Showing posts with label masakan (Johor). Show all posts
Showing posts with label masakan (Johor). Show all posts

Wednesday, April 15, 2020

Kacang pool

Kacang Pool


Bahan untuk dimesin halus-
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

300gm daging lembu (cincang halus)
2 camb. rempah kari daging
1 tin kacang pool
1 tin red beans
1 camt lada hitam (tumbuk halus)
1 tin baked beans
1 camb. serbuk ketumbar
2 camb. minyak sapi
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan lain-
Limau kasturi (dipotong 2)
Bawang holland (dipotong dadu kecil)
Cili hijau (dipotong nipis)
Roti (sebarang jenis)
Tomato (didadu kecil)
Minyak sapi dipanaskan hingga cair

Cara memasak-
Cuci bersih daging cincang dan kemudian toskan.  Ramaskan kacang pool hingga pecah sedikit.  Satukan serbuk ketumbar,rempah kari dan air sehingga menjadi pes.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes rempah sebatikan.  Gunakan api kecil ketika memasak, kacau sehingga naik minyak, kemudian masukkan daging cincang.  Masak lagi selama lebih kurang 10 minit. Masukkan air dan bahan selebihnya.  Masak lagi lebih kurang 15 minit.

Cara menghidang-

Sendukkan kacang pool ke dalam mangkuk, taburkan ( sayuran di dalam bahan-bahan lain).  Goreng telur mata kerbau separa masak, dan letakkan juga ke dalam mangkuk, tuangkan sedikit minyak sapi yang telah dicairkan dan perahkan limau.  Hidang bersama roti kegemaran.



Wednesday, February 26, 2020

Otak-Otak


Otak-otak  Johor


BAHAN-BAHAN untuk dikisar:
500 gram / 4 ketul isi ikan tenggiri/ ikan merah (rebus)

Bahan untuk dikisar dan ditumis-
200 gram / 6 biji bawang merah
100 gram / 3 bawang putih
200 gram / 4 biji cili merah (buang biji)
50 gram kunyit hidup
6 biji buah keras
2.5cm belacan bakar
5 batang serai
200 gram bawang besar
1 sudu teh serbuk ketumbar
5 tangkai cili kering (buang biji)
1 cm halia
6 biji buah keras (direndam terlebih dahulu)
5 cm lengkuas
1 camb. Jintan putih dan jintan manis

Bahan lain-
500ml santan
6 helai daun limau purut (dihiris)
3 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
6 biji telur ayam - dipukul
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Daun kaduk secukupnya
Daun kelapa atau daun nipah/daun pisang
Pencungkil gigi
1 sudu teh pati asam jawa
2 sudu tepung jagung/ tepung kanji (dibancuh dengan sedikit air)
Minyak masak untuk menumis
1 camt. Tepung beras


CARA-CARA:
1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga berbau wangi dan sejukkan terlebih dahulu. 
     Campurkan isi ikan dan kesemua bahan kisar yang lain ke dalam sebuah bekas.  Kacau
     rata.
2.  Masukkan daun limau purut, telur ayam yang telah dipukul, garam dan gula secukup rasa.
     Gaul sebati.  Panaskan sebentar adunan sehingga kelihatan adunan sebati dengan santan
     dan tidak berair.
3.  Ambil daun kelapa/daun nipah/daun pisang dan susun daun kaduk.
4.  Letakkan otak-otak di tengah daun dan tutup dengan daun kaduk, lipat kemas dan bakar
     selama 10 hingga 15 minit.
5.  Setelah masak angkat dan sejukkan.

6.  Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi.

Wednesday, September 16, 2015

lontong


Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya....

Resepi:
1/2 biji kobis
1 biji karot
kacang panjang
 tempe- dipotong dan di goreng sebentar.
Sengkuang
 1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
100 g udang basah (udang kering pun boleh)
1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

3/4 inci halia
3/4 inci lengkuas (ketuk)
1 batang serai (ketuk)


Cara penyediaan
1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih.
3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar
    santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Soto Banjar


Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya.  yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap.  Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil.

