Showing posts with label dessert (Malay Cold). Show all posts
Showing posts with label dessert (Malay Cold). Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Pandan Cake



Resepi Kek Pandan Berlayer



Bahan-bahan :

Bahan-bahan untuk kek:
1) 5 biji telur
2) 125g gula
3) 125g tepung gandum*
4) 1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
5) 75ml minyak masak
6) 15g ovalette
7) 4oml air daun pandan + pewarna hijau

Bahan-bahan untuk kastard:-

Bahan A:
1) 500ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan)
2) 180g gula
3) 1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan B:
1) 400ml santan pekat dalam kotak
2) 85g tepung Hoen Kwee hijau
3) 1 sudu teh pewarna hijau
4) 1/8 sudu teh garam halus

Cara-cara:
1) Satukan telur, ovalette, dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga air daun pandan dan sedikit pewarna. Gaul rata.
2) Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai yang digris dengan butter. Bakar pada suhu 175°C selama 50 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, biarkan sejuk.
3) Satukan semua bahan A dalam periuk, masak di atas api sederhana hingga mendidih.
4) Dalam mangkuk lain, satukan bahan B, gaul hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan adunan ini ke dalam adunan B, kacau hingga adunan pekat dan mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
5) Potong kek yang telah sejuk kepada 3 bahagian. Lapiskan kek dengan kastard pandan hingga habis.
 

Monday, June 17, 2013

Puding Jagung


Puding Jagung
Bahan:
1 cawan     tepung kastard
2 tin           jagung cream
3/4 cawan gula
3 cawan    air
11/2 cawan susu cair
2 paket     agar-agar
1 liter       santan
Cara memasak:
1.  Campurkan tepung kastard, gula, jagung, susu, santan, agar-agar dan air ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masukkan bahan cecair perlahan-lahan agar adunan tidak berketul-ketul.
2.  Kacau adunan atas api sederhana panas sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
3.  Angkat dan masukkan adunan ke dalam Loyang atau acuan, sejukkan dan biar adunan mengeras sebelum dipotong utk .dihidangkan.

Tuesday, April 24, 2012

Puding Laici


Hati tengah gundah gulana.... Status diri yang saya sendiri tak tahu posisinya bagaimana.... fening! memang amat fening..... Sayayang rasanya nak meninggalkannya.  Bukan kehendak diri tapi kehendak mereka yang tidak memahami..  Apakah??? Biarlah menjadi rahsia pada diri saya.....

Kay, kalau tadi menjadi rahsia, yang nie saya tak nak simpan sorang.  Tak baik... nanti kalau ada yang teringin, pintu rumah saya pulak yang menjadi mangsa.  Lets we share it.

Puding Laici:

1 paket agar-agar
1 lt        Susu segar
2 tin      Laici
Gula ikut sesuka ati
Hiasan (apa je boleh bantai, jangan letak bantal buat hiasan udahlah)


Cara membuatnya:
1.  Agar-agar dilarutkan ke dalam air dan dimasak sehingga agar-agar menjadi larut bersama air.
2.  Masukkan gula dan bairkan gula larut dan sebati di dalam air.
3.  Laici diblend halus dan dimasukkan ke dalam adunan agar-agar, bersama air laici.
4.  Tutup api dan masukkan susu segar.
5.  Tuangkan ke dalam bekas dan biar beku di dalam peti sejuk.
6.  Keluarkan dan hias dan apa lagi.......marilah menjamu selera... sila.. sila...(yum..yumm)

Thursday, December 9, 2010

Sago Mangga Bersantan

Saya suka dessert melayu yang telah dimodenkan nie.  Sebabnya ia tak nampak seperti "makanan dulu-dulu".  Kelihatannya seperti sejenis dessert yang baru dicipta.  Padahal idea membuatnya berasaskan kuih sago sebenarnya.  Amacam? cam boleh layan tak?

