Monday, April 27, 2015

Chicken Tikka Masala




Bahan:
Untuk perapan ayam-
2 cwn plain yogurt
2 camb. jus lemon
1 camb. cili merah pedas
1 camb. jintan putih (dikisar)
1 camb. halia segar (dicincang)
1 camb. jus halia
2 camb serbuk kulit kayu manis
garam secukupnya
1 camt. serbuk lada sulah
2 kg ayam (bahagian isi- dipotong dadu)
lidi secukupnya

Untuk sos-
2 camb. mentega
2 camb. bawang putih cincang
2 camb. cili hijau (potong dadu)
1 camt. serbuk jintan putih
1 camt. garam dan paprika
2 cwn. tomato puri
1 cwn. krim anchor
1/2 cwn. krim masam/ yogurt

Cara memasak:
1.  Untuk perapan ayam-
     Campurkan semua bahan, sebatikan dan perap bersama ayam selama 30 minit-1 jam.

2.  Untuk sos-
     Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumis bawang putih dan cili hijau
     sekejap.  Perasakan dgn. bahan perasa.  Masukkan bahan selebihnya.  Reneh dengan api perlahan
     sehingga sos menjadi pekat.

3.  Cucuk ayam pada lidi dan panggang sehingga masak.  Setelah masak angkat dan sapu disemua bahagian dengan sos.

No comments: