Showing posts with label Masakan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Masakan Sabah. Show all posts

Thursday, June 8, 2023

Dinonsul Mangga

Dinonsul Mangga
Bahan-bahan-
80gm ikan bilis (dibersihkan)
5 biji cili padi (dipotong kecil)
3 biji mangga muda (dikupas kulit dan isinya diracik halus)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu teh garam
5gm daun selasih (daunnya sahaja)
1 biji tomato (dipotong nipis)
1/2 biji bawang merah (dihiris)
5 biji limau (ambil jusnya sahaja dan boleh digantikan dengan cuka)

Cara memasak-
1. Sangai ikan bilis sehingga kering dan kekuninggan.
2. tumbuk ikan bilis kasar-kasar.
3. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan, sedia untuk dihidang.

Nota-
   Masakan ini merupakan makanan tradisi kaum Momogun dari suku Rungus di Sabah.  Ikan bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api.  Ppenggunaan mangga boleh digantikan dengan peria.

Rujukan-
1. Enuvung Manisa, resepimomogunrungus.blogsport.com
2. sibergirlmyexcel11.blogsport.com

Thursday, June 1, 2023

Kuih Panjaram

 Kuih Panjaram

Bahan-bahan-
2 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
2 cawan tepung gandum (cap ros)
1 cawan gula merah (hancur)
1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan saja)
2 - 21/2 cawan air (ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng 
100ml santan

Cara memasak-
1. Masak gula merah dan gula putih dengan air hingga gula larut.  Boleh letakkan daun pandan untuk mewangikan masakan.
2. Satukan tepung gandum dan tepung beras serta garam.
3. Tuang air gula merah sedikit demi sedikit dan sebatikan adunan.
4. Adunan perlu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
5. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang halus.  Pukul adunan sehingga berbuih menggunakan "whisk".
6. Tutup adunan dan perap 4 jam pada suhu bilik.  Untuk lebih cantik perap adunan semalaman.  Boleh perap di dalam peti sejuk.
7. Panaskan minyak (sedikit) dalam kuali dengan api yang perlahan.
8. tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia maasak dan membentuk seperti sarang semut sehingga habis barulah dialihkan.
9. Bila kuih telah masak kedua-dua bahagian baru diangkat dan ditoskan.


Resepi kuih Penjaram tanpa peram-
1 cawan gula nipah (gula apong)
1 cawan tepung beras (tak kira jenis apapun)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
minyak untuk mengoreng

Cara memasak-
1. Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan.
2. Goreng dengan minyak yang sedikit dan api yang perlahan

Nota-
   Dikenali juga dengan nama kuih Penjaram, penyaram, pinjaram, cucur jawa, cucoq jawa, cucur gula merah atau cucur gula melaka.  Sejenis kuih traditional di negeri Kedah, sabah dan Brunei.  Semasa menggoreng, jika kuih menjadi serat-serat bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik.  Kuih yang cantik adalah berbentuk seperti ropol topi, ringan dan ranggup dibahagian tepi dan lembut di dalam.

   Ada versi kuih ini yang menggunakan air daun pandan, dan kuih akan berwarna hijau.  Mengikut cerita orang tua-tua kuih ini selalu dihidangkan jika berlaku kematian di Sarawak.  Mengikut resepi asal tepung beras yang digunakan terhasil dari beras yang ditumbuk menjadi tepung dan dikenali dengan nama Panjaram Samarinda.  Masyarakat Kota Belud, Sabah suka makan kuih ini bersama kopi O panas.  Petua lama ada menyebut tidak boleh bercakap ketika proses membuat kuih ini nanti akan menghasilkan kuih yang tidak cantik.

