Posts

Showing posts from August, 2015

Ayam goreng berempah

Image
Ayam Goreng Berempah Sedap Bahan-bahan : 1/2 ekor ayam - potong kecil 1-2 sudu besar serbuk kari daging Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal) Garam secukup rasa Beberapa helai daun limau purut - diracik halus Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar Halus: 2 sudu besar biji ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Bahan Kisar Kasar: 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit) 2 batang serai Cara penyediaan: Basuh ayam dan potong kecil. Toskan. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.  Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.   Angkat dan toska

Asam Pedas

Image
  Ini resepi yg diambil dari Dapur tanpa sempadan www.tiffinbiru.com version Asam pedas ikan kembung BAHAN-BAHANNYA :-) 3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar 10 batang bendi, cuci dan toskan 15 biji tomato ceri 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan 1 1/2 senduk nasi cili kisar 3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus 1 kiub pati ikan bilis 3 biji bawang merah, hiris 1 ulas bawang putih, hiris 3/4 camca besar pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 8 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 keping hirisan halia 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci belacan 2 biji cili merah, dibuang biji CARA MEMBUATNYA :-) Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang. Masukkan bahan2 kisar h

Cik mek molek

Image
Bahan bahan 4 biji Ubi keledek oren Tepung gandum secukupnya Sedikit gula Cara cara: Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.   Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.  Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.  Angkat bila kekuningan.

Contoh hidangan lengkap Nasi lemak

Image
Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia masakan especially catering.  Mungkin cara hindangan ini dapat membantu anda.

Sambal telur

Image
Sambal telur Bahan: beberapa biji telur yang direbus 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 ketul halia dihiris halus bebrapa sudu makan cili kisar sedikit garam dan gula. Cara memasak: 1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak. 3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.

Nasi Dagang

Image
Resepi Nasi Dagang Terengganu: Bahan-bahan untuk Nasi: - NASI DAGANG TERENGGANU BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan penuh beras wangi* (Beras nasi dagang)   1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 2 cawan santan segar 1 cawan santan cair 1/2 camca teh gula Garam secukup rasa 1 helai daun pandan 6 biji bawang merah, hiris halus 2 inci halia, mayang halus 1 camca the halba Atau 4 cawan beras biasa * – beras Jati) 1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. Cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam 1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam 2 sudu halba 6 ulas bawang merah 2 inci halia CARA MEMBUATNYA- 1.    Panaskan kukusan. 2.   Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus,letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit.   N asi dikukus dengan santan cair hingga masak. 3.   Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dala