Sunday, June 22, 2014

Masak Lemak Pisang Muda


Masak Lemak Pisang Muda

Masakan legend.  Bukan senang nak jumpa nie.  Walau cara pembuatan dan bahan yang digunakan amat mudah tapi sekarang nie amat sukar ditemui di kedai makan.  Harapkan pasar ramadan adalah jual, pun agak susah untuk ditemui.  Akhirnya buatlah sendiri, puas hati.  Bagi yang tak pernah merasa jomlah cuba buat.

Bahan:
1 biji kelapa (diambil santan)
1 sisir pisang rastali muda (dipotong serong setebal 3cm)
10gm cili padi
5cm kunyit hidup
2 biji bawang besar
20gm ikan bilis
1/2 cawan minyak masak (untuk menumis)
Garam secukup rasa
Cili merah untuk hiasan

Cara membuatnya:
1.  Kisar cili padi, kunyit, bawang besar dan tumis kesemuanya sehingga naik bau.
2.  Masukkan ikan bilis, tumis sekejap, kemudian masukkan santan pekat dan pisang, biarkan mendidih.
3.  Masukkan perasa dan hias dengan cili merah.

No comments:

Gulai Batang Pisang

GULAI BATANG PISANG  ·           Gulai nie merupakan hidangan wajib tahu yang terkenal di Kedah.  Kalau orang yang tak biasa dengan...