Wednesday, September 16, 2015

Soto Banjar


Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya.  yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap.  Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil.

Bahan Sup Soto-
 1/4 ekor ayam 
2 liter air
*5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa)
Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus:
1 batang kulit kayu manis
4 biji cengkih
1/2 biji buah pala
3 biji bunga lawang- 
3 biji pelaga
* Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu.
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam
Serbuk lada putih
   
Bahan Tambahan:
Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut
Telur rebus
Ketupat/nasi impit
Begedil kentang/begedil daging
Bawang goreng
Daun sup/saleri
Sambal kicap
Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu)
Limau kasturi
Cara:
1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain kasa/bungkus.
2. Tumis bahan kisar sampai harum, masukkan ke dalam air rebusan ayam dan rebus hingga keluar 
    minyak.
3. Setelah ayam masak, ketepikan ayam untuk disiat-siatkan sebagai bahan tambahan.
4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah.  Sajikan dengan nasi impit, telur rebus, suhun lembut, 
    begedil, bawang goreng, isi ayam, sambal kicap dan sehiris limau kasturi.
Bahan untuk pegedil:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger/ daging cincang
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung
1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih 
    panas).
2. Bila kentang agak suam, masukkan semua bahan yang ada dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu 
    kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
3. Ambil segenggam adunan, kepalkan sedikit dan bulatkan. Leperkan sedikit dan susun atas 
    dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
4. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana 
   panas. Jangan selalu diterbalikkan, Angkat dan toskan.

No comments: