Wednesday, April 29, 2015

Spagetti Bolognese


Bahan:
425gm Pasta spagetti
3camb. minyak zaitun
2 biji bawang putih (dicincang)
2 biji bawang besar (dicincang)
4 batang saderi
500gm daging cincang
2 camb. puri tomato
425gm tomato (dicincang)
150ml stok daging
garam dan lada sulah secukup rasa
2 camb. Oregano
2 camb. keju parmesan
300gm Prego Traditional Tomato



Cara memasaknya:
1.  Panaskan minyak dengan api sederhana.  Goreng bawang dan daun saderi, selama 5 minit dan kemudian masukkan bawang putih dan daging cincang.
2.  Masak sehingga naik bau atau 10 minit lebih sehingga daging bertukar warna.
3.  Besarkan api, masukkan puri tomato, kacau dalam 2 minit.
4.  Kemudian masukkan tomato cincang, stok daging, bahan perasa dan origano, tutup kuali dan renihkan masakan selama 30 mint dalam api perlahan sambil dikacau sekali-sekala.
5.  Masak pasta dalam periuk besar berisi air, minyak zaitun dan sedikit garam sehingga pasta lembut sempurna.
6.  Toskan pasta, campurkan sedikit minyak zaitun dan gaul sebati adunan.

No comments: