa
1 camb. gula merah
Sedikit air suam
Sedikit garam

Cara memasak:
1.  Tauhu dan tempe, digoreng, kemudian dihiris nipis.
2.  Sayur-sayuran dicelur seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Untuk kuah:  Kacang tanah, cili kering, belacan, cekur, bawang merah dan bawang putih disangai.  Kemudian kisar sehingga halus.
4.  Maasukkan bahan kisar ke dalam mangkuk, campurkan dengan gula merah, garam dan air asam jawa.
5.  Gaulkan dengan air suam secukupnya sehingga sebati.
6.  Tuangkan kuah kacang ke atas bahan lain dan sedia untuk dihidang.



No comments: