Thursday, December 10, 2015

Nasi Bubur Daging

Nasi Bubur Daging
 Bahan –
            80        gm                   Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)
            800      ml                    Air
            1          tin                    Susu Sejat F&N
            2          camb.               Lada hitam
            250      gm                   Daging (dihiris kecil dan direbus)
            3          cm                   Halia                            )
            3          ulas                  Bawang merah            )  Dihiris halus
            3          ulas                  Bawang putih              )
            3          cm                   Kulit kayu manis
            2          kuntum            Bunga lawang
            3          camb.               Marjerin
            Garam sebagai perasa

 Hiasan –
            Bawang goreng
            Hirisan daun sup

Cara membuatnya –

  1. Panaskan marjerin dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang dan biar wangi.
  2. Masukkan bahan hiris dan daging.  Biar wangi.
  3. Tuang air rebusan daging, Susu Sejat F&N dan air serta lada hitam.  Didihkan hingga lada hitam telah pecah.
  4. Jika perlu tambah lebih air dan rasa garamnya.

Wednesday, December 9, 2015

Bubur pulut hitam



Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
  1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

Masak lemak sayur manis labu


BAHAN-BAHAN:
  • 500 ml santan cair
  • 250 ml santan pekat
  • 30 gm udang kering | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • 12 tangkai pucuk manis | ambil bahagian mudanya
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji cili hijau | dihiris
  • 1 biji tomato | dipotong empat
  • Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan santan bersama dengan serai dan bawang merah.
2. Setelah itu masukkan udang kering dan labu. Masak sehingga labu empuk.
3. Kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan pucuk manis dan masukkan juga bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Masak sehingga sayur layu.
5. Sedia untuk dihidang.

Ikan cencaru Sumbat


Bahan-Bahan:

  • 4 ekor ikan cencaru
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar
 
Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus:
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar jus pekat asam jawa
  • 1 batang serai, optional
  • 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka
  • garam secukupnya

  • Cara-cara untuk memasak: 
  • Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut.

  • Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan.
  • Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  • Cara-cara untuk masak sambal: 
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

    Laddu


    Bahan:
    Secubit garam
    2 cawan gula pasir
    2 cawan santan pekat
    ½ camca esen vanila
    1 cawan beras pulut, direndang & digiling halus
    1 biji kelapa, diparut, direndang & digiling halus
    ¼ cawan gula melaka yang telah dicairkan
    2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan Bahan-bahan tabur:
    1 cawan santan
    1 camca gula merah yang telah dicairkan
    1 camca gula pasir
    2 camca tepung jagung

    Cara memasak:
     Campurkan santan, gula pasir, gula melaka, garam, esen vanila & daun pandan dalam sebuah periuk. Masak hingga mendidih & gula hancur. Didihkan dengan kuat selama 2-3 minit. Kecilkan api. Masukkan pulut & kelapa yang telah digiling tadi. Masaklah dengan dikacau perlahan-lahan hinga campuran itu menjadi sangat pekat & kental. Tuangkan ke atas kertas berlilin & ratakan supaya menjadi lapisan tebal 2.5 cm. Ratakan permukaannya. Biarkan ia beku.

    Cara membuat tabur:
    Satukan semua bahan dalam sebuah kuali. Panaskan perlahan-lahan hingga pekat & sebati. Tuangkan ke atas kuih tadi & biarkan beku. Apabila beku, potongkan kuih itu mengikut bentuk potong wajik & hidangkan.

    Ikan kurau masak asam


    BAHAN-BAHAN:

    • 200gm ikan kuraul dibasuh dan ditoskan
    • 2 biji bawang besar | dihiris halus
    • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
    • 5 biji cili kering l dipotong
    • 2cm halia l dihiris
    • Air asam jawa secukupnya
    • Gula secukup rasa
    • Minyak untuk menumis secukupnya

     CARA MEMASAK:

     1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan masin talang sehingga garing. Angkat dan 
         toskan.

    2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu.

    3. Selepas itu masukkan cili kering. Gaul rata.

    4. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat.

    5. Masukkan ikan masin talang dan gaul sebati.

    6. Angkat dan sedia dinikmati dengan nasi panas.

    Bubur lambuk

    Bubur Lambuk Ala Kampung Baru 

    Bahan-Bahan:
    2 cawan beras [basuh dan toskan]
    1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
    1/2 kg daging tetel [potong kecil]
    2 s/b minyak sapi
    3 s/b minyak
    2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
    garam/gula secukup rasa
    air

    1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
    1 cawan bawang goreng
    4 ulas bawang putih [dimayang]
    2 biji bawang besar [dimayang]
    1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]

    Rempah tumis :
    1 batang kulit kayu manis
    3 kuntum bunga cengkih
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    1 sudu kecil halba
    2 biji buah keras [ditumbuk]

    Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]
    1 sudukecil jintah manis (atau jintan putih)
    1 sudukecil ketumbar
    1 sudukecil lada sulah
    1 sudukecil lada hitam

    Bahan-bahan sampingan [optional] :
    2 batang carrot dipotong dadu
    1/2 cawan kurma dibuang biji

    bahan hiasan [mayang]
    3 tangkai daun sup
    2 tangkai daun bawang
    Bawang goreng

    Cara-cara memasak:
    1. Panaskan minyak dan minyak sapi 
    2. Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar
    3. Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
    4. Kemudian masukkan daging. 
    5. Tumis sehingga naik minyak.
    6. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk. 
    7. Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
    8. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah
    9. Kerika ini boleh masukkan carrot jika mahu.
    10. Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa
    11. Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan



    Sup tauhu sumbat inti daging


    Bahan :
    Tauhu - dipotong dua secara serong
    Isi Ayam/daging lembu - cincang
    Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus
    Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
    Bawang merah dan putih - dihiris

    Cara:
    - Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.  Korek isi tauhu.
    - Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam.
    - Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi.
    - Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih, 
      masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh 
      dimasukkan sekali ke dalam sup.
    - Perasakan dgn garam.

    Kuih cara berlauk

    Bahan bahan :
    a) Adunan Tepung
        1 cawan tepung gandum
        1 biji telur
        1 sudu kecil minyak sapi
        1/2 sudu kecil garam
        2 cawan air
        sedikit pewarna kuning

    Cara cara :
    Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

    b) inti kuih cara:
        200gram daging/ayam - dikisar
        2 labu bawang besar- racik halus
        3 biji bawang kecil - potong mayang
        1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
        1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
        1 sudu kecil serbuk kari
        garam gula dan perasa secukupnya
        sedikit minyak utk menumis

    Cara cara
    1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah dan putih hingga kekuning-kuningan. 
    2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah rendang..
    3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging/ayam kisar, bawang besar, masukkan air
        secukupnya hingga daging /ayam masak.
    4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

    Hiasan: Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

    Cara masak cara berlauk:
    1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit minyak. 
    2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan, kemudian masukkan lauk, diikuti bawang 
         goreng, daun sup dan cili.
    3. Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu 1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
        bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak sedikit garing makna kuih cara dah 
       masak dan boleh la  angkat.

    agar-agar laici


    RESEPI PUDING LAICI
    Source : Chef Hanieliza

    Bahan-bahan

    • 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa
    • 6 gelas air
    • 11/2 cawan gula
    • 1 tin susu cair
    • 1 tin laici dalam tin (koyak-koyakkan laici tersebut menjadi halus)
    • 1 tin laici [untuk hiasan]
    Cara-cara
    • Masakkan agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
    • Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
    • Tuangkan dalam acuan dan disejukkan.
    • Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

    Version agar-agar laici 2
    •  1 paket agar2 serbuk (10gm)
    • 5 cawan air
    • 8 sudu besar gula
    • 1 tin susu cair (400ml)
    • 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
    • 1 helai daun pandan  
    Cara memasak-
    - Sama seperti kaedah di atas.

