Laksa Sarawak


Bahan:
2 bungkus pes laksa Sarawak
2 bungkus bihun
500gm      udang basah
2 ketul      bahagian dada ayam
500ml       santan pekat
8 biji         telur
1 kiub       serbuk perasa ayam
2 camb.     sos tiram
garam dan gula

Bahan tambahan:
500gm taugeh dicelur
50gm   daun pudina
10 biji  limau kasturi
Isi ayam yang telah dicarik-carikkan
Udang yang telah dicelur
Telur yang telah didadar nipis
daun pudina
bawang goreng

Bahan utk sambal belacan (kisar lumat):
15 biji cili padi
5 batang cili merah
1 sudu kecil belacan 
6 biji limau kasturi (ambil air jusnya)
garam dan gula
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 sudu besar cili kisar
5 sudu besar udang kering (ditumbuk)
pes asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan Perencah Laksa Sarawak:
Bahan A-
15 ulas      bawang merah
6   ulas      bawang putih
20 tangkai cili kering (dikisar)
1   cm        lengkuas
4 batang    serai
Sedikit belacan
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
minyak masak untuk menumis
gula dan garam

Bahan B-
1/2 kg.    Kacang tanah (digoreng)
1/2 cwn. bijan (disangai)
5    biji    buah keras


Cara memasak:
1.  Rebus dada ayam sehingga empuk, angkat sejukkan dan carik-carikkan isinya.
Dalam air rebusan ayam, gunakan utk mencelur udang.  Angkat dan toskan. Kalau rajin kulit udang yang direbus, dikisar halus dan ambil airnya utk dimasukkan ke dalam kuah.  Dengan menggunakan air rebusan yang sama, masukkan pes laksa ke dalamnya beserta bahan perasa yang lain.  Biarkan hingga mendidih.  Masukkan sedikit asam keping dan santan. Perasakan.  Biarkan kuah pekat baru ditutup api.

2.  Celur berasingan bihun dan tauge.  Telur digoreng dadar nipis, gulung dan kemudian dihiris nipis.

3.  Untuk sambal belacan.  Campurkan semua bahan, tumbuk atau kisar sebati.  Tumis dengan api kecil sehingga sambal garing.

4. Masukkan bihun dalam mangkuk, hiaaskan dengan bahan-bahan hiasan seperti ayam, udang dan sayur; makan bersama kuah laksa dan sambal belacan serta perahan asam limau.

Cara menyediakan perencah laksa Sarawak:
1.  Masukkan bahan(A) dan sedikit air ke dlm pengisar.  Kisar sehingga lumat.
2.  Masukkan bahan(B) ke dlm pengisar.  Kisar sehingga menjadi halus.
3.  Campurkan bahan(A) dan bahan(B), gaul sebati.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan sehingga naik minyak. Masak menggunakan api yang sederhana.  Peerasakan.

Nota-
  Laksa Sarawak merupakan juadah istimewa negeri Sarawak dan negara Brunei.  Istimewanya laksa ini kerana menggunakan air rebusan ayam dan udang untuk dijadikan kuahnya.

   Antara variasi lain laksa Sarawak 1) laksa Sarawak biasa (disajikan bersama udang bersaiz kecil), 2) Laksa Sarawak Special (disajikan bersama udang bersaiz besar), 3) Laksa ambal (disajikan bersama ambal bagi menggantikan udang dan 4) Laksa Sarawak segera (yang boleh diperolehi dari jenama MAGGI dan sebagainya).

Rujukan-
1. myresepi.com/ini-rahsia-buat-laksa-sarawak-yang-sedap/
2. myresepi.com/resepi-laksa-sarawak/
3. ms.m.wikipedia.org/wiki/Laksa_Sarawak

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh