Monday, December 15, 2014

Sup Ikan merah

Sup Ikan Merah
Bahan: 
1 ekor Ikan merah (sederhana besar)
5 biji kentang
1 paket suun
Bahan tumisan:
2 sup bunjut adabi
2 ulas bawang putih (dihiris)
10 biji bawang merah (dihiris)
3 batang serai (diketuk)
4 kuntum bunga lawang
9 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
8 inci halia (diketuk)
5 biji tomato (dibelah 4)
Bahan hiasan:
10gm daun sup (dihiris)
10gm daun bawang (dihiris) 
Bawang goreng secukupnya
 Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Setelah semua ramuan sebati dan mendidih, masukkan ikan.
4. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya, setelah ikan masak masukkan tomato.
5. Tutup api dan taburkan bahan hiasan masakan.

No comments: