Wednesday, January 8, 2014

Bubur Nasi (congee)



Bahan:
1 cawan beras
3 cawan air
4 ulas bawang merah
sedikit halia
200 gm isi ayam
garam dan gula secukupnya
lada hitam
daun sup, daun bawang (untuk hiasan)
sedikit serai

Cara memasaknya:
1.  Rebus nasi sehingga lembut.
2.  Masukkan bahan-bahan lain dan masak lagi sehingga sebati.  Tambah air jika perlu.
3.  Bila bubur telah masak, masukkan daun bawang dan daun sup serta bawang goring.
4.  Hidang bersama telur rebu masin dan halia masin atau jeruk.

Nota-
Bubur nasi ialah sejenis bubur yang popular di kebanyakkan negara Asia.  Selalunya ia dihidangan dengan berbagai jenis hidangan sampingan untuk memberi variasi rasa enak kepada hidangan tersebut.  Ia selalunya dihidangkan kepada pesakit dan merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan air yang banyak sehingga beras nasi menjadi hancur, pekat dan lembut.  Untuk ini proses memasak lebih lama dari memasak nasi. Bubur nasi boleh dijadikan hidangan untuk sarapan, makanan lewat malam, atau sebagai pengganti nasi pada waktu makan tengahari.

bubur nasi mula disajikan sekitar abad ke 11, dijadikan makanan untuk bayi dan pesakit.  Secara asasnya bubur nasi tidak diperasakan.  Terdapat satu adat di Jepun iaitu memakan bubur nasi dengan 7 daun herba pada 7hb Januari setiap tahun bagi tujuan mendapatkan kesihatan yang baik sepanjang tahun.  Bubur nasi ini merujuk kepada beras yang ditanak bersama dengan 7 jenis sayuran iaitu "seri", "nazuna", "gogyo", "Hakobera", "Hotokenoza", "suzuna" dan "suzushiro".  

Rujukan-
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bubur_nasi
2. https://livejapan.com/ms/article-a0000359/











Soto

Main course-


Soto Ayam

Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong kecil dan direbus)
10 ulas bawang kecil    )
2 inci halia                    )
10 ulas bawang putih    )  Dikisar halus
1 inci lengkuas              )
2 batang serai                )

1 paket rempah adabi
3 camb. ketumbar
20 biji lada hitam
2 biji buah keras
Nasi impit (direbus sehingga masak)
Pegedil ayam atau daging
sambal kicap
Daun sup, daun bawang dan taugeh secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Tumis ketumbar, buah keras dan lada hitam. 
2.  Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau.
3.  Masukkan pes sup, kacau sebati hingga pecah minyak, kemudian masukkan air rebusan ayam.
4.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5.  Ayam yang direbus, ditoskan dan dicarik-carikkan isinya.


Sambal Kicap
Bahan:
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 botol kicap manis
1 biji limau nipis

Cara membuatnya:
1.  Blend cili dan bawang putih dan tambah bahan selebihnya.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...