Posts

Showing posts with the label masakan (trengganu/kelantan)

Asam gumpal

Image
Asam Gumpal -           Kuih Asam Guppa  -           samguppa -           saguppa Bahan untuk buat inti - 250 gram kacang hijau  1 keping gula Melaka 1/2 cawan gula pasir Air secukupnya  Cara memasak- 1.         Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk. 2.         Bila kacang dah hancur masukkan gula Melaka dan gula secukup manis dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga sebati dan betul betul kering.  3.         B ila adunan sejuk bulat bulatkan inti kacang sebesar biji guli dan ketepikan. 4.         Inti yang terbaik ialah  inti yang tidak melekat di tangan sewaktu proses menggentelnya. 5.         Inti asam gupal perlu manis sikit baru sedap.   Bahan Asam Guppa: 250 gm biji sagu 1 cawan air panas 200 gm sagu biji (basuh dan toskan) Cara memasak- 1.         Bersihkan sagu dan toskan. Masukkan air panas ke dalam biji sagu dan kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. 2.         Gunakan plastik

Jala emas

Image
Jala Emas- Bahan-bahan: 15       biji telur ayam / itik ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain) 1 biji telur ayam 400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis   250g @ 300g) 2-3 helai daun pandan 4 cawan air Daun pisang untuk dibuat corong Cara menyediakan dan memasak: 1.         Tapis kuning telur dan pukul sedikit 2.         Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut. 3.         Angkat dan ketepikan. 4.         Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu. 5.         Hidangkan Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.

Cik mek molek

Image
Bahan bahan 4 biji Ubi keledek oren Tepung gandum secukupnya Sedikit gula Cara cara: Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.   Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.  Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.  Angkat bila kekuningan.

Nasi Dagang

Image
Resepi Nasi Dagang Terengganu: Bahan-bahan untuk Nasi: - NASI DAGANG TERENGGANU BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan penuh beras wangi* (Beras nasi dagang)   1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 2 cawan santan segar 1 cawan santan cair 1/2 camca teh gula Garam secukup rasa 1 helai daun pandan 6 biji bawang merah, hiris halus 2 inci halia, mayang halus 1 camca the halba Atau 4 cawan beras biasa * – beras Jati) 1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. Cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam 1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam 2 sudu halba 6 ulas bawang merah 2 inci halia CARA MEMBUATNYA- 1.    Panaskan kukusan. 2.   Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus,letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit.   N asi dikukus dengan santan cair hingga masak. 3.   Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dala

Nasi Kerabu Utara

Image
Nasi Kerabu Bahan untuk nasi –             300       gm                    Beras             1 ½       batang              Serai             2           helai                  Daun limau purut             2           helai                  Bunga itik Bahan untuk panggang –             2           ketul                 Ayam             1           batang              Serai (dititik)             2           biji                    Bawang merah (dikisar)             2           tangkai             Cili kering (dikisar)             1           camb.                Santan             1           camb.                Gula Cara membuatnya – Masak nasi seperti biasa bersama bahan lain. Kesemua bahan kisar dicampurkan ke atas ayam dan gaulkan serta perapkan sehingga 2 hingga 3 jam. Panggang ayam sehingga masak. Hidang bersama nasi, sambal budu dan sambal tumis. Nasi Kerabu Bahan untuk nasi – 300 gm Beras 1 ½ batang

Wadai Kepeng

Image
Wadai kepeng (Dessert) Bahan: 1    paket tepung pulut 2/3 cawan santan 6    cawan air 2    keping gula Melaka 4    keping gula pasir 3    helai daun pandan Cara membuatnya: 1.  Bancuh tepung pulut dengan air dan sedikit garam. 2.  Gentelkan aduna dalam bentuk bulat-bulat kecil dan leper. 3.  Masukkan air dalam periuk, campurkan gula Melaka, gula pasir dan daun pandan. 4.  Masak sehingga gula hancur. 5.  Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau sebati. 6.  Masukkan adunan yang telah digentelkan sebentar tadi, bila timbul bolehlah diangkat dan dihidangkan.