   
Rujukan-
1. rasa.my/sangat-sedap-resepi-kuih-penjaram-guna-sukatan-cawan/
2. dailymakan.com/ini-cara-untuk-menyediakan-penjaram/55181/
3. myresepi.com/resepi-kuih-penyaram/
4. sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/ada-syarat-khusus-buat-kuih-penjaram-jom-cuba

Piaren Ah Manuk

 Piaren Ah manuk (Kari Ayam)

Bahan-bahan-
1.5kg ayam (dipotong 8 bahagian)
3 cawan santan (dari sebiji kelapa)
10 sudu besar kelapa parut (ditumbuk)
8 biji cili (dibuang biji dan dipotong)
2 batang daun bawang (dipotong sepanjang 1 inci)
3 batang serai (dititik)
1 bawang besar
6 sudu besar minyak masak
garam dan bahan perasa lainnya

Cara memasak-
1. panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk dan bawang sehingga kekuningan.
2. Masukkan ayam, serai dan kelapa parut, gaul sebati.
3. Kecilkan api dan campurkan santan, garam dan bahan perasa.
4. Masak sehingga kuah pekat dan masukkan daun bawang dan cili.
5. Biarkan mendidih baru dihidangkan.

Nota-
   Piaren Ah Manuk ialah kari ayam yang dibuat dari asas rempah tumis dan kelapa parut, kemudian direnih dalam santan.  Hidangan ini sangat popular dikalangan masyarakat Iranum.  Variasi lain bagi masakan ini adalah ikan (Piaren Ah Sada) dan nangka muda (Piaren Ah Badak).


Rujukan-
1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Masakan_Sabah
2. kadazandusun8.tripod.com/piarenahmanuk.htm

Daeng Semur

 Daeng Semur (Ikan tenggiri masak santan)

Bahan-bahan-
1 kg ikan tenggiri
1 cawan kelapa parut (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan ditumbuk halus)
1 cawan santan (diperah dari 1/2 kelapa parut)
5 ulas bawang putih
2 bawang merah
10gm lengkuas
2 batang serai
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji cengkih
1 sudu besar gula
3 sudu besar air asam jawa
3 cili merah (dihiris)
2 sudu kecil garam
3 sudu kecil minyak masak

Cara memasaknya-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan yang dipotong hingga wangi.
2. Masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
3. goreng atas api sederhana beberapa minit dan kemudian masukkan santan, gula, garam dan air asam jawa.
4. Biarkan mendidih selama 2 minit.
5. Masukkan bahan selebihnya dan masak hingga kuah kering.

Nota-
   Daeng Semur merupakan sejenis masakan kaum Bajau-Petagas, Sabah.

Rujukan-
1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Daeng_Semur
2. usbosabah.blogsport.com
3. kadazandusun8.tripod.com/daengsemur.htm

Pinaasakan

 Pinaasakan

Bahan-bahan-
3-4 ekor ikan (Ikan sardin atau ikan kembung)
4 inci halia
4 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
2 keping asam aroi (boleh juga guna asam gelugur)
1 sudu kecil garam
1 cawan air
Daun pisang
2 biji buah mangga (atau buah bambangan) dicincang
Sedikit minyak masak
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang (dicincang)
5 biji cili kering (dihiris halus)
50gm asam jawa (dibuang biji)

Cara memasak-
1. Bersihkan ikan. 
2. Hiris halia dan kunyit hidup (atau halia dan kunyit boleh juga ditumbuk kasar).  Hiris kasar daun kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang, halia, kunyit dan cili kering hingga naik bau.
4. Di dalam periuk susun daun pisang dan letak daun kunyit.  Susun ikan atas daun kunyit.
5. Taburkan semua bahan atas ikan dan tuang sedikit air.
6. Letak garam dan serbuk perasa dan tutup dengan penutup dan masak selama 15 - 25 minit menggunakan api kecil
7. Masak sehingga air hampir kering.


Nota-
   Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-dusun, Sabah.  Menu ini menggunakan isi ikkan (ikan air tawar/ikan air laut).  Sesuai dimakan bersama nasi putih dan sambal.

  Terdapat juga versi masakan dimana daun pisang tidak dimasukkan sekali ketika proses memasak tetapi dijadikan alas ketika hidangan ini ingin dihidangkan.  Ketika memasak pastikan air tidak terlalu kering bagi mengelakkan masakan menjadi hangus.

