Wednesday, April 29, 2015

Daging panggang sos oren


Bahan:
350gm daging (bahagian top side)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1cm halia
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
1 biji buah oren
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1cm kulit kayu manis
1 camb. rempah allspice
air secukupnya
1 camt. minyak masak

Cara memasaknya:
1.  Bersihkan daging.
2.  Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada dan halia. Campurkan bahan ini dgn perahan setengah biji oren dan minyak masak; gaul rata pada daging.  Perapkan juga bersama buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan garam.  Perap selama 10-30 minit.
3.  Panaskan minyak dalam kuali non stick, letakkan daging dan tambahkan sedikit air utk empukkan daging.  Balik-balikkan supaya daging masak sekata, biar sehingga air daging menjadi pekat.
4.  Angkat daging, perahkan baki oren ke dalam kuah daging yg terdapat di non stick pan tersebut, dan didihkan sebentar.
5.  Buang rempah ratus yg ada dan curahkan kuah ke atas daging, hidangkan bersama sayur-sayuran yg dipanggang.



2 comments:

Anonymous said...

Salam chef...chef da upload ke the best dishes??

liza said...

Belum lagi....
Insyallah saya akan cuba cari ruang masa.