    Vadai

    BAHAN-BAHANNYA :
    250 gram kacang dhal (cuci dan rendam 4 jam)
    1 biji bawang besar, (dadu kecil)
    1 camca teh jintan manis
    2 tangkai cili kering, (gunting kecil2)
    1 tangkai daun kari
    Garam secukup rasa

    CARA MEMBUATNYA : 
    1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga separa hancur,Tuang ke dalam bekas.
    2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari . Gaul rata dan tambah garam 
        secukup rasa. Biar sekejap.
    3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca 
       besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik 
       dan juga disapu sedikit minyak.
    4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. 
    5. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi 
       menambah aroma.




    Kari daging

                                KARI DAGING UTARA
    Resepi Oleh : Sajian Dapur Bonda
    Rujukkan : Singgahsana Kitchen

    1/2 kg daging batang pinang ~ potong kecil atau hiris sederhana nipis
    1 cawan santan pekat ~ ita letak 1/2 cawan
    4 biji cili hijau
    1 biji bawang besar ~ belah 4
    3 keping asam gelugur
    asir secukupnya
    3 biji ubi kentang ~ potong
    garam dan gula secukup rasa
    minyak untuk menumis

    Bahan Kisar
    1 sudu besar rempah kari masak merah ~ kalau tak ada guna rempah kari daging BABAS
    1/2 sudu besar jintan manis ~ ita sangai dahulu
    1/2 sudu besar jintan putih ~ ita sangai dahulu
    1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecil dalam 5 ulas
    3 ulas bawang putih
    1 inc halia

    Bahan Tumis
    1 labu bawang besar ~ hiris halus
    3 ulas bawang putih ~ di cincang
    2 inc halia ~ hiris halus ita ketuk aje
    3 tangkai daun kari ~ di raut
    1 batang kulit kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    3 biji cengkih
    2 biji buah pelaga
    8 sudu besar cili kisar

    Cara memasak:
    - Daging cuci bersih dan toskan
    - Satukan daging dengan bahan kisar bersama dengan 2 sudu besar gula. Perapkan daging sekurang-
      kurangnya 1 jam supaya pes rempah menyerap dalam daging.
    - Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga harum dan kekuningan
    - Masukkan daging yang telah di perap tadi dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masukkan 2
      cawan air dalam periuk. Tutup periuk dan masak hingga daging empuk
    - Jika air kering dan daging belum empuk tambahkan lagi air dan terus masak hingga daging
      betul-betul empuk
    - Setelah empuk dagingnya, masukkan ubi kentang
    - Kacau rata dan biarkan merenih hingga kentang empuk
    - Kemudian masukkan santan pekat
    - Perasakan dengangan garam, serbuk perasa jika suka dan letakkan juga asam keping. Kacau rata
    - Biarkan kuah masak dan merenih sebentar
    - Akhir sekali masukkan bawang besar yang di belah 4, cili hijau, dan tomato
    - Biar sebentar, dan sedia di hidangkan.

    Wednesday, September 16, 2015

    lontong


    Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya....

    Resepi:
    1/2 biji kobis
    1 biji karot
    kacang panjang
     tempe- dipotong dan di goreng sebentar.
    Sengkuang
     1 paket suhun ( 50 g )
    1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
    100 g udang basah (udang kering pun boleh)
    1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
    garam secukup rasa

    Bahan kisar
    1 labu bawang besar
    3 ulas bawang putih
    4 biji cili merah
    1 inci kunyit hidup

    3/4 inci halia
    3/4 inci lengkuas (ketuk)
    1 batang serai (ketuk)


    Cara penyediaan
    1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang.
    2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
    2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih.
    3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar
        santan tidak pecah.
    4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

    Soto Banjar


    Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya.  yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap.  Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil.

