Posts

Showing posts with the label Seafood (Malay)

Sambal tumis petai

Image
Nie kalau pekena dengan nasi panas-panas, dapat pula udang yang fresh; memang bertambah-tambah nasi dibuatnya.   Bahan bahan: Udang (sederhana besar) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai 1 sudu besar gula Garam Air asam jawa Petai secukupnya Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam. Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Gulai sotong

Image
Bahan-bahan 10 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan 5 biji bawang merah 4 biji bawang putih 1 inci halia 1 cawan santan pekat 3 sudu makan kari ikan 1 biji tomato 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi garam, air dan minyak secukupnya Bahan tumis 1 batang kayu manis 2 biji bunga cengkih 2 biji bunga lawang 2 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari 1/2 labu bawang besar di hiris 2 biji bawang merah di hiris 1 biji bawang putih di hiris 1 sudu teh halba campur Cara-caranya 1. Tumbuk/kisar  bawang putih, halia dan bawang merah. 2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan, halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati. 3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api. 4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam. 5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan guna api perlahan sambil di kacau sela

Ikan masak taucu

Image
Bahan bahan 2 keping isi ikan 2 sudu besar tauchu 1 biji bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih - hiris  4 biji cili merah - hiris  1 inci halia - hiris 1 sudu kecil pes asam jawa 1 cawan air 3 tangkai cili padi  Garam dan gula secukup rasa Cara cara: Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.

Ikan cencaru Sumbat

Image
Bahan-Bahan: 4 ekor ikan cencaru sedikit garam sedikit kunyit minyak untuk menggoreng 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar   Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus: 3 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 1 inci belacan bakar 1 inci halia 1 sudu besar jus pekat asam jawa 1 batang serai, optional 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka garam secukupnya Cara-cara untuk memasak:   Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Cara-cara untuk masak sambal:   1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Ikan kurau masak asam

Image
BAHAN-BAHAN: 200gm ikan kuraul dibasuh dan ditoskan 2 biji bawang besar | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 5 biji cili kering l dipotong 2cm halia l dihiris Air asam jawa secukupnya Gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya   CARA MEMASAK:  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan masin talang sehingga garing. Angkat dan       toskan. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. 3. Selepas itu masukkan cili kering. Gaul rata. 4. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat. 5. Masukkan ikan masin talang dan gaul sebati. 6. Angkat dan sedia dinikmati dengan nasi panas.

Ikan Siakap Lada Hitam

Image
Salah satu masakan yang layan abis especially time lapar dan diluar hujan mencurah turun.... BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 10 helai daun kari 50 gm marjerin 1 sudu besar sos cili 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1/2 tin susu cair 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan. 2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan. 3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau. 4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan. Gambar saya perolehi daripada salah satu majalah yang terdapat di Malaysia.  Maaf saya lupa nama majalahnya.

Ikan Bakar Daun Kunyit

Image
Derrr... tunggu apa lagi jom kita try masakan nie. BAHAN PERAP: 3 sudu pes tomyam 3 ulas bawang merah (tumbuk) 1 ulas bawang putih (tumbuk) 3 cm halia (tumbuk) 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 tangkai daun ketumbar (hiris halus) 2 helai daun limau purut   BAHAN B: 1 helai daun kunyit 1 ekor ikan kerapu   CARA MENYEDIAKAN: 1. Perapkan ikan kerapu dengan bahan perap selama setengah jam. 2. Balut dengan daun kunyit. 3. Bakar hingga masak. 4. Hidangkan bersama air asam dan sambal kicap.

Udang Masak Lemak

Image
Udang Masak Lemak Nanas Bahan: 1 kgUdang sederhana besar 1/2 biji nenas 1 batang serai (diketuk) 10 biji bawang merah (dicincang) 10 biji cili merah (dihiris halus) 60gm pes cili kering 50gm kuniy (ditumbuk) 3 helai daun limau purut 1 biji kelapa (diambil santannya) Sedikit garam Cara memasaknya: 1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis serai, bawang, cli merah, pes cili dan kunyit. 2.  Setelah naik bau, masukkan santan, udang dan nanas yang telah siap dihiris nipis. 3.  Kacau sehingga mendidih dan masukkan daun limau purut untuk menaikkan baunya. 4.  Kacau rata sehingga sebati dan kuah agak pekat sedikit.  Hidangkan.

Sambal Sotong

Image
Sambal Sotong Bahan: 8 ekor sotong kembang 2 camb. pes cili Air asam jawa secukupnya Garam dan gula secukupnya Bahan kisar: 2 biji bawang putih 1 biji bawang besar 10 biji cili kering 1/2 inci kunyit hidup sedikit air Cara memasaknya: 1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar, masak sehingga naik minyak 2.  Masukkan bahan selebihnya dan biar kuah pekat sedikit. 3.  Masukkan bawang besar yg telah dipotong mayang, gaul sebati dan tutup api.

Gulai Ketam Nenas

Image
Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?. Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp..... Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wo..wo... nasib saya tak tamak.  Usaha saya bukan dihari yang sepatutnya.  Ha..ha... ketam tengah m

Sambal Tumis Udang

Image
   Bahan: 1    Kg        Udang (sederhana besar) 5    Biji        Cili merah 2    Cm        Halia Cuka dan gula secukup rasa 1    Camt.     Tepung jagung 1    Tangkai   Daun sup 1    Tangkai   Daun bawang 2    Ulas        Bawang putih 2    Cawan    Sos tomato 1/2 Cawan   Air 1/4 Cawan    Minyak Masak Garam dan lada hitam 5    Cm        Belacan Sedikit air asam jawa Cara menyediakannya: Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan cili merah yang telah dikisar serta udang. Campurkan bahan perasa selebihnya. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. setelah hampir masak, masukkan daun bawang dan daun sup. Angkat dan hidangkan.  Sambal Udang