Monday, June 23, 2014

Ikan Siakap Lada Hitam

Salah satu masakan yang layan abis especially time lapar dan diluar hujan mencurah turun....
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gm marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.
2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan.
3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.

No comments: