Posts

Nasi lemak

Image
Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....). Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yan

Roti Jala dgn Kari ayam

Image
Hujung minggu camnie, kalau layan roti jala best jugak ek!. Tapi cam leceh jer, nak mengurai (any term??? i just hear from my grandma.... this term "mengurai"). Tahu tak term tu mendanya, itu merupakan term untuk koje adunan roti jala yang kita bentukkan di dalam non-stick pan. Kalau x de non-stick pan apa nak buat?? gi kedai kat hujung jalan dan jerit kuat-kuat "makcik! roti jala 1". Okay, jangan jadikan alasan, pan biasapun bisa, letak aje sedikit minyak masak (sedap kalau guna corn oil @ butter... aromanya nanti mix dengan roti jala...). Ada yang dah tak kuasa nak dengar saya berceloteh? Sebagai upah melayari blog saya, ari nie saya perturunkan resepi Roti Jala bersama Kari Ayam : Bahan Roti Jala - 200 gm Tepung gandum (ayak dulu yea) air mengikut kepekatan adunan 1 biji telur Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam Cara membuatnya - 1. Masukkan tepung gandumdan serbuk kunyit bersama sedikit garam ke dalam bekas. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit

Mee Tomyam seafood

Image
So easy. Semudah memasak maggi. Aritu gi one of the shopping mall yang ada berdekatan Seberang Jaya, Penang. Dari jauh dah terbau tomyam, berasap-asap sebab dimasak secara terbuka. Daripada x nak makan, perut kenyang pun terasa cam dah 10 ari tak makan. so saya order 1, anak tak nak, tapi bila dah sampai dia orang yang terlebih rembat. Kempunan punya pasal balik buat sendiri kat umah, puas hati den.... Untuk yang tak pernah mencuba ini resepinya. Bahan - 1 paket mee kuning 250 gm udang (sederhana besar) 100 gm sotong basah (sederhana besar) 100 gm ketam (nak mudah ambil isinya sahaja) 2 -3 batang serai 1 botol pes tomyam 4-5 helai daun limau purut 2 biji bawang merah 20 gm cili padi sedikit minyak masak( untuk menumis) 1/2 liter santan (x guna pun takpe....) 2 batang Lobak merah 1/2 biji kubis 100 gm Bunga kobis

Chocolate Mousse

Image
Rasa cam ice cream. Tapi bukan ice cream. Rasanya sedap, sederhana manis, tekstur yang lembut dan boleh diperbagaikan cara pembuatannya.... cuba teka apa dia?. Hari nie saya nak ajar buat chocolate mousse pulak. Chocolate mousse nie sedap dimakan, terutama ketika jiwa tengah kacau (laju jer ngapnya....). Bahan - 3 biji kuning telur 3 biji putih telur 90 gm Caster sugar 120 gm cooking chocolate 330 gm whipped cream (VIVO @ Top Ace) Pastry cream Bahan hiasan seperti strawberry, coklat rice, maple syrup etc. Cara membuatnya - 1. Cairkan cooking chocolate dengan cara double boil, menggunakan api sederhana. 2. Kemudian masukkan kuning telur setelah coklat tadi sejuk. 3. Putih telur dicampur dengan gula, kemudian dipukul sehingga menjadi gebu (meringue). 4. Pastry cream dipukul berasingan sehingga menjadi gebu (soft peak) dan elok naiknya. 5. Pastry cream kemudianya dicampur ke dalam adunan coklat, secara sedikit demi sedikit. P

Blueberry cake....

Image
Yam... yummy.... ada yang tak suka ker?? Jeng! jeng! jeng! pelik bin ajaib rasanya kalau x suka makan kek. Oklah, menceceh berjela pulak... hari nie saya nak ajar buat blueberry cake. Cara-caranya.... Bahan - 150gm Soft flour 150gm Castor sugar 5 biji Telur 50gm Melted margarine @ corn oil Blueberry paste coklat @ strawberry@ any nuts untuk hiasan Pastry cream Cara membuatnya - 1. Pukul gula dan telur sehingga kembang. 2. Masukkan margerine @ corn oil, pukul sebati. 3. Masukkan tepung, sebatikannya sebentar sahaja. 4. Bakar dengan suhu 180 celcius selama 45 minit. 5. Sejukkan, bila telah masak pada suhu bilik. 6. Potong kek kebeberapa lapisan. Setiap lapisan sapu dengan sebarang jem atau air gula, Penuhi permukaan kek dengan blueberry paste. Pastikan ianya 1 lapisan yang nipis sahaja. 7. Buat step yang sama sehingga kesemua lapisan selesai dilapisi dengan blueberry. 8. Pada lapisan yang terakhir lapisi dengan pastry cream begitu juga diseke

Banana with puff pastry

Image
Sweet delicious banana with puff pastry Bahan- *Pisang (rembat jer apa yang ada) *Puff pastry (kalau susah nak dapat kulit popia tupun boleh...) *Butter *Nutmeg powder * Brown sugar *Cinnamon powder Cara membuatnya: 1. Pisang dibuang kulit(kecuali kalau ada yang suka makan kulitnya, bohlah sekali kulit tu...). 2. Puff pastry jadikan 3-5 lapisan. 3. Sapu butter (yang telah dicairkan) ke atas permukaan puff pastry. Kemudian taburkan brown sugar, nutmeg dan cinnamon powder. 4. Letak pisang di atas permukaan puff pastry, gulung @ lipatkan mengikut kesukaan bentuk yang diingini. 5. Sapu butter atas puff pastry yang telah siap digulung. 6. Bakar suhu 180 celcius selama 10-15 minit (sehingga kekuningan), bila sejuk bolehlah di ngap....

Tartlet yummy....

Image
Actually untuk tarlet cases, penyediaan awal adalah amat penting kerana untuk membuat tarlet cases itu pun sebenarnya memakan masa yang banyak. From a part nak timbang barang, nak uli bahan, simpan dalam chiller then canai dan bentukkan di dalam mould and lastly bakar. Untuk memudahkan kerja saya mengesyorkan agar anda membuat tarlet cases ini terlebih dahulu dan simpan didalam bekas kedap udara. Tarlet cases yang dimasak dengan cara yang betul, elok masaknya dan disimpan pula didalam bekas kedap udara boleh disimpan untuk jangkamasa yang lama (setahun lebih pun boleh tahan lagi). Tapi kalau buat kat rumah saya, seminggu dah licin sebab saya pun suka makan. Disini saya sertakan 2 version cara untuk membuat tarlet cases untuk dikongsi dengan anda semua. Version 1 - Bahan : 250 gm Tepung gandum 125 gm butter 1 biji telur 60 gm gula caster secubit garam sedikit susu segar vanilla esen Version 2 - Bahan : 250 gm tepung serbaguna 2 cams susu tepung 12

Brownies with walnut

Image
Brownies - Bahan : 250gm margarine 250gm castor sugar 250gm soft flour (tepung gandum biasa pun boleh....) 250gm chopped walnut (atau apa saja gabungan nuts yang ada di rumah, roasted) 5 nos eggs 50 gm cocoa powder Cooking choc. for deco Cara membuatnya: Panaskan oven 180 celsius Putar margarine dan gula hingga sebati. Masukkan telur, putar sebati masukkan cocoa powder dan tepung. akhir sekali masukkan walnut Bakar dalam suhu 180 celsius selama 30-40 minit.

Fruit coktail with cheese

Image
Fruit coktail with cheese- Ingredients : Any fruits (cut into cube in a small size okay) 1 bottle or can kaya (sekaya) 200 gm cream cheese (yummi...) 1 bottle mayonis Method - Just combine all ingredients together before meal time....

Tiramisu strawberry coklat cake

Image
Kesian Danial.... kerana awak saya luangkan masa malam nie di office. Entah pukul berapa nak balik pun tak tahu... saya akan cuba masukkan resepi-resepi yang ada dan telah saya cuba untuk dikongsi bersama.... dengan syarat lepas nie boleh dapat kain batik free kut..... Tiramisu strawberry coklat Bahan - 1 kg choc. sponge cake Nescafe dissolved with water and maple syrup (kalau xada maple syrup guna madu pun ok) 500 gm cream cheese philadephia 100 gm caster sugar 20 gm gelatin powder + water 4 nos egg yolks 300gm pastry cream (jenama VIVO)Ini cadangan saya Coco powder Cara membuatnya - Putar cream cheese bersama sugar sehingga sebati dan gebu. Masukkan kuning telur + adunan cream cheese dan gelatin (yang telah dilarutkan bersama air). Potong kek menjadi beberapa layer yang nipis. Masukkan lapisan kek ke dalam bekas dan sapukan dengan nescafe. Masukkan adunan cream cheese di atas adunan kek. Lakukan proses seterusnya sehingga habis dengan lapisa

Swiss roll

Image
beberapa student menghubungi saya untuk mendapatkan resepi istimewa untuk raya nie. Sebenarnya ilmu memasak saya tidaklah sehebat mana, tapi memandangkan kesungguhan pelajar untuk mengorek resepi (terutamanya Wan danial) jadi di sini saya perturunkan beberapa resepi untuk tatapan anda mencubanya.... Swiss roll Bahan - 45 gm soft flour (tepung gandum biasa pun boleh gak) 25 gm Corn flour 3 gm Baking powder 13 gm Ovalate 120gm caster sugar 5 biji telur 23 ml water 60 gm melt marjerin (atau boleh gunakan corn oil) Cara membuatnya - Masukkan semua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas dan putar dengan kelajuan tinggi menggunakan whisk sehingga adunan naik gebu seperti membuat bahulu. Masukkan corn oil dan putar around 5 minit sehingga adunan sebati. Masukkan ke dalam dulang yang telah digres terlebih dahulu dan diletakkan dengan kertas minyak (yang juga telah digres). Ambil sebahagian (sedikit adunan) dan warnakan. Lorekkan membentuk corak yang diin