Rujukan-
1. cookpad.com/my/recipes/15436287-pinaasakan
2. akuman999.blogsport.com/2017/09/resepi-pinaasakan-sabah.html
3. orangsabahan.blogsport.com/p/pinaasakan.html

Wednesday, May 31, 2023

Ambuyat

 Ambuyat

Bahan-bahan Ambuyat-
300gm Tepung ubi
500ml air

Bahan-bahan kangkung-
ikan bilis (goreng dan tumbuk kasar)
kangkung
kacang panjang
sardin (hancurkan)
bawang merah dan bawang putih

Bahan-bahan sambal belacan-
cili api
belacan (dibakar)
tomato
garam
air perahan limau
sedikit gula

Cara memasak ambuyat-
1. Kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul.
2. Panaskan di atas api sederhana sehingga tepung ubi bertukar menjadi jernih.
3. Adunan perlu selalu dikacau.

Cara memasak kangkung-
1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah, asingkan.
2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan kacau sehingga naik bau, tambahkan air.
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan kacang panjang dan kangkung.
5. Perasakan dan tutup api.

Cara memasak sambal belacan-
1. campurkan semua bahan dan tumbuk.
2. Perasakan mengikut citarasa.

Bahan-bahan ambuyat rumbia-
1kg sagu rumbia
air panas yang baru dimasak
1 liter air

Cara memasak ambuyat rumbia-
1. Sagu dicampur dengan air dan mendapkan selama 10 minit.
2. Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas tahan air panas.
3. Bancuh sagu dengan air panas mendidih.
4. Kacau sebati dan masak sehingga sagu bertukar menjadi likat dan jernih warnanya.



Nota-
   Ambuyat merupakan sejenis hidangan tradisi masyarakat di Sabah,  dikenali sebagai "linut" di Sarawak, "kapurung" oleh suku kaum Bugis dan "Papeda" di timur negara Indonesia.  Ambuyat atau Linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari batang rumbia atau sagu.  Ia merupakan hidangan seharian di negeri Sarawak, Sabah dan Brunei.  Mengikut cerita ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari negara Brunei

   Di negara Brunei, sagu rumbia kenali sebagai ambulung.  Untuk menghasilkan ambulung, proses mengarus selama sehari perlu dilakukan.  Dewasa ini tepung sagu boleh diperolehi di pasar hari atau tamu dan dijual didalam paket kecil. Ketika ingin memasak tepung sagu yg kellihatan dalam bentuk bongkah ini perlu dihancurkan terlebih dahulu.

   Penyediaan ambuyat agak mudah dan dimakan bersama sambal belacan atau pencicah, sayur kangkung dan ikan goreng.  Ambuyat dimakan dengan menggunakan sejenis garfu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan ambuyat disekitar mata garfu dan kemudiannya dicelup ke dalam sambal atau dimakan dengan lauk pauk yang lain.

   Jika sukar untuk mendapatkan sagu rumbia, ambuyat boleh dimasak dengan menggunakan sagu mata besar. Cara penyediaanya sagu direndam air hingga kembang, kemudian dikisar halus, dan dimasak dengan campuran air sehingga berwarna jernih dan likat.  Pada kebiasaanya ambuyat dimakan semasa masih panas-panas.

   Terdapat pantang larang dalam masakan ini, iaitu jika berlaku kematian; ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan ambuyat ini ketika si mati masih berada di rumah.  Jika pantang ini dilanggar, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit.



Rujukan-
1. myresepi.com/resepi-ambuyat/
2. sislin76.com/2020/11/resepi-dan-cara-buat-ambuyat-linut.html?m=1
3. ayuhsabah.com/2020/09/ambuyat-nampak-pelik-tapi-sedap-makanan.html

Sup Manuk Lihing

 Sup Manuk Lihing

Bahan-bahan-
1 ekor ayam kampung 
6-8 keping halia bersaiz ibu jari (diketuk)
3 cawan lihing (wain beras)
3 cawan air 
garam secukup rasa

Cara memasak-
1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan menggunakan api yang besar. Bila ramuan mula mendidih, perlahankan api dan biarkan merenih.
2. Masak selama 30-35 minit atau sehingga lihing meresap masuk dalam ayam.
3. Perasakan sup.  Sup perlu kelihatan kekuningan dan terdapat lapisan nipis minyak dari lemak ayam.
4. Pastikan daging ayam telah sempurna lembut sebelum dihidangkan.


Nota-
   Sup manuk lihing dikenali juga sebagai "sup ayam lihing".  Manuk bermaksud "ayam" dan lihing bermaksud "minuman keras". Hidangan ini merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan ini sesuai bagi ibu berpantang kerana kandungan halianya yang tinggi dapat membantu membuang angin dan membantu peredaran darah dalam badan.  Sup ini dimasak dengan menggunakan lihing manis.

   Sejenis minuman keras yang dikenali sebagai lihing digunakan dalam masakan ini. Terdapat lihing yang diperbuat daripada beras pulut. Namun lihing yang digunakan untuk masakan ini mestilah sejenis minuman keras.  Oleh kerana makanan ini mengandungi minuman keras, ia haram dimakan oleh orang Islam.  Hidangan ini dijamu pada hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan atau sambutan Pesta Menuai yang diaadakan di Sabah pada 30-31hb Mei setiap tahun.

Rujukan-
1. akuman999.blogsport.com/2017/09/sup-manuk-lihing-html.
2. https://www.periuk.my/ms/resepi/sup-mauk-lihing-2/
3. zecksite.wordpress.com/2016/03/26/sup-manuk-lihing/
4. makanandisabah.blogsport.com/p/sup-manuk-lihing.html
5. wikiwand.com/ms/Sup_Manuk_Lihing
6. babab.net/out/kadazandusun-traditional-food-sup-manuk-lihing.html

Hinava Tingii

Hinava Tingii

Bahan-Bahan-
500gm isi ikan tenggiri (tingii)
200gm peria
2cm halia muda
1 biji bawang merah
1 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
garam/ bahan perasa secukupnya
sedikit cili padi
100gm betik separa masak
100gm mangga muda
1 biji tomato (hiris memanjang nipis)
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara memasak-
1. Hiris nipis isi ikan tenggiri, tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan dan toskan.
2.  Hiris nipis peria, halia, bawang, bunga kantan dan cili merah dan cili padi.
2. Campurkan kesemua bahan hiris ke dalam bekas.
3. Tambahkan jus limau nipis dan garam serta bahan perasa.
4. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan.

Nota-
   Hinava membawa maksud ikan mentah. Disesetengah tempat Hinava dikenali sebagai "Lava" dan Hinava Ginapan. Hidangan ini popular dikalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah.  Bagi suku kaum Bajau di pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai "kinilau".

Untuk mengurangkan pahit buah peria, salutkan peria yang telah dipotong dengan garam dan kemudian basuh bersih sebelum dicampurkan dengan ramuan yang lain.  Hidangan ini perlu disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.  Rasa masakan ini pedas dan masam.

   Isi ikan dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses penyediaan dilakukan.  Selain ikan tenggiri boleh juga menggunakan isi ikan yu/ikan sardin (basung), isi sotong dan udang. Di Sabah hidangan ini selalunya dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut.  Hinava merupakan hidangan istimewa semasa Tadau-Kaamatan, majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.

   Hidangan ini sedia untuk dijamah setelah isi ikan bertukar menjadi putih.  Hinava boleh disimpan sehari di dalam peti sejuk.  Hinava sedap dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama sambal.

Sumber rujukan-
1. maggi.my/ms/resepi/hinava/
2. https://salamisimon1.blogsport.com
3. cookpad.com/my/recipes/15223925-hinava-ikan-mentah
4. akuman999.blogsport.com/2017/09/resepi-hinava-html
5. ajinomoto.com.my/bm/resepi/hinava-salad-ikan-mentah

Thursday, June 28, 2018

Kuih Kelupis


Kuih Kelupis

bahan -
1 cawan beras pulut (direndam 3-4 jam dan toskan)
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
daun pisang secukupnya


Cara memasak-
1.  Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam periuk, tanak separuh masak seperti 
     menanak beras pulut untuk ketupat.
2.  Sudukan ke dalam daun pisang.  Bungkus dan lipat seperti melipat kuih lepat.  Setelah cukup 3 
     kuih.  Satukan ketiga-tiga kuih ini dan ikat dengan tali rafia.
3.  Masukkan ke dalam periuyk pengukus dan kukus selama 1 jam.
4.  Makan bersama rendang ataupun kari ayam atau daging.


Bintanok Jagung

 
Resepi Bintanok Jagung -
Bahan:

3 biji jagung
gula secukup rasa
kulit jagung (ambil bahagian yang lembut)


Cara memasak-
1.  Parut jagung ambil isinya.
2.  Letakkan dalam periuk dan letak isi bersama gula dan air sedikit mengikut kesesuaian manisnya.
3.  Jagung tadi dimasukkan ke dalam kulit jagung dan kemudiannya kulit jagung tersebut dilipat kemas.
4.  Susun dalam pengukus dan kukus dalam 1/2 jam.


Nampak macam sedap. Tapi memang sedappun.  Jagung mana ada yang tak sedap.  Sedap kuih nie ditambah dengan wangi aroma kulit jagung yang membaluti kuih.  nak mudah caranya sama macam membuat kuih lepat cuma dibalut dengan kulit jagung.



Barobbo


Resepi Barobbo

Bahan-

2 cawan beras
700gm daging ayam (potong kecil)
5 biji jagung (parut ambil isi)
3 batang kacang panjang (potong kecil)
1 mangkuk sayur cekur manis
3/4 cawan udang kering
800ml santan sederhana pekat
5cm halia (tumbuk)
1 camb lada putih serbuk
7 ulas bawang putih (tumbuk)
7 biji bawang merah (tumbuk)
Garam dan perasa
air secukupnya
bawang goreng
daun sup



Cara memasak-
1.  Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali sayuran, bahan perasa dan      santan.
2.  Bila beras bertukar menjadi bubur nasi, masukkan santan jagung, dan bahan      perasa.
3.  Biar sehingga kuah pekat baru masukkan sayuran, gaul sebati dan tutup api.


Serius sedap.  Selain dari bubur lambuk dan bubur nasi chinese style; ini pilihan yang terbaik bagi anda yang sukakan variasi rasa dalam masakan bubur nasi.

Thursday, April 23, 2015

Sayur Cangkuk Petai

Simple sangat masakan sayur nie tapi sedap dan berkhasiat.  Buat yg sentiasa suka masakan baru, mungkin kali ini masakan ini boleh diuji di dapur anda.

Bahan:
1 kg sayur cangkuk (tapi saya guna cekur manis)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
segengam ikan bilis
10 biji cili padi
3 biji telur
Sedikit air, garamm gula dan serbuk perasa
1 paket (250gm) isi petai

Cara memasaknya:
1.  Tumis bawang, cili dan ikan bilis sehingga kekuningan.
2.  Masukkan sayur, air dan serbuk perasa; gaul sebati.
3.  Masukkan telur, biar seketika, bolehlah diangkat. 

Wednesday, March 25, 2015

Ikan Ampap


Bahan:
1 kg ikan tenggiri (nak guna ikan apapun boleh)
100gm bawang merah
30gm bawang putih
30gm halia
30gm kunyit hidup
150gm cili boh
Asam keping secukupnya (atau asam jawa secukupnya)
5 batang serai
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasaknya:
1.  Bersihkan ikan dan potong setebal yang bersesuaian.
2.  Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili digiling halus.
Masukkan bahan giling, serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali.  Masak sehingga sebati.
3.   Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih.
4.  Kecilkan api dan rendidhkan sehingga pekat.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...