Bahan Sup Soto-
 1/4 ekor ayam 
2 liter air
*5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa)
Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus:
1 batang kulit kayu manis
4 biji cengkih
1/2 biji buah pala
3 biji bunga lawang- 
3 biji pelaga
* Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu.
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam
Serbuk lada putih
   
Bahan Tambahan:
Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut
Telur rebus
Ketupat/nasi impit
Begedil kentang/begedil daging
Bawang goreng
Daun sup/saleri
Sambal kicap
Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu)
Limau kasturi
Cara:
1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain kasa/bungkus.
2. Tumis bahan kisar sampai harum, masukkan ke dalam air rebusan ayam dan rebus hingga keluar 
    minyak.
3. Setelah ayam masak, ketepikan ayam untuk disiat-siatkan sebagai bahan tambahan.
4. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah.  Sajikan dengan nasi impit, telur rebus, suhun lembut, 
    begedil, bawang goreng, isi ayam, sambal kicap dan sehiris limau kasturi.
Bahan untuk pegedil:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger/ daging cincang
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung
1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih 
    panas).
2. Bila kentang agak suam, masukkan semua bahan yang ada dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu 
    kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
3. Ambil segenggam adunan, kepalkan sedikit dan bulatkan. Leperkan sedikit dan susun atas 
    dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
4. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana 
   panas. Jangan selalu diterbalikkan, Angkat dan toskan.

Wednesday, December 17, 2014

Laksa Johor

Main course


BAHAN UNTUK KUAH:
500 gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan kisar. Air rebusan disimpan)
2 liter santan (2 biji kelapa)
40 gm udang kering (rendam dan kisar)
50 ml air asam jawa
60 ml minyak masak
50 gm daun kesom (kisar halus)
5 batang serai
1oogm kerisik
 
BAHAN UNTUK PES:
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar cili kisar

nota: Jintan manis dan ketumbar perlu disangai terlebih dahulu dan ditumbuk sehingga halus.

 BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam
sedikit halia
sedikit cili kering
sedikit udang kering
 
BAHAN HIASAN:
Timun (potong nipis dan memanjang)
Lada merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Daun selom
Kacang panjang (hiris halus)
Telur rebus dan belah dua
Limau kasturi (belah dua)
Sedikit lobak masin
Sedikit taugeh
Sedikit hirisan daun selom
Sambal belacan
 
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan santan dan kacau perlahan.
4. Masukkan isi ikan, udang kering dan air asam jawa. Selepas beberapa minit masukkan daun kesom.
5. Kacau perlahan dan masukkan garam, gula secukup rasa, dan biarkan mendidih.
6. Boleh dihidangkan bersama spageti dan bahan hiasan.

nota- 
Tempoh memasak kuah perlu lama dengan menggunakan api yang kecil agar rempah ratus masak sepenuhnya.

Bahan Spagetti-
1  paket spagetti

1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur spagetti sehingga kembang dan lembut.  Letakkan sedikit garam dan minyak.

Wednesday, January 8, 2014

Soto

Main course-


Soto Ayam

Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong kecil dan direbus)
10 ulas bawang kecil    )
2 inci halia                    )
10 ulas bawang putih    )  Dikisar halus
1 inci lengkuas              )
2 batang serai                )

1 paket rempah adabi
3 camb. ketumbar
20 biji lada hitam
2 biji buah keras
Nasi impit (direbus sehingga masak)
Pegedil ayam atau daging
sambal kicap
Daun sup, daun bawang dan taugeh secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Tumis ketumbar, buah keras dan lada hitam. 
2.  Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau.
3.  Masukkan pes sup, kacau sebati hingga pecah minyak, kemudian masukkan air rebusan ayam.
4.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5.  Ayam yang direbus, ditoskan dan dicarik-carikkan isinya.


Sambal Kicap
Bahan:
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang putih
1/2 botol kicap manis
1 biji limau nipis

Cara membuatnya:
1.  Blend cili dan bawang putih dan tambah bahan selebihnya.

Monday, June 17, 2013

Mee bandung


Mee bandung -Main course
Bahan:
500gm mee kuning (1 paket)
1 biji    bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering (rebuskan dengan 1 cawan air)
1 camb. serbuk cili
3 camb. gula
1 cawan air rebusan daging
5-6 ekor udang hidup
100 gm daging (direbus dan dipotong nipis)
telur (secukupnya)
1 camb. sos tiram
sayur kobis atau sawi
Bahan tambahan seperti hati, sotong atau kacang tanah.
Cara memasak:
1.  Kisarkan bahan seperti bawang besar, bawang putih, udang kering, serbuk cili dan gula.  Campurkan juga air rebusan udang kering.
2.  Tumis bahan kisar, sehingga naik bau.
3.  Masukkan sos tiram, air rebusan daging, daging dan udang.
4.  Masukkan sayur-sayuran, bahan perasa dan pecahkan telur ke dalam bahan lain.
5.  Siap untuk dihidangkan bersama mee (yang telah dicelur)


Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...