Wednesday, December 17, 2014

Paru goreng


BAHAN-BAHAN:
500 gm paru
Air secukupnya untuk merebus
2 cawan minyak

BAHAN REMPAH:
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
1 sudu besar air

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus paru hingga empuk. Sejukkan.
2.Hiris paru nipis-nipis dan lebar.
3.Gaulkan dengan bahan-bahan rempah dan air, perap selama 25 hingga 30 minit.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing.

No comments: