Wednesday, April 29, 2015

Daging panggang sos oren


Bahan:
350gm daging (bahagian top side)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1cm halia
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
1 biji buah oren
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1cm kulit kayu manis
1 camb. rempah allspice
air secukupnya
1 camt. minyak masak

Cara memasaknya:
1.  Bersihkan daging.
2.  Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada dan halia. Campurkan bahan ini dgn perahan setengah biji oren dan minyak masak; gaul rata pada daging.  Perapkan juga bersama buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan garam.  Perap selama 10-30 minit.
3.  Panaskan minyak dalam kuali non stick, letakkan daging dan tambahkan sedikit air utk empukkan daging.  Balik-balikkan supaya daging masak sekata, biar sehingga air daging menjadi pekat.
4.  Angkat daging, perahkan baki oren ke dalam kuah daging yg terdapat di non stick pan tersebut, dan didihkan sebentar.
5.  Buang rempah ratus yg ada dan curahkan kuah ke atas daging, hidangkan bersama sayur-sayuran yg dipanggang.



Salad yogurt


Bahan:
1 biji epal hijau (didadu tanpa dibuang kulitnya)
1 biji buah oren (ambil isinya)
1/2 biji isi buah naga merah (didadu)
3 biji strawberry (dibelah 4)
1/4 cwn. buah beri biru
1 cwn nanas cube
1 cawan betik (didadu)
1 biji timun (dibuang empulur dan didadu)
1/2 cawan yogurt tanpa lemak
2 camb. madu
1/2 cwn kacang parang panggang

Cara menyediakannya:
1.  Satukan semua bahan, tabur sedikit garam dan gaul rata.
2.  Didalam mangkuk berasingan satukan yogurt dan madu dan gaul sebati.
3.  Ketika hendak menghidang baru gaul sebati buahan dengan yogurt dan kacang parang. 

Spagetti Bolognese


Bahan:
425gm Pasta spagetti
3camb. minyak zaitun
2 biji bawang putih (dicincang)
2 biji bawang besar (dicincang)
4 batang saderi
500gm daging cincang
2 camb. puri tomato
425gm tomato (dicincang)
150ml stok daging
garam dan lada sulah secukup rasa
2 camb. Oregano
2 camb. keju parmesan
300gm Prego Traditional Tomato



Cara memasaknya:
1.  Panaskan minyak dengan api sederhana.  Goreng bawang dan daun saderi, selama 5 minit dan kemudian masukkan bawang putih dan daging cincang.
2.  Masak sehingga naik bau atau 10 minit lebih sehingga daging bertukar warna.
3.  Besarkan api, masukkan puri tomato, kacau dalam 2 minit.
4.  Kemudian masukkan tomato cincang, stok daging, bahan perasa dan origano, tutup kuali dan renihkan masakan selama 30 mint dalam api perlahan sambil dikacau sekali-sekala.
5.  Masak pasta dalam periuk besar berisi air, minyak zaitun dan sedikit garam sehingga pasta lembut sempurna.
6.  Toskan pasta, campurkan sedikit minyak zaitun dan gaul sebati adunan.

Monday, April 27, 2015

Chicken Tikka Masala




Bahan:
Untuk perapan ayam-
2 cwn plain yogurt
2 camb. jus lemon
1 camb. cili merah pedas
1 camb. jintan putih (dikisar)
1 camb. halia segar (dicincang)
1 camb. jus halia
2 camb serbuk kulit kayu manis
garam secukupnya
1 camt. serbuk lada sulah
2 kg ayam (bahagian isi- dipotong dadu)
lidi secukupnya

Untuk sos-
2 camb. mentega
2 camb. bawang putih cincang
2 camb. cili hijau (potong dadu)
1 camt. serbuk jintan putih
1 camt. garam dan paprika
2 cwn. tomato puri
1 cwn. krim anchor
1/2 cwn. krim masam/ yogurt

Cara memasak:
1.  Untuk perapan ayam-
     Campurkan semua bahan, sebatikan dan perap bersama ayam selama 30 minit-1 jam.

2.  Untuk sos-
     Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana.  Tumis bawang putih dan cili hijau
     sekejap.  Perasakan dgn. bahan perasa.  Masukkan bahan selebihnya.  Reneh dengan api perlahan
     sehingga sos menjadi pekat.

3.  Cucuk ayam pada lidi dan panggang sehingga masak.  Setelah masak angkat dan sapu disemua bahagian dengan sos.

Nasi Lemon dgn Daun Kari



Bahan:
4 cwn. beras basmati
8 cwn. air
2 camt. garam
12 camb. jus lemon
4 camb. minyak sapi
4 camt. biji sawi
5gm daun kari
4 camt. kulit lemon

Cara memasaknya:
1.  Basuh beras sejatkan, tambah 8 cawan air dan rendam selama 2 jam di dalam periuk memasak.
2.  Masukkan garam dan separuh jus lemon, didhkan bersama nasi tadi.
3. Tutp periuk dan renehkan 15 minit sehingga air diserap, tuutp api bila nasi telah masak.
4.  Panaskan minyak sapi dan masukkan biji sawi, daun kari, masak sekejap dan masukkan ke dalam nasi.
5.  Tambahkan kulit lemon dan jus lemon, kacau dan ratakan semua adunan hingga sebati.