Ayam goreng berempah

Ayam Goreng Berempah Sedap

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut - diracik halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
2 batang serai

Cara penyediaan:
Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.  Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.  Angkat dan toskan. 

Comments

siti fatimah (2019274368) said…
Ayam goreng berempah mengikut resepi saya ialah :

Bahan-bahan untuk dikisar:
3 batang serai
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 inci halia

Bahan-bahan lain:
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili (kalau nak pedas boleh letak)
2 sudu serbuk kari daging
garam
Daun kari

cara:

Masukkan semua bahan diatas dalam ayam dan gaul . boleh perap ayam dalam 1 jam. selepas 1 jam boleh goreng.

terima kasih (2019274368)

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh