Thursday, April 9, 2015

Nasi Ayam

Bahan utk nasi ayam:
1/2 cwn. margerin
2 biji         bawang besar (dikupas & dicincang)
2cm          halia muda (dikupas & dicincang halus)
1cm          kulit kayu manis
4 kuntum  bunga cengkih
2 helai      daun padan (disiat-siat dan disimpulkan)
4 cwn       beras (dicuci dan ditoskan)
51/2 cwn. air rebusan ayam dan sedikit garam

Bahan-bahan sampingan-
Timun, salad dan tomato

Cara memasaknya:
1. Cairkan margerin di dalam periuk dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan 
    daun pandan sehingga naik baunya. 
2. Masukkan beras, tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.  Masak sehingga  
    sempurna dengan api yang perlahan. 

Bahan untuk lauk ayam:
1 ekor ayam (dibersihkan & dibelah 2-direbus sehingga separuh masak)
garam
Lada hitam (dikisar)
2cm halia (dikupas & ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dikupas dan dicincang halus)
2 camb. kicap manis
3 camb. margerin
2 camb. sos tiram

Cara memasak:
1.  Lumur ayam dengan semua bahan dan perap 30 minit.
2.  Masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar selama 30-40 minit dgn suhu 180 c. 

Bahan Sos cili:
5-6 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih garam dan gula secukup rasa
2 inci halia (diketuk)
1camb cuka makan dan gula


Cara memasaknya:
1.  Blend semua bahan kecuali halia.  Halia diketuk sahaja.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk 
     dan masak di atas api perlahan sehingga mendidih.

Cara memasak sup:
Air rebusan ayam dicampurkan dgn sup bunjut, ubi kentang dan lobak merah.  Masak sehingga ubi empuk.  Hidangkan dengan hirisan daun sup, bawang goreng dan daun bawang.

Cara membuat sos kicap:
Ambil sedikit sup ayam, campurkan dengan kicap manis dan masin bersama sedikit tepung jagung.  Masak sehingga kuah menjadi agak pekat dengan menggunakan api yang perlahan.


Nota-
Nasi ayam popular bagi kebanyakkan masyarakat di Malaysia.  Ini kerana hidangan ini boleh dikatakan satu hidangan yang lengkap, sedap, berkhasiat dan mudah untuk disediakan.  Terdapat berbagai variasi masakan nasi ayam contohnya seperti nasi ayam Hainan dikalangan masyarakat Cina.  Cara memasak dan megolah masakan ayam juga boleh diperbagaikan seperti sama ada ayam tersebut boleh dikukus, dipanggang, dimasak dalam ketuhar ataupun digoreng.

Nasi ayam Hainan berasal dari sebuah bandar bernama Wenchang di China.  Penduduk di kawasan ini kebiasaannya akan menghidangkan nasi ayam kepada tetamu sebagai tanda penghormatan.

Rujukan-
1.http://sajionline.com.my/asal-usul-nasi-ayam-hainan/www.malaysia.travel/ms.my/my/experiences/a.taste-of-malaysia/chicken-rice

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...