Sambal telur


Sambal telur

Bahan:
beberapa biji telur yang direbus
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 ketul halia dihiris halus
bebrapa sudu makan cili kisar
sedikit garam dan gula.

Cara memasak:
1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau.
2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak.
3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.

Comments

cara yang saya gunakan untuk memasak sambal telur ini adalah dengan merebus telur terlebih dahulu. Setelah itu, saya akan menggoreng telur rebus itu seketika untuk menjadikan tekstur ia lebih garing. Justeru itu,saya akan menumis bawang merah,bawang putih berserta halia. Setelah kesemua bawang tersebut telah garing, masukkan pula beberapa senduk cili boh(mengikut kepedasan masing-masing),masakkan cabai tersebut sehingga pecah minyak. Kemudian,masukkan sedikit air asam jawa untuk memberi sedikit rasa masam kepada sambal telur itu. Tambahkan juga sedikit air jika sambal itu terlalu kering. Akhir sekali masukkan bahan perasa iaitu sedikit gula,garam dan secukup rasa(jika mahu). Dan akhir sekali,masukkan telur rebus tadi dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. (2019443244)
Shatheblogger said…
RESEPI SAMBAL TUMIS TELUR DARI SAYA IALAH :(2019224166)

BAHAN-BAHAN:
-10 biji telur (direbus sehingga masak dan dikupas kulitnya
-6 sudu makan cili kering kisar
-1/2 sudu makan asam jawa( Dicampur dengan secawan air untuk menjadikannya
air asam jawa)
-1 biji bawang besar(dipotong bulat kasar)
-Garam
-Serbuk perasa



BAHAN TUMBUK LUMAT:
-1 sudu makan udang kering
-3 ulas bawang putih
-1 biji bawang besar



CARA-CARANYA:
1)Panaskan minyak dalam kuali.Goreng telur rebus sehingga kekuningan.Angkat
dan ketepikan.

2)Kurangkan sedikit minyak.Tumis bahan tumbuk sehingga wangi

3)Masukkan cili kisar,tumis sehingga pecah minyak dan agak garing.

4)Masukkan air asam jawa.Kalau pekat sangat boleh tambahkan air lagi.Biarkan
mendidih.

5)Masukkan telur dan bawang besar.Kacau rata

6)Masukkan garam dan serbuk perasa.Kacau rata.Masak hingga sambalnya agak
pekat

7)Tutup api.Hidangkan


NUR ADRIANA SHAHIRAH BINTI ANUAR(2019224166)
Unknown said…
RESEPI SAMBAL TELUR DARI SAYA IALAH (2019297544) :

5 BIJI TELUR REBUS DAN DIKUPAS
2 SENDUK CILI KISAR
1 BIJI BAWANG BESAR YANG TELAH DIKISAR
3 ULAS BAWANG PUTIH YANG TELAH DIKISAR
2 KEPING ASAM KEPING
GARAM DAN PERASA SECUKUPNYA

CARA CARA NYA :
1)PANASKAN MINYAK DALAM KUALI. TUMISKAN BAHAN BAHAN YANG TELAH DIKISAR
2)MASUKKAN CILI KISAR DAN TUMIS SEHINGGA PECAH MINYAK DAN SEDIKIT KERING
3) MASUKKAN ASAM KEPING
4)MASUKKAN TELUR YANG SUDAH DIREBUS
5)MASUKKAN GARAM DAN PERASA SECUKUPNYA.MASAK SEHINGGA SIAP UNTUK DIHIDANG
Unknown said…
RESEPI SAMBAL TELUR DARI SAYA IALAH (2019297544) :

5 BIJI TELUR REBUS DAN DIKUPAS
2 SENDUK CILI KISAR
1 BIJI BAWANG BESAR YANG TELAH DIKISAR
3 ULAS BAWANG PUTIH YANG TELAH DIKISAR
2 KEPING ASAM KEPING
GARAM DAN PERASA SECUKUPNYA

CARA CARA NYA :
1)PANASKAN MINYAK DALAM KUALI. TUMISKAN BAHAN BAHAN YANG TELAH DIKISAR
2)MASUKKAN CILI KISAR DAN TUMIS SEHINGGA PECAH MINYAK DAN SEDIKIT KERING
3) MASUKKAN ASAM KEPING
4)MASUKKAN TELUR YANG SUDAH DIREBUS
5)MASUKKAN GARAM DAN PERASA SECUKUPNYA.MASAK SEHINGGA SIAP UNTUK DIHIDANG

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh