lontong


Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya....

Resepi:
1/2 biji kobis
1 biji karot
kacang panjang
 tempe- dipotong dan di goreng sebentar.
Sengkuang
 1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
100 g udang basah (udang kering pun boleh)
1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

3/4 inci halia
3/4 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai (ketuk)


Cara penyediaan
1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih.
3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar
    santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Comments

Cara yang saya perolehi untuk memasak lontong daripada ibu saya ialah yang pertama kita perlu memotong sayur-sayuran yang hendak digunakan iaitu seperti kentang, lobak merah dan kubis.Seterusnya kita perlulah mengisar bahan untuk membuat lontong iaitu bawang besar,bawang putih,halia,cili merah dan cili hijau untuk kepedasan,lengkuas,serai yang telah dihiris, dan kunyit hidup untuk memberi rasa dan warna kuning kepada kuah tersebut.Selepas semua bahan telah dikisar,masukkan bahan tersebut kedalam periuk untuk ditumis sehingga pecah minyak. Justeru itu,masukkan pula santan untuk memberi kepekatan kepada kuah itu. Akhir sekali masukkan sayuran yang telah dipotong berserta suhun dan masak sehingga mendidih. Untuk penyedap rasa,kita boleh memasukkan sedikit isi ayam, udang kering ataupun ikan bilis. Terima kasih. (2019443244)
Syauqi Firdaus said…
ibu saya berasal dari johor, beliau sring menyediakan lontong terutamanya pada hari raya.Antara tips yang dikatakan ialah menumis ikan bilis, anak udang dan bawang untuk penyediaan kuah. Selain itu, penggunaan santan yang pekat akan menyedapkan kuah.di johor kebiasaannya lontong dihidang bersama sate.

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh