Tuesday, April 8, 2014

Dalca Daging


Dalca daging

Bahan –

            1          kg                    Daging/ tulang
            150      gm                   Kacang dal (rendam hingga kembang)
            15        gm                   Halia                            (Hiris)
            6          ulas                  Bawang putih              (  -sda-)
            2          labu                 Bawang besar              ( -sda- )
            2          biji                   Cili merah                    (belah 2)
            1          biji                   Cili hijau                      (belah 2)
            1          camb.               Serbuk kunyit
            1          pkt.                  Rempah kari daging
            3          cm.                  Kulit kayu manis
            3          kuntum            Bunga lawang
            3          biji                   Buah pelaga
            20        gm                   Asam jawa
            2          biji                   Ubi kentang
            10        biji                   Buah belimbing
            4          biji                   Tomato (belah 4)
            2          btg.                  Terung panjang (belah 4)
            1          btg.                  Lobak merah (potong sedang)
            1          biji                   kelapa (jadikan 1 mangkuk besar santan)
            1          tangkai                        Daun kari

 Cara membuatnya –

  • Rebus daging & kacang dal berserta rempah, serbuk kunyit sehingga empuk.
  • Masukkan kentang.  Biar sehingga empuk kentangnya.
  • Kemudian masukkan terung, tomato, belimbing, lobak merah, santan, air asam jawa, cili, garam dan serbuk perasa.  Masak sehingga mendidih.
  • Di dalam kuali lain, tumiskan bawang, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan daun kari sehingga kunig.  Tuang ke dalam periuk yang berisi daging tadi.

Rojak Buah

Rojak buah

Bahan:
12 biji manga muda
8 biji jambu batu
6 biji sengkuang
8 biji timun
4 biji nenas

Bahan sos:
60 biji cili kering (rendam dan kisar halus)
2 cawan air asam jawa
8 camb. gula merah
12 camb. gula
12 camb. sos tiram
2 cawan kacang Tanah ( disangai tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk kasar)
12 camb. bijan

Cara membuat sos:
1.  Cili, air asam jawa, gula dan sos tiram dicampurkan sebati dan dimasak atas api perlahan.
2.  Biarkan adunan sehingga gula cair dan terlarut dan sos menjadi sedikit pekat.
3.  Tutup api dan masukkan kacang serta bijan, gaul sebati.


Kerabu taugeh dan kerang


Kerabu taugeh dan kerang

Bahan:
1 kg taugeh
3 ulas bawang merah dihiris
7 biji cili padi dihiris
sedikit belacan (dibakar)
50gm udang kering (direndam)
sedikit perahan air limau nipis
1 camb. kerisik
garam dan gula secukupnya

Cara memasak:
1.  Taugeh dicelur seketika, dan toskan airnya.
2.  Tumbuk udang kering, belacan sehingga lumat.
3.  Gaulkan semua bahan bersama taugeh dan perasakan.

Sup Sayuran Suhuun dan Fucuk

Sup Sayuran Suhun dan Fucuk


Bahan:
4 biji ubi kentang (dipotong kecil)
2 biji lobak merah (dipotong serong)
50 gm fucuk50 gm suhuun
3 biji telur
garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis
10gm daun bawang dan daun sup

Bahan untuk tumisan:
1 biji cili merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
20gm udang kering atau ikan bilis

Cara memasaknya:
1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumisan sehingga kekuninggan dan naik bau.
2.  Masukkan iar, garam dan perasa, kentang dan lobak merah.  Masak sehingga kentang dan lobak
     merah separa empuk.
3.  Pecahkan telur ke dalam periuk, biar masak tanpa dikacau.
4.  Masukkan fucuk dan suhun, biar mendidih dan kahir sekali masukkan daun sup dan daun bawang.

Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Tauhu Sumbat Sambal Kacang

Bahan:
4 keeping tauhu (diratakan dengan sedikit garam dan kunyit)
1 biji sengkuang    )
1 biji lobak merah )  dipotong nipis memanjang
1 biji timun            )
200gm taugeh (dicelur seketika)

Bahan sambal kacang:
150gm kacang Tanah (goreng tanpa minyak)
1 biji bawang besar    )
1 ulas bawang putih   )
3 biji cili merah          )
1/2 inci belacan (bakar seketika)  Dikisar
5 biji cili padi             )
2 camb. petis @ otak udang
2 camb. sos cili
1/4 cawan asam jawa
sedikit air, gula dan garam

Cara memasak:
1.  Tumbuk kasar kacang Tanah (setelah dibuang kulitnya).
2.  Bawang besar dan bawang putih digoreng sekejap.  Kemudian kisar dengan bahan lain bersama
     1/2 cawan air masak.
3.  Masukkan bahan kisar dan bahan selebihnya ke dalam periuk dan dimasak sehingga naik bau.
4.  Masukkan kacang secukupnya dan gaul sebati.
5.  Perasakan dengan petis, air asam jawa, sos cili, garam dan gla
6.  Tauhu pula digoreng kekuninggan, biar sejuk sebelum dibelah dua.
7.  Letakkan sayur-sayuran ditengah tauhu dan makan bersama sos kacang.


Sunday, April 6, 2014

Fruit Tart


Fruit Tartlet

Ingredients –

            250      gm       Soft flour
            1          tbsp.    Caster sugar
            A pinch of salt
            125      gm       Butter
            1          nos       Egg
            1 – 2    tbsp.    Fresh milk

Method –

  • Add flour and butter together by using “Rub in method”.
  • Beat egg with milk and sugar together in bowl.
  • Add in flour mixture.
  • Rest ½ hour in freeze before start to roll it into shapes.
  • Line a pie shell with this dough.
  • Dock the crust well with a fork to prevent blistering.
  • Bake for 1800c around 10 to 15 minutes.

Pastry cream –
            250      ml        Fresh milk
            1          nos       Egg
            30        gm       Custard powder
            70        gm       Caster sugar
            10        gm       Cornflour
            Vanila esen

       * Add all ingredient into the pot.
  • Boil it with a slow fire until thick.
  • Pour it into the mould tart (already baked) .
  • Decorate before serve with an arrangement of fruits at the top and wipe the apricot glase on the fruits.
Decorations –
            Kiwi, strawberry, mandarin orange, apricot, blueberry, grape etc.

Notes –

  • This recepi can make a 10 to 12 tart shells.