Seperti yang dapat dilihat, dilapisan bawah adalah sago yang telah dimasak dan diadunkan bersama sedikit pewarna hijau (atau kalau dah malas sesangat beli atau masak aje guna sago hijau) dan sedikit santan ( nie pun boleh ditukarkan dengan fresh milk) untuk menampakkan kelainan dan attraction untuk kita ngap dessert nie.

sementara di atasnya pula adalah buah mangga (kalau dapat guna mangga harumanis lagi sodap) yang di kisar halus dan mangga yang dipotong dadu.  Supaya time kita makan tu, akan terasa kenikmatannya.
Okay, tanpa mahu membuang masa (saya tengah bergelut menyiapkan study saya sebenarnya).  saya kongsikan bersama anda semua cara membuatnya.

Bahan-bahannya -

3/4 cawan  sago (atau sago hijau)
1    cawan  air
100 gm      gula
sedikit        esen vanilla
60 ml         santan (atau boleh digantikan dengan susu segar)
1 tsp          serbuk gelatin (kalau takde agar-agar serbuk pun bolehlah...)
sedikit        garam
1 biji          mangga (dipotong dadu)
1 biji          mangga (dikisar)
sedikit        isi kelapa (yang di panaskan atas api sehingga kekuninggan)

Cara membuatnya -
1.  Mulakan dengan memanaskan air dan gula sehingga gula hancur.
2.  Bila gula hancur, tutupkan api dan tunag gula tadi ke dalam santan dan adun sebati.
3.  dalam bekas yang berasingan cairkan gelatin bersama sedikit air, bila telah cair campurkan adunan gelatin
     ini ke dalam adunan santan tadi.
4.  Untuk sago, panaskan air sehingga mendidih kemudian baru masukkan sago.  Kacau selalu sehingga sago
     bertukar menjadi jernih.
5.  Tapis sago dengan dengan air biasa sehingga kanjinya tiada dan kemudian masukkan ke dalam campuran
    santan tadi.
6.  Masukkan adunan sago ini ke dalam bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
7.  Masukkan mangga yang telah dipotong dadu ke atas adunan sago yang telah mula mengeras.
8.  Tuangkan mangga kisar di atasnya dan kelapa kering ditabur sedikit di atasnya.
9.  Sejukkan dahulu sebelum dimakan.


Wednesday, November 10, 2010

Pudding Pandan Layer Cake


Saya memang suka menggoda.  Suka bagi orang tak dapat tidur malam, paling penting tidur malam termimpi-mimpi.  Tapi bukan mimpi atau tergodakan saya.  Angau separuh jiwa pada masakan saya.....  Ha..ha.. ha... bagi statement haru-biru sikit.

Kek yang saya nak tunjukkan hari nie, renyah sikit cara pembuatanya.  Sebabnya kena siapkan sponge cakenya dulu, kena buatkan kastard dia dulu, pastu kena lapis-lapiskan.  Bukan itu saja sebelum jadi end product, kena dulu kita sejukkankan dia.  Tak nak buang masa, mari kita belajar cara pembuatannya.

Bahan-bahan untuk Pandan Chiffon Cake -
4     biji  Telur
125 gm  Gula kastor
25   gm  Ovallete
150 gm  Soft flour             )
15   gm  Tepung jagung     )  ayak kesemuanya
1/2  tsp. Baking powder    )
75   gm  Juice pandan/ perasa
50   gm  margarine (yang telahpun dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik)

Cara untuk mmebuat Pandan Chiffon Cake -
1.  Masukkan kesemua bahan kecuali margarine.  Putar dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi sebati, ringan dan gebu.
2.  Kemudian masukkan margarine dan putar sebati.
3.  Masukkan ke dalam acuan kek yang telah digriskan dengan margarine dan berlapiskan dengan kertas minyak adunan tadi.
4.  Bakar dalam ketuhar yang telahpun dipanaskan terlebih dahulu selama 45-50 minit dengan suhu membakar 180 darjah celcius.
5.  Kek yang telah dimasak, perlu dikeluarkan segera dari acuannya bagi menggelakkan kek mendap.
6.  Sejukkan kek pada suhu bilik.





Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...