    Bahan Sup Soto-
     1/4 ekor ayam 
    2 liter air
    *5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa)
    Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus:
    1 batang kulit kayu manis
    4 biji cengkih
    1/2 biji buah pala
    3 biji bunga lawang- 
    3 biji pelaga
    * Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu.
    Bahan kisar:
    5 biji bawang merah
    3 ulas bawang putih
    Garam
    Serbuk lada putih
       
    Bahan Tambahan:
    Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut
    Telur rebus
    Ketupat/nasi impit
    Begedil kentang/begedil daging
    Bawang goreng
    Daun sup/saleri
    Sambal kicap
    Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu)
    Limau kasturi
    Cara:
    1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain kasa/bungkus.
    2. Tumis bahan kisar sampai harum, masukkan ke dalam air rebusan ayam dan rebus hingga keluar 
        minyak.
    3. Setelah ayam masak, ketepikan ayam untuk disiat-siatkan sebagai bahan tambahan.
    4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah.  Sajikan dengan nasi impit, telur rebus, suhun lembut, 
        begedil, bawang goreng, isi ayam, sambal kicap dan sehiris limau kasturi.
    Bahan untuk pegedil:
    2 biji kentang saiz sederhana besar
    Sedikit garam
    1 keping daging burger/ daging cincang
    Daun sup/daun bawang dicincang- optional
    1/sb - 1sb tepung jagung
    1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
    Minyak untuk menggoreng
    Cara:
    1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih 
        panas).
    2. Bila kentang agak suam, masukkan semua bahan yang ada dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu 
        kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
    3. Ambil segenggam adunan, kepalkan sedikit dan bulatkan. Leperkan sedikit dan susun atas 
        dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
    4. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana 
       panas. Jangan selalu diterbalikkan, Angkat dan toskan.

    Cendawan goreng tepung


    Ini febret anak saya yang sulung.  Wah! kalau dia nampak dalam freeze ada cendawan nie pun dah cukup buat dia senyum lebar, kalau digoreng ranggup camnie apatah lagi.  Habis nasi dalam periukpun xsedar dikerjakannya.

    Bahan-bahan :
    • cendawan  cuci
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2 sudu tepung beras
    • 1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu)
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 2 camb. tepung tempura
    • Sedikit lada sulah
    • Garam secukupnya
    -  Adun sebati semua jenis tepung, kepekatan perlu untuk memastikan ketebalan dan 
       keranggupannya  nanti.  
    -  panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng cendawan dan tenggelam kan cendawan tu , celup
       cendawan dalam tepung dan goreng sampai kekuning-kuningan.
    -  Angkat dan toskan ..boleh lah makan dengan sos atau mayonis

    Wednesday, September 9, 2015

    Nasi Daging



    Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).  Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.  Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.  Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nasi ayam.  Ha!  dapat idea, guna method nasi ayam saya buat nasi daging.  Ramuan guna je apa yang ada kat dapur tu.  Rumah sendiri senang nak godek, rumah org tua.  guna je apa yang tersedia.  Nak ke kedai dah terasa malaslah pula, bila dah berpakaian bibik nie.  Suspen cause first time buat, tapi tengok anak makan bertambah, mama dan papa pun makan bertambah.  Mama pula asyik sibuk tanya sapa yang masak.  So; terbuktilah kut air tangan masakan saya tu sedapppp.  Perasannya..... Ok! pada yang ingin mencuba saya sharekan resepi untuk membuat nasi daging ini.  Cuba ya....

    Nie version resepi kalau nak hasil nasi daging nie cantik.

    Bahan-Bahan:

    • 4 cawan beras basmathi (rendam 30 minit dan tos)
    • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
    • 5 cawan air rebusan daging
    • 1 cawan sudu cair
    • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
    • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
    • 1 batang serai, dititik
    • 3 sudu besar minyak sapi
    • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
    • 1/4 cawan tomato puri
    • Sedikit kismis hitam
     
    Bahan untuk rebusan daging:
    • 1 sudu besar rempah kurma
    • 2 inci halia, hiris nipis
    • Air anggaran sehingga daging tersebut terendam kesemuanya.
     
    Bahan untuk ditumis:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 6 biji buah pelaga
     
    Bahan untuk air asam:
    • 1 biji bawang besar, hiris nipis
    • 2 biji tomato, potong kecil
    • 6 biji cili merah, potong kecil
    • 1 inci belacan, dibakar di atas api
    • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • 3 sudu besar gula
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 1 sudu besar kerisik
    • Sedikit perahan jus limau nipis
    Cara untuk memasak:
    1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. 
    3. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
    4. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana.
     
    Cara untuk membuat air asam:
    1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

    Nie pula version campuran kekacang dalam nasi daging.

    Bahan-bahan untuk Nasi Daging ( hidangan 5-6 orang)
    4 cawan beras basmati
    1 kilo daging segar ( direbus)
    1 liter air rebusan daging
    150 gram minyak ghee
    100 gram rempah giling ramuan khas nasi daging
    250 cc  (1 tin) susu cair
    2 labu bawang besar
    4 ulas bawang putih
    5 cm halia
    20 gram rempah tumis
    100 gram kacang gajus
    100 gram kacang badam
    100 gram kismis besar
    3 helai daun pandan

     Cara memasak
    -  Cairkan minyak ghee dalam periuk nasi atas api dapur yang sederhana.
    -  Tumis remah tumisan hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. -  Masukkan rempah giling ramuan khas nasi daging, tumis sehingga masak.
    -  Masukkan daging rebus. Biarkan atas api sederhana selama lima minit.
    -  Masukkan beras basmati yang sudah dicuci dan ditoskan. Balik-balikkan beras bergaul dengan
       rempah dan daging.
    -  Masukkan susu cair dan air rebusan daging.
    -  Masukkan daun pandan yang dipintal. Selepas air kering, masukkan semua kacang dan kismis.
     
     Air Asam untuk cicah
    Bahan-bahan
    2 biji tomato saiz sederhana
    2 labu bawang besar
    2 biji cili merah
    10 biji cili padi
    1 biji limau nipis saiz sederhana
    50 gram belacan bakar
    Sedikit garam
    Sedikit hirisan daun kesom
    150 cc air suam


    Cara menyediakan
    Hiris halus semua bahan di atas. Gaulkan bersama air suam. Picitkan limau nipis sebelum dihidang.

    kerabu sotong


    Kerabu sotong nie ada banyak version.  Ini version pertama kita buat ala Thai.

    Bahan-bahan :
    10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap

    Bahan dimayang:
    2 ulas bawang merah
    1/2 biji bawang besar holland
    2 batang serai 
     Cili besar @ cili padi 

    6 batang kacang panjang - potong nipis
    2 biji tomato - potong dadu
    2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
    Garam dan gula secukup rasa
    Cara-cara :
    1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. 
    2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
    3) Siap untuk di hidangkan.

    Ini pula version yang paling saya suka.

    Bahan-bahan:
    400 gm sotong
    1 ulas bawang besar – dimayang
    1 biji tomato – dipotong dadu
    1 biji lada merah
    3 biji cili padi
    3 batang serai
    2 kuntum bunga kantan
    4 tangkai daun kesum
    5 sudu besar sos ikan
    6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
    Garam dan gula secukup rasa.

    Cara-cara:
    Sama je cara cam resepi kat atas tapi ada tambahan penggunaan bunga kantan, daun kesum dan sos ikan.

    Pulut mangga


    Bahan A
    2 cawan beras pulut
    Air separas beras pulut

    Bahan B
    1 kotak kecik santan segera
    2 cawan air
    1 camb. tepung jagung
    1 camt. garam
    4 camb. gula
    1 helai daun pandan

    Bahan C
    4 biji Mangga yang ranum

    Cara penyediaan :

    1.  Cuci beras pulut , masukkan air dan kukus di dalam loyang sehingga masak.
    2.  Sambil itu, masak santan dengan api yang kecil selama 1minit, kemudian masukkan tepung
         jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut.  Padamkan api.
    3.  Setelah masak bancuhan santan, masukkan sedikit santan (sekadar untuk memalutkan pulut
         tersebut) dalam pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan.Biar sejuk.
    4.  Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda.Hidangkan dengan pulut dan santan.

    Thursday, August 20, 2015

    Ayam goreng berempah

    Ayam Goreng Berempah Sedap

    Bahan-bahan :
    1/2 ekor ayam - potong kecil
    1-2 sudu besar serbuk kari daging
    Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
    Garam secukup rasa
    Beberapa helai daun limau purut - diracik halus
    Minyak untuk menggoreng

    Bahan Kisar Halus:
    2 sudu besar biji ketumbar
    1 sudu teh jintan manis
    1 sudu teh jintan putih

    Bahan Kisar Kasar:
    6 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    2 inci halia
    2 inci lengkuas
    2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
    2 batang serai

    Cara penyediaan:
    Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

    Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.  Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.
    Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.  Angkat dan toskan. 

    Tuesday, August 18, 2015

    Asam Pedas

    version Asam pedas ikan kembung

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar
    10 batang bendi, cuci dan toskan
    15 biji tomato ceri
    2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
    1 genggam daun kesom, cuci dant toskan
    1 1/2 senduk nasi cili kisar
    3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
    1 kiub pati ikan bilis
    3 biji bawang merah, hiris
    1 ulas bawang putih, hiris
    3/4 camca besar pes asam jawa
    Garam dan gula secukup rasa
    Air secukupnya

    BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
    8 biji bawang merah kecil
    2 ulas bawang putih
    2 keping hirisan halia
    1/2 inci kunyit hidup
    1/2 inci belacan
    2 biji cili merah, dibuang biji

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang.
    2. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
    3. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikt gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.



    Ini pula version ikan pari.  I like this ones...

    Bahan- bahan

    Bahan A :
    • 500 gram ikan pari ( dibersihkan )
    • 10 biji bendi
    • 1 biji tomato ( dipotong 4 )
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 5 tangkai daun kesum
    • 3 cawan air
    • 3 sudu makan minyak masak
    • garam secukup rasa
    Bahan B ( Dikisar ) :
    • 20 tangkai cili kering
    • 1 labu bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 sudu teh serbuk kunyit

    Cara Masak 

    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
    2. masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
    3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
    4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.

    Sunday, August 16, 2015

    Cik mek molek


    Bahan bahan
    4 biji Ubi keledek oren
    Tepung gandum secukupnya
    Sedikit gula


    Cara cara:
    Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan.

    Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.  
    Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 
    Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.  Angkat bila kekuningan.

    Contoh hidangan lengkap Nasi lemak


    Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia masakan especially catering.  Mungkin cara hindangan ini dapat membantu anda.


    Sambal telur


    Sambal telur

    Bahan:
    beberapa biji telur yang direbus
    1 biji bawang besar
    6 ulas bawang putih
    1 ketul halia dihiris halus
    bebrapa sudu makan cili kisar
    sedikit garam dan gula.

    Cara memasak:
    1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau.
    2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak.
    3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.

    Nasi Dagang


    Resepi Nasi Dagang Terengganu:
    Bahan-bahan untuk Nasi: -


    NASI DAGANG TERENGGANU

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    2 cawan penuh beras wangi* (Beras nasi dagang) 
    1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam)
    2 cawan santan segar
    1 cawan santan cair
    1/2 camca teh gula
    Garam secukup rasa
    1 helai daun pandan
    6 biji bawang merah, hiris halus
    2 inci halia, mayang halus
    1 camca the halba


    Atau
    4 cawan beras biasa * – beras Jati)
    1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. Cuci dan rendam semalaman atau 8 jam)
    3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
    1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam
    2 sudu halba
    6 ulas bawang merah
    2 inci halia


