Posts

Showing posts with the label masakan chinese

Muar Chee

Image
Muar Chee Atau lebih dikenali dengan Muah Chee amat diminati oleh kaum cina.  Boleh diperolehi di pasar-pasar awam yang ada gerai makan cina atau dimana-mana saja gerai cina.  Mungkin mudah diperolehi sebab cara pembuatannya yang sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat sikit dan ringkas. Bahan: 200gm tepung pulut 225gm air 1camb. minyak masak (atau boleh guna minyak gorengan bawang untuk mendapatkan bau yang wangi) 1 camb. gula 1 camb tepung jagung sedikit garam Hiasan- Kacang tumbuk dan gula seccukupnya Cara memasaknya- Campurkan sahaja semua bahan.  Sebatikan dan kemudian kukus dengan api kuat selama 15 minit.  Sejukkan sebentar dan kemudian potong-potongkan (nak mudah gunakan sudu) dan digaulkan dengan kacang tumbuk dan gula.  Untuk me mastikan masakan ini sedap, pastikan kacang tumbuk tidak berbau tengit (selalu kalau beli siap, kadang-kadang akan ada bau tengit ini pada kacang tanah).  Nak sedap lagi boleh sangat dan tumbuk sendiri k

Almond Jelly

Image
Almond Jelly Bahan- 500ml susu sejat Ideal 200ml air 3 1/2 camb gula pasir 1 paket Jelly powder 3-4 titik esen badam Hiasan- 1 tin laici ceri merah buah-buahan Cara memasak- 1. Masukkan susu, air gula, dan serbuk jelly ke dlaam periuk.  Kacau rata di atas api yang sederhana sehingga mendidih. 2. Tutup api dan masukkan esen badam dan kemudian tuangkan ke dalam acuan. 3. Sejukkan adunan, bila telah mengeras adunan bolehlah dipotong dan dihidangkan bersama buahan-buahan.

Yau Char Kwai

Image
Yau Char Kwai -           Cakwey -           Pak tongkol -           Youtiao                                       Bahan: 1 cawan air suam 400gm tepung gandum 2 camt yis 3 camb. Gula 1 ½ camb. Minyak jagung ½ camt garam Minyak untuk menggoreng 1 camb margerin 1 camb susu pekat manis / susu tepung 1 biji kuning telur ½ camt soda bikarbonat Cara memasaknya- 1.     Masukkan gula dan yis ke dalam air suam.   Kacau sekejap dan biar yis mengembang dalam 15 minit. 2.     Tepung, minyak jagung dan garam satukan dalam 1 bekas. 3.     Campurkan adunan yis ke dalam adunan tepung. Uli sebati.   Uli lama untuk hasil yang lebih baik.   Buat sehingga adunan tidak melekat di tangan. 4.     Perap doh 1 jam. Dan naik 2 kali ganda. 5.     Tumbuk doh untuk mengeluarkan angina.   Canai doh memanjang dan potong memanjang. 6.     Adunan yang telah dipotong memanjang kecil ini ambil 2 bahagian dan satukan dengan menggunakan air atau ambil lidi yang dice

Dimsum goreng-stim berserta sup

Image
Dimsum        Kulit wantan -            Siew mai -            Dumpling 1 paket kulit wantan        Bahan untuk kulit- 1 cawan tepung gandum ½ cawan tepung jagung ½ cawan air panas 1 ½ camb minyak masak Cara memasak- 1.         Campurkan semua bahan dan uli sehingga tidak melekat ditangan.  Buat doh bulat kecil dan canai nipis sebelum diletakkan inti ditengahnya bahan untuk inti; secawan udang (yang telah di buang kulit) atau daging/ayam cincang) sekeping tauhu di cincang halus (jika suka) sedikit daun bawang di cincang halus sebiji telur 1 sudu besar tepung jagung seulas bawang putih di cincang halus ground black pepper, lada sulah dan garam secukupnya 1/2 biji lada benggala 1 biji bawang besar (dicincang halus) 2 biji cili hijau (dicincang halus) sebiji lobak merah (dicincang halus) Cara-cara Udang di cincang halus-halus., kemudian masukkan di dalam man

Steamed Vegetable Dumpling

Image
Steamed vegetable dumpling -           Gyoza (Jepun) Bahan-bahan diperlukan: Untuk Kulit: 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch) 60g tepung ubi (tapioca flour) 1 cawan air panas *70g tepung ubi (tapioca flour) *1/2 cawan air sejuk (berais) (xada pun taka pa) Untuk Inti: #500g kucai, dipotong 1cm #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan) 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit 200g daging/ayam cincang 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan 2-3 cm halia, dicincang 1/2 sk serbuk lada putih 1 sb kicap cair 1 sk minyak bijan 1 sb tepung ubi Garam secukup rasa Gula secukup rasa Lain: Tepung ubi secukupnya Minyak masak secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Sediakan doh untuk kulit: 1.       Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. 2.       Gaul sehingga

Sayur kailan

Image
BAHAN-BAHAN: 200 gm kailan Hong Kong 6 keping cendawan hitam 1 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil tepung jagung Sedikit air Gula dan garam CARA MENYEDIAKAN: 1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan. 2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.

