Posts

Showing posts from February, 2016

Pekasam

Image
Bahan-Bahan: Ikan air tawar. Garam – Sekilo ikan seratus gram garam. Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat. Asam keping  Cara Membuat: 1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman, 2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti. 3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. 4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam. 5. Tua

Gulai sotong

Image
Bahan-bahan 10 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan 5 biji bawang merah 4 biji bawang putih 1 inci halia 1 cawan santan pekat 3 sudu makan kari ikan 1 biji tomato 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi garam, air dan minyak secukupnya Bahan tumis 1 batang kayu manis 2 biji bunga cengkih 2 biji bunga lawang 2 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari 1/2 labu bawang besar di hiris 2 biji bawang merah di hiris 1 biji bawang putih di hiris 1 sudu teh halba campur Cara-caranya 1. Tumbuk/kisar  bawang putih, halia dan bawang merah. 2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan, halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati. 3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api. 4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam. 5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan guna api perlahan sambil di kacau sela

Ikan masak taucu

Image
Bahan bahan 2 keping isi ikan 2 sudu besar tauchu 1 biji bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih - hiris  4 biji cili merah - hiris  1 inci halia - hiris 1 sudu kecil pes asam jawa 1 cawan air 3 tangkai cili padi  Garam dan gula secukup rasa Cara cara: Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.

Capati

Image
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung atta. 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan) 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh. Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas. 1 sudu teh gula 2 sudu besar mentega CARA-CARA MEMBUATNYA: 1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut. 2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin.  3. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola (sebesar telur gred A). Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan ulikan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Bia