    CARA MEMBUATNYA-
    1.  Panaskan kukusan.
    2. Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus,letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit.  Nasi dikukus dengan santan cair hingga masak.
    3. Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dalam santan, kacau hingga rata.
    4.  Angkat beras dari kukus dan alihkan ke dalam mangkuk besar.
    5.  Tuang 1/2 bancuhan santan dan gaul rata, tambah hirisan bawang merah, halia dan halba. Gaul lagi dan biar sekejap hingga santan meresap.
    6.  Masukkan kembali ke dalam kukus dan kukus 20 minit.
    7. Kemudian tuang kembali nasi ke dalam mangkuk dan curahkan baki santan tadi. Gaul rata dan biar sekejap hingga santan meresap. Kukus lagi kurang lebih 20 minit. Gemburkan nasi dan kukus sekejap lagi hingga nasi betul2 masak..Boleh matikan api dan boleh hidangkan dengan gulai ikan tongkol, acar mentah dan telur rebus..

    Nota-

    Nasi dagang merupakan satu hidangan tempatan yang terkenal di sekitar pantai timur semenanjung Malaysia (Trengganu, kelantan, Kedah, Pahang dan Johor).  Ia juga boleh ditemui di selatan Thailand (Pattani, Yala dan Narathiwat) serta di kepulauan Riau (Tanjung Pinang, Natuna dan Anambas di Indonesia).  Ia dikenali sebagai nasi dagang kerana hidangan ini tidak memerlukan lauk yang pelbagai untuk melengkapkannya seperti makanan untuk pedagang, mudah dan ringkas.  Ia selalunya dihidangkan sebagai juadah hidangan pagi dan secara tradisinya nasi dibungkus menggunakan daun pisang yang dibentuk seperti kon dan diikat dengan lidi.

    Perbezaan nasi dagang mengikut tempat, nasi dagang Kelantan biasanya berwarna perang kerana menggunakan beras dagang dan dihidangkan dengan telur rebus, hirisan timun dan sambal kelapa.  Nasi dagang Trengganu; biasanya dihidangkan bersama Kuah nasi dagang, ikan aya hitam (ikan tongkol) dan acar timun. Di negeri lain di Malaysia terdapat juga nasi dagang yang dihidangkan dengan menggunakan kuah laksa. Nasi dagang di kepulauan Riau dicampur dengan santan sebelum dikukus, disajikan dengan ikan tongkol, ikan bilis, ikan tamban, telur ayam, sambal dan dibungkus dengan daun pisang.

    1.  Kalau guna beras wangi boleh kurangkan nisbah pulut tu sebab beras wangi lagi berkanji. Guna beras biasa nisbah 3:1. Nasi dagang masak pagi tahan sampai malam walau arong santan terakhir tu dah tak kukus lagi tp wajib guna santan perah air masak. Lebihkan bawang merah dan halia untuk rasa yang sedap. 

    A  Ada beras khas untuk memasak nasi dagang yang dijual dipasaran.  Selain dari itu penggunaan beras wangi Thai juga boleh menghasilkan nasi dagang yang sedap kerana struktur beras in yang agak kenyal dan lembut.  Penggunaan beras wangi Thai tidak memerlukan tambahan beras pulut sebagaimana jika kita memasak nasi dagang menggunakan beras biasa.  Penggunaan beras pulut sebagai tambahan dalam beras biasa adalah untuk menjadikan nasi dagang tekturnya kenyal dan melekat-lekat.  Selain itu ada juga yang menggunakan beras basmathi serta campuran beras pulut bagi menghasilkan nasi dagang. Jika tiada santan cair, nasi boleh dikukus seperti biasa dan ditambahkan dengan santan pekat diakhir proses memasak.  masa mengukus nasi, buatkan lubang diantara beras supaya wap air boleh naik ke atas, boleh sama ada dibuat lubang besar ditengah-tengah atau dibuat lubang-lubang kecil yang banyak.  Setelah siap mengukus nasi, simpan nasi dalam bekas alumininium bagi melambatkan nasi menjadi basi.

    GULAI IKAN TONGKOL...
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    1 ekor ikan tongkol @ ikan aye (saiz sederhana besar, rebus bersama beberapa asam keping dan juga garam, jangan buang air rebusan)
    3 ulas bawang putih, diketuk*
    1 inci halia, hiris*
    1/2 inci lengkuas, hiris*
    3 keping asam gelugor*
    1 camca teh garam*
    1 biji bawang besar, hiris
    1 ulas bawang putih, hiris
    1/2 camca teh halba
    1/2 camca teh jintan manis
    3 camca besar penuh cili kisar
    1 camca besar penuh rempah masak cap rose* (1 paket kecil @ 15gm, nak sedap boleh lebihkan.  Kalau taka da guna rempah kari ikan)
    10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
    1 biji bawang besar, belah 6
    1 camca besar gula melaka
    1 ½ liter pati santan
    Air rebusan ikan secukupnya
    Garam secukup rasa
    1 sudu serbuk ketumbar
    1/2 sudu serbuk jintan putih
    1 batang kulit kayu manis
    1 sudu kerisik
    10 biji cili padi

    BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
    8 biji bawang merah kecil
    3 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    3 keping hirisan lengkuas
    Secubit belacan (optional)


    CARA MEMBUATNYA :-)
    1.  Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus selama 1 jam, tambah air panas jika perlu. Kemudian matikan api. Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan.
    2.  Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan.
    3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu.
    4.  Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing,
    5. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
    6.  Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih.
    7. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat.
    8. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah.
    9.  Kacau perlahan dan masak sekejap, matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang...


    Nota –
    1.      Rebus dalam periuk tekanan selama 1 jam dan ikan tadi jadi lembut seperti ikan sardine. Boleh tambah belimbing buluh dalam gulai.  Di Trengganu ikan yang digunakan selalunya adalah ikan tongkol hitam, sementara di Kelantan, ikan yang digunakan adalah ikan tongkol kelabu yang mempunyai isi hitam.  Gulai nasi dagang lebih sedap jika disediakan lebih awal sehari sebelum hari memasak nasi dagang sebab bila dibiar lama dan dipanaskan semula, gulainya nanti akan jadi lebih sedap, wangi dan naik minyaknya.


    ACAR MENTAH...
    BAHAN-BAHANNYA :-)
    2 biji timun
    1 batang lobak merah saiz besar
    1 biji bawang besar
    1 biji cili merah
    6 camca besar cuka makan
    Garam dan gula secukup rasa

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1.      Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam.
    2.       Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
    3.      Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
    5.      Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut.
    6.      Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan. 

    Ti  Tip bagi menjadikan nasi dagang lebih sedap-
        1. Untuk arung santan kali kedua, panaskan santan sekejap bersama bawang, halba, halia, gula dan garam.  Ini bertujuan untuk elakkan nasi cepat basi.
        2. Semasa proses arung kali kedua, masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau nasi dengan berhati-hati bagi mengelakkan nasi pecah butirannya.
         3.  Selepas proses arung kali kedua, tekan atau mampatkan nasi, dan lapiskan dengan daun pisang diatas permukaan nasi. Biarkan setengah jam atas pengukus.
          4. Jangan menggunakan santan kotak bagi menghaasilkan rasa nasi dagang yang sedap.
          5. Gulai trengganu versi orang dulu tidak meletakkan minyak ketika menumis bahan.  Minyak akan terhasil dari proses renehan.  Guna api kecil ketika memasak untuk versi ini.

        Rujukan-  
        1. https://resepichenom.com/resepi/nasi-dagang-dan-acar-timun/show  
        2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_dagang
    2  3. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/264
    ht 4. https://www.aziekitchen.com/2014/04/nasi-dagang-terengganu-lagi.html
    ht 5. https://my.theasianparent.com/nasi-dagang-terengganu-sedap

    Fish and Chip

    Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...