Sup Ikan merah

Image
Sup Ikan Merah Bahan:  1 ekor Ikan merah (sederhana besar) 5 biji kentang 1 paket suun Bahan tumisan: 2 sup bunjut adabi 2 ulas bawang putih (dihiris) 10 biji bawang merah (dihiris) 3 batang serai (diketuk) 4 kuntum bunga lawang 9 biji buah pelaga 5 biji bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 8 inci halia (diketuk) 5 biji tomato (dibelah 4) Bahan hiasan: 10gm daun sup (dihiris) 10gm daun bawang (dihiris)  Bawang goreng secukupnya   Cara memasaknya: 1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan sehingga wangi. 2. Masukkan air secukupnya. 3. Setelah semua ramuan sebati dan mendidih, masukkan ikan. 4. Perasakan dengan bahan perasa secukupnya, setelah ikan masak masukkan tomato. 5. Tutup api dan taburkan bahan hiasan masakan.

Hotshot sweetcorn

Image
Anda tengah berdiet; ini mungkin sesuai untuk anda Bahan: 3/4 tsp serbuk lada hitam 2 biji/ serbuk cili kering/cili merah (dibuang biji) 3/4 tsp garam 1/2 tsp gula 3 tongkol jagung manis (bersihkan) 75gm butter 1 biji bawang besar (dicincang halus) Cara: 1.  Campurkan lada, cili, garam dan gula ke dalam kuali, dan biar hingga naik bau bersama sedikit minyak masak. 2.  Potong jagung dan rebus sehingga masak. 3.  Cairkan butter, masukkan bawang dan campuran lada, angkat.  Sebatikan dengan jagung.

Stir Fried Tang Hoon with Mushroom and Celery

Image
Stir Fried Tang Hoon with Mushroom and Celery Bahan: 1 tin cendawan butang 50gm daun celery 100gm tang hoon (suhuun) 1 camb. sos tiram 3/4 camt. gula 2 camt. kicap soya cair sedikit lada putih 150ml air 2 camb. minyak jagung 2 ulas bawang putih (potong lumat) sedikit garam, minyak bijan 100gm udang sederhana besar Cara membuatnya: 1.  Potong daun celery dan cendawang butang. 2.  Rendamkan suhuun sehingga lembut, sejatkan. 3.  Panaskan bahan tumisan, sehingga naik bau dan kemudian sayuran dan bahan perasa. 4.  Masukkan udang dan suhuun gaul masak sebati bersama bahan lain.

Cantonese Beef Kueteow

Image
Cantonese Beef Kueteow Bahan: 1 paket kueteow Bahan A: 100gm daging lembu (potong nipis) 100gm sotong putih 100gm bebola ikan 100gm kek ikan 4 ulas bawang putih 300gm udang sederhana (dikupas kulit) Bahan B: 2 cawan air 4 camb. sos tiram 4 camb. kicap cair 3camb. tepung jagung (bancuh dgn air) 3 biji telur Hiasan: Daun bawang Cili merah (hiris nipis) Cara membuatnya: 1.  Kueteow digoreng dengan sedikit minyak bijan sehingga masak dan diasingkan ke dalam bekas. 2.  Tumis bahan A sehingga masak dan masukkan air sehingga mendidih atau daging empuk. 3.  Masukkan bahan B.  Biar sehingga mendidih, masukkan tepung jagung dan biar kuah pekat. 4.  Pecahkan telur dan kacau sebati. 5.  Tuangkan kuah ke atas kueteow dan hiaskan dengan bahan hiasan.

Wok-Fried Chicken With Black Peper

Image
Wok-Fried Chicken with Black Pepper Bahan: 300gm isi ayam (dipotong kiub) 10gm garam 10gm serbuk lada sulah 20gm tepung jagung 50gm bawang putih (dicincang halus) 50gm lada benggala hijau, kuning dan merah (dipotong kiub) 80gm bawang kecil (dipotong kiub) 50gm mentega 20gm lada hitam (ditumnuk) 30gm gula 15gm sos tiram 15gm kicap 10gm kicap pekat 100gm stok ayam 50gm tepung jagung Cara memasaknya: 1.  Perap ayam bersama garam, lada sulah dan tepung jagung. 2.  Goreng ayam sekejap kemudian angkat. 3.  Dengan minyak yg sama, gorengkan lada benggala dan bawang kecil. 4.  Panaskan mentega dan tumis lada hitam, masukkan bahan perasa. 5.  Perlahankan api, masukkan ayam serta sayuran, tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Daging Batang Pinang Bersos Lada Hitam

Image
Daging Batang Pinang Bersos Lada HItam Bahan: 500gm daging batang pinang 50gm bawang putih (dihiris nipis) 100gm bawang besar (dipotong dadu) 50gm daun kucai (dihiris halus) 1 camb.lada hitam dikisar 125ml air 1 camb. minyak masak 1/4 camt. kicap pekat 1/2 camb. kicap cair 1/4 camb. gula Bahan perasa: 1 camb. sos tiram 1 camb. sos Lea & Perrins 1 camb. sos tomato 1 camb. kicap 2 camb. air panas Cara membuatnya: 1.  Bersihkan daging dan potong menjadi kiub kecil. 2.  Perap daging dengan kicap pekat, kicap cair, gula, air dan minyak masak. 3.  Simpan dalam tempat dingin. 4.  Campurkan semua bahan perasa dengan air panas dan gaul sehingga sebati. 5.  Panaskan kuali dengan 1 camb. mentega, kemudian masukkan daging dan goreng sehingga daging bertukar warna. 6.  Tambahkan serbuk lada hitam dan bahan selebihnya.

Udang Be Fong Tong Style

Image
Udang Be Fong Tong Style     Bahan: 900 gm udang (dibuang kulit) 100gm bawang putih (dicincang halus) 100gm bawang merah (dicincang halus) 10gm cili kering (dipotong kasar) 10gm daun bawang (dipotong kasar) Bahan perasa: 1 camt serbuk perasa ayam 1 camt. gula 1/2 camt. garam 1/4 camt. serbuk lada sulah Cara memasaknya: 1.  Bersihkan udang dan toskan. 2.  Goreng udang hingga kekuninggan dan ketepikan. 3.  Goreng bawang putih dan bawang merah hingga garing serta naik bau, tus dan ketepikan. 4.  Goreng tanpa minyak cili kering, kemudian masukkan bahan-bahan yg lain, kacau sebati, perasakan. 5.  Tutup api dan masukkan daun bawang dan ratakan dgn. bahan masakan yang lain.

Chinese Szechuan Hot and Sour Seafood Soup

Image
Chinese Szechuan Hot and Sour Seafood Soup Bahan A (dipotong kecil): 100gm Udang harimau 100gm ikan merah (dipotong fillet) 100gm sotong putih 50gm kobis szechuan 50 gm cendawan hitam 50gm rebung 50gm halia 50gm tauhu lembut Bahan B: 1 biji telur (diambil putihnya) 2 liter stok ayam 100gm garam 100gm lada sulah 100gm cuka hitam 50gm minyak bijan 50gm minyak cili 100gm pes kacang Sedikit tepung jagung Cara memasaknya: Celurkan seketika semua makanan laut dan sayur. Tumis pes kacang sehingga naik bau, masukkan stok ayam, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan cuka hitam. Masukkan semua bahan yang telah dicelur bersama tauhu lembut. Masukkan tepung jagung (yg telah dicampurkan dgn air) kedalam masakan. Tambah putih telur, kacau sebati. Tambah minyak bijan dan minyak cili setelah api masakan ditutup.

Ikan 3 Rasa

Image
Ikan 3 rasa Bahan A- 1 ekor ikan bawal atau siakap 1 sudu makan tepung jagung (untuk menyalut ikan) 3 biji bawang merah        ) 1 labu bawang besar       )  dihiris 2 ulas bawang putih        ) 2 inci halia                      )  Bahan B- 3 camb. sos tomato 3 camb sos cili 3 camb sos tiram 3 camb air 1 camt. gula Bahan C- 1 pokok daun bawang 2 biji cili merah (dihiris) 2 biji cili hijau (dihiris) 2 biji tomato (dipotong 4) 1 biji capsicum merah, hijau dan kuning Cara membuatnya- 1.  Salutkan ikan dengan tepung jagung. 2.  Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan.  Angkat. 3.  Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit sahaja bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 4.  Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih, kacau rata. 5.  Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 6.  Curahkan sos di atas ikan.

Sayur-sayuran musim bunga

Image
Sayur-sayuran musim bunga Bahan- 1 batang lobak merah (dihiris nipis) Brokoli, bunga kobis, putik jagung secukupnya (dipotong kecil) 2 ulas bawang putih (di mayang) 2 biji bawang merah (dihiris) 3/4 camt. garam 2 camt. gula 1 camb. air halia 1/2 cawan air rebusan pati ayam 2 camb. sos tiram Sedikit lada sulah dan laa hitam Sedikit minyak bijan 4 camt. tepung jagung 2 camb. minyak masak Cara memasak: 1.  Masukkan garam, gula dan minyak ke dalam 1 liter air mendidih. 2.  Celurkan sayuran sebentar. 3.  Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bawang hingga naik bau. 4.  Masukkan sayuran yang telah dicekur tadi, an goreng sekejap. 5.  Tuangkan air rebusan ayam dan baki bahan perencah dan bancuhan tepung jagung. 6.  Seia untuk dimakan.